JellyPages.com

Monday, 15 July 2013

PeRcuBaaN MeMasAk

Pertama kali dalam hidup baru menjinakkan diri untuk memasak makanan kegemaran. Kalau tak sebelum ni memang akan suruh mak masak. Memang gerenti sedap punya. Tapi, cuti berpantang kan lama, bila dah ada masa tu cuba lah memasak apa yang teringin. Walaupun tak berapa nak jadi, tapi puas hati juga lah. hii...

                         Yang ini puding roti karamel... rupa buruk tapi sedap. haha...puji diri sendiri

Yang ini kari ayam kampung, nampak cair sikit disebabkan orang dalam pantang nak makan. Tak boleh isi santan banyak-banyak.

Pulut kuning dimasak atas permintaan Mr Mazarul, katanya teringin nak makan dengan rendang ayam. Tetapi disebabkan rendang ayam yang dimasak sebelumnya dah habis dimakan dengan nasi, jadi kenalah makan pulut ni dengan kari ayam kampung tadi. Anak-anak memang suka pulut. Aku tak dibenarkan lagi makan pulut ni, kata orang tua, takut sejuk dan sakit urat pula. Almaklumlah, baru sahaja habis pantang kenalah jaga juga bab makan benda-benda sejuk ni. Tapi kan...aku bantai secubit dua. Syyy...rahsia tau.

Yang hijau cantik ni agar-agar santan. Teringin nak makan dan sangatlah sedap. Resepi ambik kat internet je, tersangatlah senang nak membuatnya. Antara rajin dengan malas je, huhu.

Hari ini nak masak apa lah pula agaknya, almaklumlah...bulan puasa ni teringin nak makan macam-macam kan. Rasanya kejap lagi nak bakar ikan siakap dan buat agar-agar merah aje lah. hiiiii...

No comments:

Post a Comment