JellyPages.com

Wednesday 29 June 2016

PeNasiHataN AkaDemiK: JaLaN-JaLaN ke TaDoM HiLL 2016

Alhamdulillah, bersama pelajar di bawah penasihatan akademik. Semester ini adalah pengisian masa bersama yang terakhir kalinya kerana kesemua mereka akan menghabiskan pengajian ISMP Kesusasteraan Melayu di bumi mualim. Berjalan mengisi masa lapang di Tadom Hill Resort Banting. Sesekali kena keluar juga daripada Tanjong Malim. Pertama kali di Tadom Hill memang sedikit teruja kerana sebelum pergi memang student survey dahulu tempat dan membuat perancangan awal untuk ber barbeque di situ.
Bergambar dahulu ramai-ramai
Perasan tak budak lelaki yang kat belakang tu, banyak celotehnya. Tak kenal pun tetapi memang sangat friendly.
 Mendapat tempat untuk ber barbeque berhampiran smoking area.
 Naik rakit, memang best. Bersungguh-sungguh si adik kat belakang tu.
Gambar ni memang best.
Ayam bakar yang sedap. Resepi pelajar. Memang umph!!! Tempat bakar ditempah dan disediakan oleh pihak resort.
 Khemah ini antara fasiliti yang boleh ditempah sekiranya ingin menginap dalam suasana lebih alami.
Antara menu yang dibawa, spaghetti bolognese (disediakan oleh aku). Ada juga makanan yang lain tetapi tiada dalam gambar. Nasi putih, kari ayam, nugget ayam, pasta, sandwich. (semua disediakan oleh pelajar). Air mineral dibawa untuk bancuh air sirap. Ais batu dibeli sebelum sampai ke Tadom Hill. Semangat nak ber pot luck kat situ.
 Wah! Merasa bergambar dalam air tasik ni. memang jernih.
 Berasap je pemanggang. Bakar ayam dan sosej. Terima kasih kepada si tukang bakar.
Kalau sesiapa nak datang boleh la ikut timing yang diberi. Kami sampai di sini pada jam 11 pagi, masa ini dah penuh dengan orang tetapi masih ok lagi.
 Sebelum masuk ke kawasan resort, kena isi borang dulu di pintu masuk.
 Up satu gambar sebelum berendam dalam tasik
Seawal tiba di Tadom Hill, kita akan parking kereta di kawasan lapang ladang kelapa sawit. Jangan risau kalau parking penuh kerana akan ada guard yang akan membantu
 Sebagai panduan kepada sesiapa yang nak pergi
Antara tempat penginapan bagi yang ingin bermalam

Kenangan yang tidak mungkin dilupakan bersama pelajar di bawah penasihatan akademik yang dikasihi. Semoga kalian beroleh kejayaan di dunia dan akhirat. Miss u all. Jumpa masa konvo 2016 nanti.

