JellyPages.com

Tuesday 10 November 2015

Aku dan Seminar Puitika Sastera Wanita 2015

Alhamdulillah, usai membentang kertas kerja dalam Seminar Puitika Sastera Wanita pada 5 November 2015 yang bertempat di Dewan Konvensyen E-Learning UPSI.
Prof Mana Sikana memulai sesi 1 sebagai pembentang pertama...aku sebagai pembentang kedua. Bicaraku adalah tentang wanita di zaman transisi (Hindu Islam) dalam syair romantis.
Tentatif program, semua pembentangan daripada pensyarah di Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, UPSI
 Bersama beberapa orang barisan pembentang (usai majlis)
Bersama presiden BUDIMAN Prof Madya Dr. Abdul Halim Ali (gambar duduk). Orang kuat yang menjayakan seminar ini. Di belakangku bertudung merah jambu Prof. Madya Dr. Siti Khariah bt Mohd Zubir, Puan Hasrina bt Baharum, En. Arif Mohamad, En. Ghazali bin Din, YM Raja Shalaby.
Buku pertama untuk tahun ini dan diselenggarakan oleh aku, Prof Madya Dr. Abdul Halim Ali dan Puan Hasrina Baharum. Bagi yang berminat boleh dapatkan buku "Wanita dalam Wacana Sastera" daripada Prof Madya Dr. Abdul Halim Ali.
Benar sekali!!! Melangkah jauh selepas ini tanpa menoleh ke belakang lagi. "Enjoy every moment of your life." Alhamdulillah... terima kasih Ya Allah atas segala nikmat yang diberikan. Moga aku akan menjadi insan yang lebih bersyukur. Ameen :)



Tun Fatimah Dipasung Rindu

Alhamdulillah, sajakku diterbitkan dalam Mingguan Malaysia pada 1 November 2015. Proses kreatif yang amat mengesankan jiwa. Tidak pernah sebegini rasanya. Hampir luluh rasa hati apabila menukilkan sajak ini, menitik sahaja air mata apabila mengenang wanita ini. Moga mereka yang yang diuji juga kuat dan tabah seperti wanita cekal ini...
Aku tuliskan kembali di sini:

Tun Fatimah
Dipasung Rindu

Aku
Tun Fatimah
Bagaimana hati harus menggambarkan
Pada bicara yang tidak pernah diungkapkan
Seringkali aku rebah dalam pelukan malam
Rindu terbiar dipasung kelelahan
Dalam jerat yang tidak berkesudahan
Keranamu sultan aku menurut
Walau hati aku hancur
Dipasung rindu yang teramat
Pada suami dan keluarga yang kau takluk
Dibuang dari kehidupanku yang kau srok
Air mataku dipasung
Tidak menitis seperti sedia kala
Hanya tertahan di kelopak mata
Menanti mati azabnya neraka
Menanti hidup azabnya juga bencana
Di manakah syurga
Bagi aku yang dipasung rindu dan air mata
Hai Tun Ali suamiku
Hai Tun Mutahir ayahandaku
Tenang-tenanglah
Kau sudah berbakti kepada sultan
Walau riwayatmu dihabiskan dengan penuh penindasan
Kan ku tahan rindu ini
Dalam dakapan malam yang kelam
Kan ku hapus air mata ini
Dalam pasung rindu yang tidak berkesudahan

Mingguan Malaysia, 1 November 2015