JellyPages.com

Thursday 5 September 2013

MaKaN2 RaYa & BeSdaY GirLS 2013

Aku pernah berjanji pada Amani untuk menyambut besdaynya bila aku dah habis pantang, maka aku kenalah tunaikan janji padanya. Pada 25 ogos 2013 yang kebetulannya masih lagi di bulan syawal, aku membuat majlis makan-makan raya dan menyambut hari lahir Amani dan kakaknya Khayra. Menu yang dihidangkan adalah bihun sup, sate, pulut kuning, rendang ayam, agar-agar pandan, cheese tart, chocolate cake air sunquick dan tea o panas. Pertama kali buat makan-makan raya dan menyambut besday Amani dan Khayra di rumah. Selama ini sambut di rumah Mr Zarul di Sri Manjung atau di pantai Teluk Batik. Kali ini nak cuba-cuba memasak untuk 100 tetamu yang hadir dan alhamdulillah, makanan semuanya licin dan syukur sangat-sangat coz si Kecik Khadeeja amat memberikan kerjasama untuk ibunya memasak dan mengemas apa yang patut. Letak Khadeeja depan tv, pasang kartun senyaplah dia. Kalau merengek sikit-sikit, bagi upah susu dan terus masuk tidur dalam buai. Memang sangat senang lah. Hiii
Kek besday, yang tinggi tu kakak (Khayra) punya, yang rendah tu adik (Amani) punya.Thanks Nani (isteri adik Mohamad) yang buatkan kek ni. Cantik dan sedap :) Hah... dah ada 2 patung tu tak adalah nak berebut lagi. Sama-sama potong kek yer.

 Dua beradik pakai baju raya sedondon, teruja dapat kek cantik sampai tak mahu potong kek :p

                              Hepi besday Khayra Zulaikha (6 tahun)& Kaisara Amani (3 tahun)

Antara tetamu yang terawal hadir. Baju ungu tu jiran sebelah rumah dan yang tudung pink tu penjaga anak-anak.

                                   Jiran-jiran yang melepak di luar setelah kekenyangan. Heee

                                          Member kamcing, Mazyani Mat & suami

                                         Anak-anak sangat sayangkan mereka, Ina & Ira.

Yang tudung oren tu member di tempat kerja lama, Siti Kausar bersama suami dan 7 orang anak, rezeki2. Hiii...

 Kawan Mr Zarul yang datang dari Kuala Lumpur. Thanks sanggup datang walaupun jauh. Mr Rosli dan isteri.

Thanks Khadeeja Husna, baby yang sangat baik pada hari itu. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Moga ketiga-tiga anak ibu dan ayah menjadi anak-anak yang sentiasa menggembirakan keluarga dan membahagiakan ibu dan ayah. Ameen :)

Monday 15 July 2013

aKu DaN ShAkLee

Memang aku tak sangka akan terjebak dengan vitamin Shaklee ni. Permulaannya aku ambil dengan seorang kenalan di waktu awal kehamilan. Ia bagi meningkatkan bacaan hb aku yang selalunya tak pernah mencecah bacaan 11. Vitamin ni memang banyak  yang nak kena makan, tetapi berbaloi kerana terdapat perubahan pada tubuh badan yang menjadi lebih bertenaga dan tidak letih. Almaklumlah, aku terpaksa berjaga setiap awal pagi untuk menukar pampers anak kedua dan membuat susu untuknya.

Dalam tempoh berpantang juga aku mengambil Shaklee. Alhamdulillah, sepanjang tempoh berpantang aku tak pernah tidur siang dan walaupun asyik terjaga di tengah malam namun aku tetap bertenaga pada keesokan harinya. 

Yang paling best ialah perubahan yang berlaku pada Mr Zarul. Dia yang selalu mengidap sakit kepala dan boleh dikatakan dalam seminggu mesti 2 kali dia akan diserang sakit kepala. Dulu pun pernah berjumpa doktor pakar dan membuat city scan (ya kot ejaannya) tetapi doktor bagi tahu tiada apa-apa. Bila aku cadangkan pada Mr Zarul untuk ambil vitamin Shaklee ni, sekarang dah 5 minggu dia tak kena sakit kepala. Mr Zarul cuma makan dua benda ini aje. Sakit kepala dah tak ada, badan pun bertenaga.
Alhamdulillah, Mr Zarul tak perlu bergantung pada panadol lagi. Bayangkan kalau dia selalu ambil panadol tiap kali kena sakit kepala, sakit kepala pula 2 kali seminggu, emm. Mujurlah penyakitnya sembuh sejak dia makan ostematrix dan B-complex tu.
Yang ini set pantang yang aku ambil. Memang banyak tetapi amat berbaloi. Tambah juga dengan satu lagi air kegemaran aku dari Shaklee iaitu esp.

