JellyPages.com

Wednesday 29 June 2011

MaKaN daN MaKaN LaGi

     Pertama kali makan makanan arab sewaktu majlis berbuka puasa bersama mantan cik bos (Wafa). Kali pertama makan tidak dapat nak bayangkan nasi arab tu macam mana. Bila da makan, rasa jatuh cinta pula. Kali kedua makan makanan arab apabila diajak bersama-sama rakan sepejabat menikmati juadah di AlSaedah Restoran. Pertama kali order macam tidak percaya je nasinya mak aii! Banyak, boleh kongsi berdua. Harganya RM15++ sepinggan. Bolehlah makan sekali sekala. Kalau hari-hari makan rabak poket. Kolestrol pun naik. Dah tua-tua kena jaga kesihatan tau.
     Kedai ini dekat je dengan South City Plaza. Alsaeedah Restoran namanya. (Gambar 1)

 
   Mandy Lamb, nasinya itu sangatlah sedap (Gambar 2)
 
   (Gambar 3)

 
              (Gambar 4) Kredit pada Harlina Chalo untuk gambar 1, 2, 3, dan 4 yang best ini. Roti Arab yang telah dipesan oleh adik sepejabat. Dik Chah. (Aisyah Asma') Rasa seorang sikit, emm, sedap jugalah. Kuahnya rasa masam-masam sikit, macam kuah spageti pun ada. Dalamnya ada telur, kentang, carrot dan pe tah lagi.

         Nasi ini berempah, boleh makan bagi mereka yang sukakan pedas dan rempah. Pertama kali datang ke Restoran ini dulu, aku pesan nasi ini. Memang aku tidak tahan pedas, jadi kali kedua ke situ aku pesan nasi lain pula, yang gambar kat atas tadi.
         Sup kambing dan yogurt. Biasalah, sup kambing dengan aromanya yang boleh buat aku teringat-ingat dan nak makan lagi.

    Sedap juga ini. Itu bukan sambal belacan ye tapi tomato blend dan ada la rasa pedas sikit-sikit.

    Lagi pasal makan dan makanan. Sedap juga makan-makan di JR Rice Bowl, Kajang. Kalau teringin nak makan nasi ayam macam bowl boleh la datang sini. Pernah juga masuk rancangan Jalan-jalan Cari Makan. Aku tak order nasi ayam tapi makan mee kat bawah ini.

         Mee apatah, lupa nama. Sedap juga.
    Makan kat Wong Solo, Ayam penyet RM10++. Gambar seperti di bawah ini. Lokasi di Bandar Baru Bangi. Satu baris dengan kedai HPA.

     Nasi ayam penyet, da makan baru ingat nak ambik gambar. Sorry ye, gambar tak berapa nak cun. Lapo sangat gamaknya masa ni.

Sudah Habis!!!

Wednesday 15 June 2011

TahNiaH Dr NoRaziMah bt ZaKaRia

Waktu kejadian: 14 jun 2011
Masa: Pulang dari kerja Jam 5 Petang
Tempat: Di rumah

Mr Suami berbaju jersey merah dan berseluar sukan. Konon bersiap-siap untuk keluar bermain badminton bersama rakan-rakannya. 
    
Mr Suami: Abang berkongsi berita gembira dengan ayang.


Aku: Ha, da tau, abang dapat APC kan.

Mr Suami: Bukan, Yang tu tak payah sebut lah, cuba teka lagi.

Aku: Abang ni memain yer.

Mr Suami: Ada 2 benda, pertama Tahniah! Ayang dah dapat surat senat. Konvo oktober tau. Satu lagi ayang dapat cek dari MCIS Zurich RM1,000.

Aku: Ye ke, mana bukti. Tipu ni.

Mr Suami: Ni ha, kalau tak caye (sambil menyerahkan 2 sampul surat kepadaku) Bacalah.

Aku: Sukacita dimaklumkan bahawa Senat Universiti pada 26.05.2011 telah bersetuju untuk menganugerahkan Ijazah Doktor Falsafah kepada tuan/puan. Ijazah ini akan disampaikan kepada tuan/puan dalam Konvokesyen Universiti pada 3.10.2011 hingga 8.10.2011. Alhamdulillah. 

