JellyPages.com

Thursday 18 June 2015

ProJek CuTi SeKolAh 2 MinGGu 2015 & SelaMat HaRi LaHiR KaiSaRa AmaNi

Alhamdulillah, selesai membentang satu kertas kerja di Persidangan Antarabangsa Pendidikan baru-baru ini. Persidangan berlangsung di Pulai Spring Resort, Skudai Johor. Persidangan berlangsung pada 3 dan 4 Jun 2015 dalam tempoh cuti sekolah, jadi di kesempatan itu juga masa diperuntukkan dengan membawa tiga orang puteri berjalan-jalan di sekitar Johor.
Sesi pembentangan selesai. Alhamdulillah... Menerima sijil pembentangan daripada Dr. Zainudin dari UTM. Turut bergambar bersama pembentang dari Nigeria dan UMS Sabah.
Bersama dengan rakan pembentang yang lain... Gambar atas (yang pegang anak) adalah Zil Azalea (pensyarah Tesl UPSI yang sedang cuti belajar), baharu mengenalinya di seminar. Turut dalam gambar (sebelah aku berbaju hitam) adalah pelajar sarjana di Universiti  Sains Malaysia dalam bidang kaunseling perubatan (Madam Sharivini).
Bertemu dan berkenalan dengan kawan baru. Puan Norhayati Yahaya pelajar PhD dari UKM dan Dr. Crispina dari UMS Sabah. Posing sikit.
Projek mandi kolam di Pulai Spring Resort... memang inilah yang ditunggu-tunggu. Pagi-pagi lepas sarapan, terus minta nak datang sini. Nasib baik ayah ada boleh layankan. Ibu sibuk dengan seminar.
Waktu senggang berjalan-jalan di JPO dan The Hello Kitty (lupa dah dekat area mana, tapi tak jauh dari Legoland). Dekat situ ada macam-macam watak superhero macam Batman, Superman dan lain-lain lagi. Menikmati menu baharu seperti roti + kacang pool di Plaza Angsana... minum petang dengan pisang goreng cheese dan roti bakar. Yummi...

Muka dua beradik yang puas hati dapat masuk tempat The Hello Kitty ni...
 Macam-macam ada di sini... Tuuuut....Tuuuut!!!
Bergambar di kerusi Hello Kitty, nasib baik tak minta beli. Hihi...
 
