JellyPages.com

Saturday 8 October 2011

HaRi YaNg PerLu DiNikMaTi

3 oktober 2011 (Isnin) tarikh konvokesyen kali ke 50 di UM. Konvo kali ke-3 buat diriku selepas bergelumang dengan dunia akademik sebagai seorang pelajar.
Secara rasminya juga aku telah menjadi warga alumni UM. Hari Rabu mengambil jubah di UM dan orang pertama yang merasmikannnya ialah si Khayra Zulaikha.
Bergaya dengan jubah ibu, nanti kakak pula!
Konvokesyen pada 3 oktober 2011 (Isnin) pada sesi pertama. Bangun seawal 5.30 pagi, bersiap-siap untuk ke UM. Si Khayra dibawa sekali tetapi tidak adiknya Kaisara. Takut-takut si kecil meragam di tapak konvo. Kasihan pula nanti pada yang menjaganya. (Kasihan sebab kena berlumba marathon dengannya). Kasihan juga pada Khayra yang tidak pernah bangun seawal pagi, tetapi nasib baik pada malamnya dia sudah diberitahu untuk mengikutku pergi school ibu (merujuk UM). Jadi, bila dikejut secara automatik dia sudah bersedia untuk mandi dan bersemangat untuk makan nasi goreng. Selalunya dia tidak mahu makan. Hebat jugalah dia boleh habis sepinggan nasi goreng pada jam 6.30 pagi. Cadangannya mahu bertolak jam 6.30 pagi dari rumah, tetapi masih menunggu emak dan ayahku bersiap. Jadi kami bergerak ke UM pada jam 6.50 pagi. Mujurlah perjalanan pada pagi itu agak lancar dan tidak berlaku kesesakan. Jam 7.15 sudah sampai ke UM. Aku dikehendaki berkumpul di bangunan peperiksaan lama pada jam 7.30 pagi. Kami berpisah di situ. Mr Zarul, emak, ayah dan Khayra bergerak ke DTC. 
Perarakan ke DTC oleh graduan pada jam 8.00 pagi. Emak dan ayah masuk ke dewan. Mr Zarul kena menjaga Khayra di luar DTC kerana kanak-kanak bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan memasuki dewan. Kasihan jugalah pada si Khayra dan ayahnya kerana di luar dewan cuaca agak panas. Tetapi apakan daya. Majlis penganugerahan disampaikan oleh Sultan Perak. Alhamdulillah, majlis usai jam 11.30 pagi.

Bersama-sama dengan insan yang paling istimewa di hati. Tanpa mereka siapalah aku. Aku SAYANG mereka. Terima kasih Ya Allah atas kurniaan ini. Alhamdulillah. Kegembiraan berganda setelah aku tahu ke mana hala tujuku selepas ini. Allah Maha Pemurah dan Allah Maha Penyayang. KepadaMu aku memanjatkan syukur.