Sejak mengandung sehingga sekarang aku masih mengambil esp ini. Biasanya aku minum setiap pagi dan sebelum tidur. Memang rasa sangat kenyang dan bagi aku yang menyusu baby, ia mempercepatkan pengeluaran susu badan. Alhamdulillah, bila dah terasa sangat lapar tu, cepat-cepat minum esp ni. Bila kita mengamalkan esp ini, ia juga boleh menjadikan kulit kita cantik dan gebu. wow!!! ia memang terbukti benar especially pada aku dan baby Khadeeja Husna. Kulit baby sangat gebu dan bersih masa dilahirkan. Hiii.

Kalau rasa nak demam maka aku akan mengambil dua benda ini.
Ia memang cepat melegakan.  Ia bukan ubat tetapi ia vitamin semulajadi yang terbaik pernah aku temui.

Dengan Shaklee, dulu aku seorang yang suka bersin di awal pagi namun kini tidak lagi. Kini, aku lebih bertenaga dan sihat. Alhamdulillah. Bila dah ambil shaklee maka apa yang aku perlu tunggu lagi, aku mendaftar menjadi ahli dan ia memudahkan aku untuk mendapatkan kesemua vitamin shaklee yang aku gemari. Sekarang aku telah menjadi ejen shaklee yang sah. Hii....seronoknya Shaklee.

Kalau ada yang berminat nak tahu lebih lanjut pasal Shaklee ni boleh la email aku: aznorazie@yahoo.com

Id aku: 915072

PeRcuBaaN MeMasAk

Pertama kali dalam hidup baru menjinakkan diri untuk memasak makanan kegemaran. Kalau tak sebelum ni memang akan suruh mak masak. Memang gerenti sedap punya. Tapi, cuti berpantang kan lama, bila dah ada masa tu cuba lah memasak apa yang teringin. Walaupun tak berapa nak jadi, tapi puas hati juga lah. hii...

                         Yang ini puding roti karamel... rupa buruk tapi sedap. haha...puji diri sendiri

Yang ini kari ayam kampung, nampak cair sikit disebabkan orang dalam pantang nak makan. Tak boleh isi santan banyak-banyak.

Pulut kuning dimasak atas permintaan Mr Mazarul, katanya teringin nak makan dengan rendang ayam. Tetapi disebabkan rendang ayam yang dimasak sebelumnya dah habis dimakan dengan nasi, jadi kenalah makan pulut ni dengan kari ayam kampung tadi. Anak-anak memang suka pulut. Aku tak dibenarkan lagi makan pulut ni, kata orang tua, takut sejuk dan sakit urat pula. Almaklumlah, baru sahaja habis pantang kenalah jaga juga bab makan benda-benda sejuk ni. Tapi kan...aku bantai secubit dua. Syyy...rahsia tau.

Yang hijau cantik ni agar-agar santan. Teringin nak makan dan sangatlah sedap. Resepi ambik kat internet je, tersangatlah senang nak membuatnya. Antara rajin dengan malas je, huhu.

Hari ini nak masak apa lah pula agaknya, almaklumlah...bulan puasa ni teringin nak makan macam-macam kan. Rasanya kejap lagi nak bakar ikan siakap dan buat agar-agar merah aje lah. hiiiii...

KhaDeeJa HuSna Wif KaK LoNg & KaK NgAh

Alhamdulillah, selepas melalui fasa alahan di awal kandungan, bacaan hb rendah di bawah 11 dan ketika kandungan 6 bulan, kena control diet dek kerana kencing manis yang bacaannya 8. Pelik juga kerana masa mengandung pula yang nak kena kencing manis, masa tak mengandung tak ada pun. Pada 17 May 2013 lahir seorang puteri yang diberi nama Khadeeja Husna bt Mazarul Hasan di PPUM pada pukul 3.42 ptg dengan berat 3.1 kg secara pembedahan. Dibedah kerana kencing manis dan doktor kata kena bersalin awal 2 minggu dari tarikh jangkaan bersalin kerana takut baby besar. Walau banyak dugaan melanda sepanjang tempoh mengandung namun aku bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar dan selamat. Syukur atas nikmat Mu ya Allah...

