JellyPages.com

Tuesday 17 January 2012

SeGaR MiNdA di HoT SpRinG & SPA

Hujung minggu yang istimewa. Berjalan dan mandi manda di Felda Residence Hot Springs & SPA amat menyeronokkan. Wajah 3 beranak yang ceria. Kawasan ini dikelilingi pemandangan hijau yang amat menyenangkan dan seperti berada di kampung halaman. Ya lah, aku kan anak felda. Bangga betul bila tengok tempat seperti ini dibangunkan sebegitu rupa. Cantik dan sesuai dengan semua golongan.
 Tiga gelang merah yang wajib dipakai. Yang tertulis A itu untuk dewasa dan C untuk kanak-kanak. Kaisara Amani dapat masuk free.
 Seronoknya adik dilambung ayah. Kakak tengok ajelah, kakak dah berat...tak boleh nak dilambung macam adik.
 Lihat, saya dan gelang merah. he2
 Syoknya dapat main gelongsor air. Tengok pakcik tu. Dia mandi pakai kain pelikat. Jadi, apalagi pakcik-pakcik di luar sana. Jangan segan-segan nak mandi manda di sini.
 Seronoknya... ibu berendam takat pinggang je.
 123... lari
 Saya sudah pandai berenang.
 Huish!!! Seronoknya dapat menikmati keindahan alam.
 Saya dan bola angry bird. Harganya RM5. Saya dah nak balik, jumpa lagi.
 Boleh rujuk di sini kalau nak rehat-rehatkan minda. Selain tempat mandi di atas terdapat juga kolam air panas. Di situ boleh juga berendam. Malah ada satu tempat yang boleh rebus telur menggunakan hot water semulajadi ini. Boleh beli dan rebus telur di kawasan itu sahaja. Maaf, gambar lupa nak ambil.
Lihat, kawasannya luas dan boleh jalan-jalan di dalamnya. Ada masa datang lah ke sini, pasti tidak menghampakan. Best.

Sunday 15 January 2012

JoM MaiN MasaK2

Salam semua,
Saya kakak (Khayra Zulaikha), jom masak-masak dengan saya.
Saya suka makan donut, jadi saya minta ibu untuk ajar saya cara-cara membuat donut yang sedap. Yang baju biru itu adik saya, namanya Kaisara Amani. Dia boleh tengok sahaja apa yang saya buat. Adik saya kecil lagi, jadi saya suruh dia duduk di kerusi itu sambil tengok saya membuat donut.
Tepung yang telah diuli saya bulatkan seperti bola, saya tidak tahu macam mana hendak buat seperti bola yang sama besar. Jadi, saya buat apa yang saya rasa ok supaya saya dan adik senang untuk makan. Bentuknya ada yang kecil dan ada yang besar.
Tepung yang telah diuli oleh ibu, saya ambil dan saya bulat-bulatkan. Eiiiiyah, doh akan melekat di tangan jadi kita hanya perlu celupkan tangan di air ketika mengambil doh yang baru. Jadi doh tidak akan melekat di tangan lagi.
Hi...hi...Sampai naik juling biji mata saya untuk pastikan doh yang saya buat itu cantik dan bulat seperti bola.
Gunakan kedua-dua tangan anda ye.
Doh yang telah dibulat-bulatkan mestilah diletakkan di atas dulang yang dilapisi tepung supaya ia tidak melekat.
 Donut yang telah digoreng hendaklah digaulkan dengan gula halus atau kastor.
 Lihat, cantik tak....
 Adik saya sebagai tukang rasa. Apa kata adik.... yum...yum...
Em...sedapnya, kakak. Adik pun suka donut. Nanti kita buat sama-sama ye. Nanti ibu saya masukkan resepi. Ibu saya kata resepi donutnya tidak tahu di mana kerana pindah rumah. Kalau jumpa resepi itu nanti, jangan lupa mencuba ye kawan-kawan.