 Nasib baik minta beli barang ini sahaja...
Melepak di dataran (berlatar belakang replika mahkota kesultanan Johor). Nasib baik ada adik di sana yang boleh bawa jalan-jalan. Terima kasih ya che Det dan isteri (Naz). Masing-masing dapat belon seorang satu. Memang kawasan ni happening sangat dengan kelibat family dan anak-anak kecil yang main belon, main basikal dan bermacam aktiviti.
Balik daripada menemani ibu di Persidangan, si Khayra Zulaikha pula duduk di kem Kaedah Mokhdar selama seminggu yang bertempat di Rawang (sesi kedua dari 7 Jun hingga 13 Jun 2015). Pertama kali melepaskan dia duduk di hotel bersama rakan-rakannya yang lain memanglah sesuatu yang tidak dapat dibayangkan, almaklumlah, aku tidak pernah berpisah dengannya apatah lagi mengharapkan dia menguruskan diri sendiri di situ. Tetapi, atas permintaannya yang mahu tinggal di situ menguatkan semangat ibunya, jadi aku memberi sepenuh kepercayaan kepadanya dan mengharap sepenuh keyakinan daripada Allah. Alhamdulillah, dia memang seorang anak yang kuat semangat dan tabah. Aku berulang selang sehari menjenguknya, dan ada juga sehingga dua hari. Sebabnya, mestilah pertamanya rindu dan kedua; menukar beg pakaian baharu. Tiap kali aku dan ayahnya melawatnya, dia sangat seronok dan mungkin ini pengalaman yang bermakna buat dirinya. Alhamdulillah, cikgu Aqilah (guru yang menguruskan pelajar perempuan) sangat baik dan mengambil berat. Si Kaisara Amani tiada kawan di rumah dan hanya bermain dengan adik Khadeeja Husna. Rindu pada kakak juga katanya. Hihi... 
Bersama rakan-rakan di Kem Kaedah Mokhdar, Rawang. Khayra dapat seorang kawan dan kakak yang bernama Auni (darjah 4) dari Putrajaya. Bergambar berdua. Kata cikgunya, mereka makan pun sepinggan kongsi berdua. Best friend kata cikgu Aqilah. Hihi... Moga Khayra Zulaikha dan rakan-rakan akan lebih mahir dengan dunia nombor.
Habis seminggu duduk di kem, Hari Ahad yang berikutnya, Khayra Zulaikha kena hadir untuk majlis tamat silat... kata gurunya, Khayra akan mendapat tali pinggang kuning. Alhamdulillah... naik raya nanti dah boleh pakai tali pinggang kuning dan training seperti biasa.
Sebetulnya pada 8 Jun 2015 (Isnin) adalah hari lahir Kaisara Amani yang ke-5 tahun. Kakaknya tiada bersama untuk menyambut hari jadinya kerana pada masa itu kakak di kem. Jadi Kaisara Amani sambut di tadika sahaja bersama kawan-kawan dan teacher. Moga Kaisara Amani menjadi anak yang solehah, cemerlang dalam segala bidang yang diceburi, berjaya mencapai cita-cita (katanya nak jadi Doktor gigi) dan bahagia di dunia dan akhirat. Ameen... Ibu, ayah, kakak dan adik sangat sayangkan Kaisara Amani. Permintaan si Kaisara Amani yang mahukan kek Ana Muslim. Ok la tu kan. 
Berkesempatan juga menghadiri perkahwinan Wan dan pasangannya (adik sepupu suami) di Shah Alam pada 7 Jun 2015. Khayra Zulaikha tiada dalam gambar kerana berada di Kem Kaedah Mokhdar. Jadi bergambar berempat sahaja dengan pengantin. Moga perkahwinan Wan dan pasangan sentiasa diberkati dan bahagia hendaknya hingga ke akhir hayat. Ameen. Bergambar bersama makcu yang bertudung hijau (iaitu isteri bapa saudara Mr Zarul) yang juga tinggal di Seksyen 7, Shah Alam.
Alhamdulillah... Syukur dengan segala nikmat yang telah Allah kurniakan. Live it the way you want...

SaLaM RaMaDhaN 2015

Salam Ramadhan Kareem pada semua untuk tahun 2015. Moga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan penuh keberkatan. Ampunkan salah dan silap... Moga kita menjadi insan yang lebih baik dari hari dan tahun yang sebelumnya. Ameen.


Monday 1 June 2015

SeLaMaT HaRi GuRu 2015

Selamat Hari Guru untuk tahun 2015 buat diriku dan semua pendidik di Malaysia. Alhamdulillah dengan segala nikmat dan rahmat kurniaan dari Ilahi buat diri dan keluarga. Moga aku terus tekal menebarkan ilmu buat anak didik demi agama.

Menerima kuntuman bunga daripada para pelajar. Sambutan hari Guru Peringkat Universiti diadakan di Auditorium UPSI. Tema sambutan hari Guru pada Tahun ini adalah Guru: Membina ilmu menyempurnakan akhlak. Benarlah, akhlak adalah kunci kepada segala ilmu, apa guna ilmu tinggi jika akhlak ditolak ke tepi. Selamat Hari Guru!!!

Buat anak didik yang telah menghabiskan semester 8, teruskan langkahmu walau di mana kamu berada. Perjalananmu baharu sahaja bermula. Moga dikau berjaya walau di mana dikau berada.

Memotong pulut kuning sebagai tanda perpisahan... Zahirnya kita berpisah namun kalian tetap di hati. (Selaku Penyelaras Program Kesusasteraan Melayu, aku diminta untuk merasmikan program kendalian En Ghazali bin Din dengan para pelajar yang kebanyakannya merupakan para pelajarku juga). Moga kalian terus berjaya. Ameen...