                                                       Hai... nama saya Khadeeja Husna :)

Habis tempoh berpantang kepala Khadeeja Husna dibotakkan oleh mak bidan. 
                                                                  Comel tak saya...

Sekarang Khadeeja Husna dah berusia 60 hari.
                                                                         Peewiiiit

Ini kakak saya, namanya Kaisara Amani. Umurnya 3 tahun. Saya sayang kakak saya.
                                                    Apalah kakak saya ni nak buat... huhu

Saya ada seorang lagi kakak, namanya Khayra Zulaikha. Umurnya 6 tahun. Kak long dan kak ngah saya rajin tolong ibu. Dua orang kakak saya ni suka melaram, bila saya dah besar macam diaorang mesti saya pun akan terjebak sama, hiii.
                                                      Cantik tak kakak-kakak saya :)

Disebabkan ibu saya berpantang, kak ngah terpaksa sambut besday di rumah. Nasib baik mak uda tolong buatkan kek untuk kakak saya. Ibu janji bila ibu dah habis berpantang ibu akan bawa kami semua jalan-jalan dan meraikan besday kak ngah. yahooo...saya pun boleh ikut. Tunggu lepas puasa dan raya kot. 
                                   Terima kasih mak uda coz buatkan kek princess untuk kakak saya...

Kakak saya baru bangun tidur dan terus excited nak potong kek. Itu sebab rambut macam tak terurus je. Ha, yang botak tu ayah saya. Hiii.....
Kakak saya suka tolong ibu memasak. Makanan kesukaan kami sekeluarga ialah spagetti yang dimasak ibu. 
                                                 Hati-hati ye kakak bila potong cendawan tu...

                                                       Kak long kata yummi....emm sedap

                                                     Kak ngah pun kata sedap...

Nanti saya pun nak makan juga, sekarang tak boleh lagi. Saya masih hisap susu ibu, dan susu ibu lagi sedap. heee. 
Saya sayang keluarga saya. Luv u ibu, ayah, kak long & kak ngah.

Wednesday 27 February 2013

TaBaHLaH WaHaI HaTi DaN BeRgeMbiRaLaH

Aku dikejutkan dengan panggilan telefon daripada seorang jururawat mengatakan result MGTT dah keluar dan bacaannya 8. Katanya bacaan itu sangatlah tinggi bagi ibu yang mengandung dan dia meminta agar aku datang ke klinik untuk diambil darah sebanyak 4 kali. Aku yang mendengar terkedu seketika. Sudahlah 2 minggu sekali darah akan diambil untuk dianalisa bacaan HB (kali ini bacaan turun mendadak dari 10.5 ke 10.1), kali ini dengar pula berita akan diambil darah untuk BSP pula. Sungguh terduga rasanya kerana inilah kali pertama ketika mengandung anak ketiga aku menghadapi masalah HB rendah dan kandungan gula dalam darah yang tinggi. Aku tidak pasti apa risikonya tetapi jururawat itu meminta aku membuat temujanji supaya mereka dapat menganalisa darah aku semula. Dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu. Sesungguhnya aku redha dengan ujian ini. Moga aku dipermudahkan ketika bersalin nanti. Ameen :)
Walaupun berbagai rasa bermain dalam hati dan fikiran namun waktu cuti dimanfaatkan sebaik mungkin. Lupakan seketika rasa itu dan bergembira dan bersyukur dengan kurniaan di depan mata. Cuti baru-baru ini aku meluangkan masa bersama suami membawa anak-anak berjalan ke Langkawi. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dan gembira terutamanya dua beradik ini.
Kami memanfaatkan sepenuhnya masa yang ada bersama dengan berjalan ke Cable Car dan Underwater World Langkawi.
Sangatlah ngeri dan agak sedikit gayat apabila naik ke tempat tinggi dengan membawa dua orang budak kecil yang aktif ke sana ke mari. Nasib baik kedua beradik ini boleh dikawal semasa berada di pelantar Cable Car tu.
Turun dari tempat Cable Car Khayra minta untuk naik kuda. Asalnya aku tidak mahu naik kerana memikirkan tengah berbadan dua tetapi diyakinkan oleh tuan punya kuda itu yang dia akan membawa kuda itu perlahan dan selamat untuk aku. Jadi apa lagi. Naik jugalah. Dapat jugalah merasa naik kuda walaupun agak khuatir....hi2.
Seterusnya kami berjalan ke Underwater World Langkawi. Kebetulannya ada kawan Mr Zarul yang berkerja di sini dan kami panggil dia Bob. Jadi dapatlah berjalan-jalan di situ dengan ditemani Bob yang menunjuk setiap kawasan yang boleh diterokai. Di sini ada satu tempat untuk kita memegang hidupan air tersebut. See... Mr Zarul memegang gamat hidup. Aku agak geli nak pegang sebab nampak macam lintah sahaja. hu2.
Anak-anak sangat seronok melihat hidupan air di sini, kebetulannya semasa kami sampai ada aktiviti petugas memberi makan ikan dan peguin. Sangat seronok. Pada waktu itu juga ada persembahan ular tedung. Yang ini agak sedikit ngeri yer.
Lihat tu, dia cium ular tu. Erm...
Peguin yang sudah kekenyangan. Terkedek-kedek sahaja ke sana ke mari. Sangat comel. Heee....
Sayonara... Langkawi, sampai bertemu lagi. Moga memori ini menjadi kenangan yang terindah buat Khayra Zulaikha dan Kaisara Amani. Sayang kakak adik... umpwah.
Sayang Mr Zarul juga...Moga segala urusan kita dipermudahkan olehNya. Ameen...

