JellyPages.com

Wednesday 29 June 2016

MaLam PuIsi KeMaNusiAaN Mei 2016

Usai Seminar Wacana Teori & Kritikan Sastera di siang hari, pada malamnya diadakan majlis baca Puisi Kemanusiaan yang dianjurkan oleh Program Kesusasteraan Melayu UPSI dengan kerjasama Persatuan Penulis Budiman bersama
Bacaan puisi pada malam ini disertai oleh para pelajar kursus teori dan kritikan sastera dan para pensyarah yang sememangnya berbakat dan menyentuh perasaan.
Bergandingan dengan Dr. Makmur iaitu pensyarah dari Indonesia yang teah lama berkhidmat sebagai pensyarah kursus Jawi dan kursus Ketrampilan Membaca Bahasa Melayu di FBK UPSI. Kami mendeklamasikan sajak yang bertajuk "Api dan Air Mata Rohingya" karya A.Halim Ali. Aku juga turut membaca sebuah sajak peribadi yang bertajuk "Damai Derita Pada yang Sudi" yang ditujukan khas kepada golongan wanita Rohingya.
Bersama dengan orang kuat majlis iaitu Presiden Persatuan Penulis Budiman, Prof. Madya Dr. Abdul Halim Ali, En. Arif Mohamad, En. Ghazali Din dan isterinya. Pada malam tersebut turut dilancarkan tabung kemanusiaan Budiman. Pada yang ingin menyumbang, sumbangan boleh dibuat di Tabung Kemanusiaan Budiman BIMB 08068010037060. Semoga majlis yang dianjurkan dapat memberi manfaat kepada semua dan diberkati Allah. Kami prihatin!!!

No comments:

Post a Comment