 

KhAyRa ZuLaiKhA DaN HoKi

Ayah minat sukan, jadi anak pun minat sukan. Jadi sukan apa yang sesuai untuk si Khayra. Kata ayahnya, bolehlah si Khayra menceburkan diri dalam bidang sukan hoki. Ok juga... bagus untuk kesihatan dan belajar skill hoki dari coach bekas pemain Malaysia. Setiap minggu Khayra akan berlatih di Akademi dengan coach yang terlatih. Alhamdulillah, dah tiga bulan pun. Moga bermanfaat di masa akan datang.

Peringkat permulaan, tak mengapa bertatih dahulu, insyaallah lama-lama skill itu akan terbina juga.

Alhamdulillah, tournament buat kali pertama, dan ia sangat memberangsangkan. Moga Khayra Zulaikha terus berusaha lagi dan berjaya di masa akan datang, ibu sentiasa mendoakan kejayaan Khayra dalam segala bidang yang Khayra ceburi. Moga Khayra Zulaikha berjaya di dunia dan di akhirat. Ameen...

TeaTer SiTi Di ALaM FaNtASi

Pertama kali membawa tiga orang puteri melihat persembahan teater Siti di Alam Fantasi yang bertempat di Panggung Budaya, UPSI. Best sangat. Mulanya tak nak bawa si Khadeeja Husna tetapi memandangkan ibunya pun sedikit teruja nak melihat persembahan teater, kuatkan hati, bulatkan tekad dan angkut sahaja si Khadeeja bersama. Bila sampai di Panggung Budaya, aku ingatkan si Khadeeja yang paling kecil, rupanya ada ibu bapa yang membawa baby 3 bulan... terkejut juga aku. Alhamdulillah, nasib baik si Khadeeja memberi kerjasama yang baik sepanjang 2 jam setengah. Cuma kadang-kadang dia tutup mata takutkan si sesumpah dan mula bertepuk tangan bila Siti dan kawan-kawannya menyanyi. Wah!!! Sungguh seronok. Bukan kata anak-anak sahaja seronok, ibu dan ayah pun turut seronok.

Tiket yang berharga RM5 seorang, memang berbaloi

 Posing dulu sebelum masuk Panggung Budaya

 Bersama dengan Raja Katak... Oing!!! Oing!!!

 Sayalah Ratu Labah-labah... Harghhh!!!

 Sayalah Sesumpah... Saya akan makan semua binatang dalam hutan ini....

 Cit...cit...cit, bersama si Raja Tikus

 Cik Lebah Buzzz...
Burung Bayan yang baik hati... kata si Burung Bayan, "Buat Jahat Jangan sekali, buat baik berkali-kali, dialog yang selalu dihafal oleh si dua beradik ini. 

Persembahan teater kanak-kanak yang sangat menarik, penuh pengajaran dan menghiburkan. Nak bagi berapa bintang ya, kita bagi 4 bintang. Balik daripada tengok persembahan teater, perut si ayah terasa lapar pula, jadi jom kita pekena roti canai dan roti tisu di kedai mamak dulu. Malam yang penuh manfaat dan menyeronokkan bersama si jantung hati.

Jumpa lagi di persembahan teater yang lain pula. Bersama si Khadeeja Husna (muka dah mengantuk) almaklumlah dah jam 11.30 malam. Memang masa tidur la tu.

ProJeCt ThRee LiTtlE PrInCeSS

Project membuat homemade sand. Kononnya...nak beli kinetic sand tapi mahal la pula, nak mainnya tiga beradik. Try google cara nak buat homemade sand, jumpa la resepi ni. Tapi jadi macam dough la pulak coz terlebih minyak. Ini caranya kalau nak buat.1-2 cawan minyak masak + 1-2 kg tepung gandum. Memang cara ini mudah, murah dan selamat. Tangan pun tak ada bau pelik-pelik, bau tepung je. Kalau nak best, patutnya main di luar rumah, ambik angin ala-ala duduk kat tepi pantai. Yang ini versi ibunya senang nak kemas, main kat dapur sudahlah. Itupun berejam juga tiga beradik ni main.