Thursday 24 January 2013

KeSuKaaN MeReKa

Lagu yang menjadi kesukaan anak-anak. Everybody dance. 
Terhibur melihat keletah mereka yang berjoget-joget hinggakan ibunya tetiba menjadi minat dengan lagu ni. Hiiii....
Jalan-jalan naik kuda. Lain kali nak naik kuda lagi. Kata Khayra, ibu belila kuda untuk kakak macam ayah beli motor tu. Uish Khayra, nak park kat mana kuda tu nanti. Hee.Ibu tak boleh beli kuda untuk bagi kakak naik tetapi ibu boleh bawa kakak naik kuda dengan bayaran rm4 dengan satu pusingan. Ada masa lagi kita naik kuda lagi yer...
Anak patung kesayangan khayra dan Amani. Yang hijau tu bernama Jijie dan yang putih tu bernama Kiki. Ibu dah puas main anak patung masa kecik-kecik dulu, la ni time diaorang la pulak memenuhkan rumah dengan mainan dan anak patung. Kadang-kadang tak larat juga nak mengemas, sampaikan pada suatu masa.... mereka digertak mainan akan dibuang jika tidak menyimpannya kembali ke box mainan. Bila dah main dan tak nak kemas semula memang la mainan tu dibuang ke dalam tong sampah, sehinggalah hari ini bila digertak nak buang mainan diaorang ke dalam tong sampah, cepat-cepat diaorang kemas. Emm... lega la sikit. Kadang-kadang kena psiko juga bebudak dua orang ni. Hihi...
Kuda tunggangan Mr Zarul... pastilah cik merah ini menjadi kesayangannya sekarang. Tapi tak adalah melebihi akukan, he2.
Azizah... dia menjaga anak-anakku sekarang, kerja elok-elok ye.

Amani dan aleesya (sepupu)... dua orang budak yang suka main gelongsor air.
Si kakak yang suka posing dan si adik yang suka pegang payung bila berjalan....
Mereka... Kesayanganku selamanya. Sayang mereka sehingga syurga. Ameen