Friday 6 January 2012

ReLeaSe OtaK

Bawa anak-anak berjalan dan makan-makan merupakan satu kepuasan bagi aku dan suami. Mengajar anak kecil si Kaisara makan satey dan mandi laut memang mengujakan, tambahan pula umurnya baru satu tahun setengah. Gelagat macam kakaknya, apa yang kakak buat itulah yang diikut. Kakak pula suka menyakat adik, lintang pukang adik berlari mendapatkan aku bila disergah kakaknya. Habuannya, kakak sering dipersalahkan bila adik menangis. Masakan tidak, kita di dapur harapkan kakak tengokkan adik, tetapi kakak pula main-mainkan adiknya. Emm... tambahan pula bila sudah berpindah ke rumah dua tingkat, dua beradik suka main tangga. Agak-agak aku boleh kurus kalau maintain turun naik tangga dekat dua puluh kali.
 Nama saya Kaisara Amani, jom makan satey dengan saya!!
 Mulut muncung berebut air dengan adik...
Saya tak kisah, kakak saya memang macam tu, heeeeeeeeeee...
 Cepat lah ibu, bila nak mandi laut ni...
 Jap lagi kita berendam... posing dulu. Kakak awal-awal dah berlari ke laut.
 Masa untuk main pasir...adik masih lagi geli-geli dengan pasir tu. tapi bila tengok kakak main dia pun nak juga.
 Eeiii...ibu, apa ni, tengok tu....
 Kakak tidak mempedulikan orang lain di sekelilingnya, tempat ini aku yang punya.
 Saya suka main pasir dan mandi laut...
Release otak tengok anak-anak happy, lepas ni nak ke mana pula ye... Benarlah, walaupun kadang-kadang kita penat melayan keletah anak-anak tetapi mereka jugalah yang melegakan lelah kita di saat kita buntu, sakit hati dan stress. Bila kita tatap mata dan wajah mereka, di situlah dunia kita yang sebenarnya. Dunia tanpa ego, dunia tanpa dosa dan dunia cinta yang sebenar. Mereka jujur memperkatakan apa sahaja dan ikhlas memuji kita walaupun kadang-kadang ia mendatangkan gelak besar di hati. Seperti kata Khayra: Ibu cantik macam princess, Rapunzel... he2. Ia mendatangkan lawak di hatiku dan suami tetapi itulah gambaran Khayra mengenai aku ibunya. Sebab Khayra puji ibu cantik, nanti kita jalan-jalan lagi. Umpan supaya dia terus memuji...

Thursday 5 January 2012

KeNaPa DiA BeGitu

Penipuan seorang maid terhadap majikan yang dulunya menimbulkan kemarahan dan dendam yang mendalam. Kenapa dia menipu, adakah kerana dia ingin kembali ke pangkuan suami dan anak-anaknya. Katanya, suaminya tidak mengizinkan dia kembali berkerja dengan kami setelah kami mengizinkannya pulang untuk bercuti. Mungkin ramai majikan di luar yang pernah senasib dengan kami atau mengalami pengalaman yang lebih buruk dan tragis. Mujurlah, dalam kes kami, dia hanya pulang bercuti tetapi tidak sampai mendera anak ataupun melarikan diri. Maksudnya, masih dalam pengetahuan kami. Pernah kami memujuk dia untuk kembali tetapi dia tetap dengan jawapan yang sama. Akhirnya kami bertenang dan bersikap lebih realistik.
Jika kami memaksa dia kembali berkerja dengan kami walaupun suaminya tidak mengizinkan maka kami akan rasa bersalah pula. Mungkin kembalinya nanti akan lebih menimbulkan banyak masalah dan mudharat kepada kami. Maka kami lepaskan dia. Kami telah mengambil tindakan yang sewajarnya. Membuat report polis dan membatalkan permit di imigresen. Namanya telah disenarai hitamkan oleh imigresen. 
Dan kami tidak serik untuk mengambil maid lagi tetapi mungkin pengalaman yang lalu sentiasa menjadi panduan agar tidak terlalu mempercayai mereka. Tidak salah jika berbuat baik kerana kami manusia biasa, punya rasa kasihan dan empati. Jika sikap dia seperti itu "menipu" maka dia adalah orang yang tidak tahu bersyukur. 
Seperti kata seorang sahabat, Bersabarlah. Maid itu bekerja dengan cara menipu, maka wang yang dia dapat menjadi haram. Bagaimana hidupnya dengan memberi makan anak dan suami menggunakan duit haram. Dia tidak akan tenang dan bahagia sehingga dia mati. Jika dia berkata benar maka lepaskanlah dia, jika dia menipu biarlah urusan itu antara dia dengan Allah. Mungkin dia adalah orang yang tidak layak untuk menjaga anak-anak kami.
Dalam hati masih terdetik untuk berjumpa dengan dia dan bertanya bahagiakah kamu dengan perbuatan menipu. Kamu seorang Islam, solat 5 waktu dan ke mana pergi iman kamu. Moga kamu diampuni oleh Allah. Hartatik Kustam dan Purbo Sulaiman, ingatlah hari ini kamu telah mengecewakan seorang hamba Allah, mungkin kamu sedang meniti hari bahagia dan gembira di sana bersama anak-anak kamu, sedangkan di sini janji kamu masih perlu ditunaikan. Sesungguhnya kami telah dianiaya oleh kamu, kami redha dan berserah kepada Allah. La ila ha illa anta, subhanakainni kuntuminadzzalimin.
Sesungguhnya, dalam hidup ini berbuat baik itu tidak salah, kerana di situlah Allah akan menguji tahap keimanan kita sama ada benarkah kita ikhlas dan redha. Adakah hanya bercakap di mulut tetapi di hati tidak. Moga kami, anak-anak, ibu bapa dan adik beradik sentiasa berada dalam lindungan Allah dan rahmatNya, ameen. 
Moga pisang tidak berbuah dua kali.