JellyPages.com

Wednesday 27 February 2013

TaBaHLaH WaHaI HaTi DaN BeRgeMbiRaLaH

Aku dikejutkan dengan panggilan telefon daripada seorang jururawat mengatakan result MGTT dah keluar dan bacaannya 8. Katanya bacaan itu sangatlah tinggi bagi ibu yang mengandung dan dia meminta agar aku datang ke klinik untuk diambil darah sebanyak 4 kali. Aku yang mendengar terkedu seketika. Sudahlah 2 minggu sekali darah akan diambil untuk dianalisa bacaan HB (kali ini bacaan turun mendadak dari 10.5 ke 10.1), kali ini dengar pula berita akan diambil darah untuk BSP pula. Sungguh terduga rasanya kerana inilah kali pertama ketika mengandung anak ketiga aku menghadapi masalah HB rendah dan kandungan gula dalam darah yang tinggi. Aku tidak pasti apa risikonya tetapi jururawat itu meminta aku membuat temujanji supaya mereka dapat menganalisa darah aku semula. Dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu. Sesungguhnya aku redha dengan ujian ini. Moga aku dipermudahkan ketika bersalin nanti. Ameen :)
Walaupun berbagai rasa bermain dalam hati dan fikiran namun waktu cuti dimanfaatkan sebaik mungkin. Lupakan seketika rasa itu dan bergembira dan bersyukur dengan kurniaan di depan mata. Cuti baru-baru ini aku meluangkan masa bersama suami membawa anak-anak berjalan ke Langkawi. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dan gembira terutamanya dua beradik ini.
Kami memanfaatkan sepenuhnya masa yang ada bersama dengan berjalan ke Cable Car dan Underwater World Langkawi.
Sangatlah ngeri dan agak sedikit gayat apabila naik ke tempat tinggi dengan membawa dua orang budak kecil yang aktif ke sana ke mari. Nasib baik kedua beradik ini boleh dikawal semasa berada di pelantar Cable Car tu.
Turun dari tempat Cable Car Khayra minta untuk naik kuda. Asalnya aku tidak mahu naik kerana memikirkan tengah berbadan dua tetapi diyakinkan oleh tuan punya kuda itu yang dia akan membawa kuda itu perlahan dan selamat untuk aku. Jadi apa lagi. Naik jugalah. Dapat jugalah merasa naik kuda walaupun agak khuatir....hi2.
Seterusnya kami berjalan ke Underwater World Langkawi. Kebetulannya ada kawan Mr Zarul yang berkerja di sini dan kami panggil dia Bob. Jadi dapatlah berjalan-jalan di situ dengan ditemani Bob yang menunjuk setiap kawasan yang boleh diterokai. Di sini ada satu tempat untuk kita memegang hidupan air tersebut. See... Mr Zarul memegang gamat hidup. Aku agak geli nak pegang sebab nampak macam lintah sahaja. hu2.
Anak-anak sangat seronok melihat hidupan air di sini, kebetulannya semasa kami sampai ada aktiviti petugas memberi makan ikan dan peguin. Sangat seronok. Pada waktu itu juga ada persembahan ular tedung. Yang ini agak sedikit ngeri yer.
Lihat tu, dia cium ular tu. Erm...
Peguin yang sudah kekenyangan. Terkedek-kedek sahaja ke sana ke mari. Sangat comel. Heee....
Sayonara... Langkawi, sampai bertemu lagi. Moga memori ini menjadi kenangan yang terindah buat Khayra Zulaikha dan Kaisara Amani. Sayang kakak adik... umpwah.
Sayang Mr Zarul juga...Moga segala urusan kita dipermudahkan olehNya. Ameen...