Tuesday 15 January 2013

TaHuN BaRu 2013

Apabila badan semakin cergas kerana tidak mabuk-mabuk lagi dan bos pun sudah memberikan bilik sementara di tingkat 1 Fakulti maka apalagi yang harus dikatakan selain daripada mengucapkan syukur kepada Allah. Hari-hari dilalui dengan semangat yang lebih baik dan alhamdulillah, kerja juga dapat dilakukan dengan lebih cemerlang lagi, Insyaallah.
 Penutup tahun baru 2013 diakhiri dengan membawa anak-anak ke Melaka, menghabiskan masa cuti sekolah dan melakukan penyelidikan di Melaka di kala badan sudah kuat dan tidak lagi pening/ pitam/ mabuk dan sebagainya. Sebelum ini hb aku rendah dan doc mencadangkan agar aku mengambil iberet folic. Selepas mengambil vitamin untuk tambah darah ni... tak ada lagi gejala rasa nak pitam dan pening. Darah masih lagi diambil 2 minggu sekali untuk melihat status bacaan hb dan masih lagi tidak mencecah 11 seperti mana yang diharapkan. Namun, ia naik dari 9 hingga 10.6. (mula-mula makan Sangobion... hb naik dari 9 ke 10.6, lepastu makan iberet folic, bacaan maintain 10.6)... aku stop sangobion coz doc tak pernah dengar nama vitamin tu dan dia cadangkan aku ambil iberet folic. Disebabkan apabila makan vitamin tu badan jadi makin kuat sikit tetapi bacaan hb tak turun dan tak naik. Ok lah tu kot. Tambahan pula sekarang ni selera makan juga sudah bertambah, tekak pun boleh nak menjamah daging, minum susu dan makan kerang. Harap-harap dengan bertambahnya selera makan dan ditambah dengan makan vitamin iberet folic diharapkan hb akan naik melepasi tahap bacaan 11. Tak larat nak tengok darah diambil 2 minggu sekali. Ngeri...Sekarang ni aku try makan shaklee pulak. (Aku ni berubah-ubah ambil vitamin, mana tidaknya... semua orang yang try vitamin Shaklee kata vitamin ini bagus untuk tambah hb. Sebab itu aku stop iberet folic dan ambil shaklee pula). Baru sahaja check darah namun bacaannya turun ke 10.3. Emm, baru sahaja seminggu makan, kena try sebulan dulu bak kata Lin (kawan yang menjual shaklee). Boleh klik SINI untuk mencari Lin jika anda juga perlukan vitamin Shaklee atau barang penyusuan baby. Promote sikit. Hi2. Harap-harapnya naik la hb aku nanti.

Alhamdulillah... Seminggu sebelum ke Melaka, ibu ayah dan adik beradik yang lain berkumpul di rumahku kerana ayah buat aktiviti makan-makan. Semuanya tidak dirancang tetapi memandangkan keesokannya cuti christmas dan adik beradik yang duduk berhampiran dengan rumahku, maka peluang sebegitu digunakan dengan sebaik mungkin oleh ayah untuk mengumpulkan anak-anaknya di rumahku. Memang seronok walaupun (dua adikku dan seorang abang) tidak dapat datang kerana jauh. Dan di kesempatan ibu ada di rumah bersama kakak yang sulung maka kami ke Hot Spring & Spa Sg Klah. Seronok juga la tengok anak-anak dan mak budak main air. Ibuku berendam di kolam air panas sahaja. Kami yang muda dan kecik-kecik ni berendam di kolam biasa sahaja.
Sg. Klah for the 2nd time
Aleesya dan mamanya... mandi jugak.
Berjalan di Taman Buaya Melaka... Cuaca agak panas. See... Mr Zarul :) Panas ye bang.
Menaiki bot di Melaka River Cruise. Mulanya bercadang untuk menikmati pemandangan bandar Melaka di waktu malam tetapi tentatif di rumah abangku di Taman Muzaffar Syah untuk makan malam menyebabkan kami menunda untuk datang ke sini pada waktu malam. Takut tak sempat pula nak ke situ.
Aktiviti makan-makan di Umbai, sebenarnya teringin nak makan sambal ketam dan pari bakar Umbai... Burp.... Alhamdulillah.
Jangan salah sangka ye, udang galah ini tidak didapati di Melaka, ibuku yang membawanya jauh dari Rompin ke Tanjong Malim. Terima kasih mak kerana masakkan sambal udang galah yang sedap ni. Mak kata: kalau tak disebabkan mengandung tak adalah udang galah tu untuk aku. Hi2. Nasib baik mengandung, tu yang dapat makan.

Moga pembuka tirai tahun baru 2013 ini banyak memberi makna dan inspirasi buatku. Tambahan pula akan bertambah juga ahli baru dalam keluarga. Doakan aku berjaya dunia dan akhirat. Ameen.