 
Puas hati dapat main tepung

Bereksperimen pula dengan sandwich telur, si Amani baru belajar cara membuat sandwich dari tadika, balik ke rumah minta nak masak sandwich untuk semua. Kenalah ayah mencari roti dan mayonis di kedai. Sedap la jugak. Ibu makan sampai 4 keping. Burp!!! Kenyang. Alhamdulillah, terima kasih sayang.

 Masterchef cilik sedang menunjukkan skill... cayalah! Sambil dibantu dua orang assistant si baju biru dan si baju merah.

Project membuat aiskrim milo + chocolate chip. Yummi, sedap. Masing-masing nak tunjuk bakat. Dah siap masuk dalam fridge, tak sempat nak beku tiga beradik sibuk duk tanya, dah boleh makan ke belum, huhu. Pening ibu... Tak sabar nak makan hasil air tangan sendiri. Ibu pun tak sabar juga sebenarnya, tapi kita tunggu sama-sama sampai beku baru boleh ngap. Haha. Project yang amat berbaloi di hujung minggu.


SeLaMat HaRi LaHiR KhaDeeJa HuSnA YaNg Ke-2 TaHuN

Selamat hari lahir anakanda ke-3 Khadeeja Husna bt Mazarul Hasan pada 17 Mei 2015 untuk ke-2 tahun. Moga dirimu sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah. Ibu, ayah, kaklong dan kak ngah sentiasa menyayangimu dan mencintaimu hingga ke akhir hayat. Ameen
                                                    Special kek hadiah dari ayah...

Moga membesar dengan sihat, cergas dan saling menyintai, mengasihi kakak-kakakmu, ayah dan ibumu. Moga berjaya di dunia dan akhirat. Nyum...nyum, sedapnya kek. Sehingga menjilat jari.

TeRbaNg Ke KuChiNg 2014-TeRoBeK KaTaNya

Tugasan hakiki menghadiri persidangan di Kuching dimanfaatkan sebaik mungkin. Membentang kertas kerja dalam bidang sastera tetapi menggunakan tools atau alat bahasa sebagai landasan kajian memang memberi rangsangan ilmu baharu yang sangat bermakna. Semoga ilmu itu akan bermanfaat kepada semua yang hadir mendengar. 
Bersama rakan pembentang dari seluruh IPTA dan IPG, SEAPSIL di Grand Margherita Hotel Kuching 26-27 November 2014

Pertama kali menaiki pesawat MAS menambah sedikit keterujaan. Hidup dan mati itu di Tangan Allah. Sememangnya sedikit gusar kerana selepas tragedi pesawat MAS hilang dan beberapa tragedi lain. Tetapi, kerana niat yang baik untuk mengembangkan ilmu, ku gagahi jua menaiki pesawat ini. Biasanya aku menaiki Air Asia, tetapi cuba beralih arah ke MAS pula, tambahan pula membawa ahli keluarga. Hanya inginkan sedikit keselesaan dan alhamdulillah, kami selamat pergi dan selamat pulang. 
Berlegar-legar dahulu di KLIA sebelum berlepas menaiki MAS
Subhanallah, indahnya ciptaanMu, pengalaman kali keempat meredah awan selepas Bandung Indonesia, Sabah dan Sarawak buat kali keduanya.

Berjalan di sekitar Kuching, memang best. Bawa anak-anak ke Taman Buaya dan beberapa tempat yang menarik di situ. 
 Bergambar di Taman Budaya Sarawak
Nak tengok Orang Utan...nak tengok Orang Utan...

Makan pun sedap terutamanya di Hot Spot, dari hotel Grand Margherita boleh berjalan kaki ke situ. Memang sedap dan berbaloi. Walau entry dah agak lama kisahnya namun ia masih terlalu segar dalam ingatan. Moga dapat terbang lagi ke sana dan bercambahlah segala ilmu yang bermanfaat bertebaran di dada para akademia. Alhamdulillah.