SeMiNAr AnTaRaBanGsa BaHAsA MeLaYu di PaTanI Mei 2016

Seminar Antarabangsa Memartabatkan Bahasa Melayu ASEAN ke-3 yang bertempat di Parkview Resort Thailand. Alhamdulillah, pertama kali menjejakkan kaki di bumi bertuah ini. Bertolak dari Tanjong Malim hingga ke Imigresen Bukit Kayu Hitam bersama rakan AJK Persidangan sedikit agak lelah dan seterusnya dijemput oleh wakil daripada Universiti Fatoni untuk meneruskan perjalanan ke hotel. Penat kerana melalui perjalanan yang agak panjang namun berbaloi kerana ia adalah pengalaman kali pertama. Ku redahkan jua dengan hati yang sedikit berbunga.
 Di hadapan pintu masuk hotel.
Berkesempatan membaca sebuah sajak pada malam puisi kemanusiaan yang pertama kali diadakan. Sajak yang dibacakan bertajuk "Malam Puisi Asean" karya A. Halim Ali
 Bergambar dengan sebahagian peserta persidangan dari UPM dan Universiti Fatoni.
Up satu, selfie bersama Dato VC UPSI dan rakan sejawatan sebagai orang kuat persidangan iaitu Prof. Madya Dr. Abdul Halim Ali dan Prof. Madya Dr. Azhar Wahid sementara menunggu delegasi dari Thailand tiba untuk perasmian persidangan.
 Antara bilik yang akan digunakan untuk pembentangan kertas kerja.
Tea tarik sedap. Menikmati di malam hari sambil mendengar lagu-lagu indah.
Di hadapan hotel ada sebuah cafe yang bernama "Cafe Tea Tarik." Gambar di atas adalah tea hijau tarik. Sekadar ingin mencuba. Sedap juga.
Terima kasih kepada rakan AJK dari Universiti Fatoni yang belanja makan steamboat. Sedap dan banyak pilihan. Lokasi, berhampiran hotel. Di Bawah ini adalah antara pilihan makanan yang ada.
Sarapan pagi yang amat menyelerakan di hotel. Bubur air seafood dan set roti bakar. Di sini hari-hari makan tomyam pun tidak mengapa Memang sedap. Macam-macam jenis tomyam yang tiada di Malaysia ada di sini.
Sebagai moderator persidangan.
Menerima sijil sebagai moderator daripada Rektor Universiti Fatoni. Lama sembang. Katanya nama aku seeloknya disebut sebagai Nor Azimah dan bukannya Norazimah kerana Nor Azimah membawa maksud cahaya keazaman, petunjuk. Kata Prof, kekalkan dengan panggilan Nor Azimah. Insyaallah Prof. 
 Bersama rakan AJK persidangan. Bersiap sedia untuk majlis perasmian dan persidangan.
 
 Usai persidangan berkesempatan melawat Universiti Fatoni di Thailand. Alhamdulillah.
 
Gambar terakhir mestilah aku sebagai pembentang. Bersama rakan pensyarah dari UPSI Prof. Madya Dr. Dahlia Janan dan pelajar sarjananya serta pembentang dari Thailand. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Pulang dari Thailand singgah memborong pes tomyam, beras wangi dan beras pulut serta sedikit cenderamata untuk dibawa pulang. Kenangan manis yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Alhamdulillah.

MaJliS PeRsaRaaN Prof. MaNa SiKana Mei 2016

Prof. Mana Sikana berkhidmat di Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi UPSI sebagai pensyarah kanan dan tibalah harinya beliau melepaskan semua tugas hakiki sebagai seorang pensyarah kanan universiti. Semoga beliau tidak terus bersara daripada dunia penulisan. Mengenali beliau sangatlah indah kerana banyak kenangan bersama pelajar yang dicipta terutamanya di dalam kelas drama dan teater. Setiap semester, pelajar akan diwajibkan membuat sebuah pementasan drama daripada skrip yang dihasilkannya. Maka kenangan itu sentiasa terpahat dalam mengukir pengalaman dan kedewasaan pelajar untuk mengenali makna diri, sahabat dan rakan taulan. Sebagai rakan pensyarah, Prof Mana Sikana seorang yang sentiasa merendah diri, tidak kedekut ilmu, suka berkongsi pengalaman dan sentiasa membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada pensyarah muda seperti aku. Cakapnya sopan, tuturnya lembut, budi bahasanya halus. Walaupun ilmu penuh di dada, beliau ibarat bapa yang sentiasa membimbing anaknya, beliau adalah sebutir permata yang bersinar. Ketiadaannya amat dirasai terutamanya bagi semua anak didik dan rakan pensyarah Kesusasteraan Melayu. 
 Kek sumbangan daripada pelajar dan pensyarah Kesusasteraan Melayu, keluarga AT01
Sedikit buah tangan untuk Prof Mana Sikana yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Ani Omar sebagai wakil pensyarah Kesusasteraan Melayu
 Bunga yang dihias indah untuk Prof. yang dikenang
Dimulai bacaan doa sebelum acara memotong kek
Bergambar bersama rakan pensyarah Kesusasteraan Melayu yang hadir. Terima kasih Prof. Mana Sikana. Segala jasamu akan dikenang hingga akhir hayat.