Mr Suami: Jadi apa plan malam ni, boleh belanja makan.

Aku: Boleh jugak, tapi abang kan nak pi main badminton.

Mr Suami: Alah, boleh cancel. Kita pi makan Ayam Penyet Api nak.

Aku: Hehe (Dan melompat2 kegembiraan Yea!! Yea!!)

Dalam hati berbunga riang, syukur padamu ya Allah atas rezeki yang telah engkau kurniakan dan berikan kepada hambamu yang lemah dan tidak berdaya ini.

Thursday 2 June 2011

AkU dan DiA

     Broga, here i come!! Keluar dari rumah jam 7.15 pagi. Sebenarnya nak pergi hiking ni memang tidak dirancang pun. Bagi cadangan pada Mr Zarul, terus sahaja dia setuju. Cadangnya nak bertolak selepas subuh tetapi dek kerana melayan si kecil Kaisara yang nak menyusu maka kewajipan itu didahului. Singgah di kedai KK dekat dengan rumah, Mr Zarul beli roti dan air mineral untuk sarapan pagi. Makan roti pun sudah cukup untuk mengalas perut pada pagi itu sebelum memulakan aktiviti mendaki.
     Kasut merah yang baru 3 kali digunakan. Biasanya digunakan untuk joging di Taman Tasik Permaisuri, Cheras. Kalau ada kelapangan digunakan juga untuk bermain badminton bersama Mr Zarul. Sebab itu kasut pun masih lagi bersih. Kasut lama dah tertanggal tapak sewaktu berjoging, selamba sahaja berlalu dengan berkaki ayam dan tersenyum simpul pada semua yang memandang. Merah jugalah muka pada masa itu. Mr Zarul pula cover machoo di tepi, jalan berdua sambil gelak-gelak dan akhirnya dia membelikan kasut merah itu sebagai ganti.
     Batu tanda menunjukkan lokasi Broga.
     Mula-mulanya nak park kereta di luar kawasan ladang sawit ini sahaja. Sebenarnya boleh sahaja parking di tepi-tepi jalan. Tetapi untuk mendapatkan tempat yang redup, kami memutuskan untuk park kereta dalam kawasan ladang sawit itu sahaja dengan bayaran rm2. 
     Kami tiba jam 7.45 pagi. Agak ok lah jaraknya dari rumah kami di KL.
     Mula-mula nak mendaki agak teruja sikit. Tengok trek tanak merah dan bukit yang tak berapa nak tinggi tu menyebabkan aku lebih bersemangat. Dah lama tak mendaki selepas zaman universiti. Dulu-dulu ada juga hiking di Dabong, memang mencabar mental dan fizikal. Ni kira nak repeat semula la walaupun Bukit Broga tu tidaklah setinggi gunung stong di Dabong itu. Mr Zarul pula bukanlah kaki hiking. Tapi kalau bab sport ni dia memang juara. Aku tengok dia steady je naik, aku pula yang kembang kempis hidung tarik nafas panjang-panjang. Mencungap jugalah. Jadi baju hitam yang aku pakai di atas tu adalah hari pertama aku mendaki. Cuma sampai di puncak pertama. Aku dah tak larat, tinggal Mr Zarul keseorangan mendaki terus ke puncak seterusnya. Perut pula berbunyi-bunyi. Salah makan kot. Alamak, sakit perut pula. Dengan mood penat, nak pitam dan sakit perut, akhirnya Mr Zarul hanya menikmati sekejap sahaja pemandangan di situ kerana aku dah nak turun. Hari pertama dijadikan guide line pada hari berikutnya, aku dan Mr Zarul repeat semula hiking ke Bukit Broga dengan persediaan yang lebih baik. 
     Itu adalah puncak pertama yang kami kena daki. Kalau sampai waktu Subuh, memang ramai lah orang yang pakat-pakat nak naik. Tidak kira kecil muda dan tua. Jadi kami mengambil waktu yang selamat supaya tidak berebut dengan orang ramai. Sebelum nak sampai ke stage ini, kami perlu melalui trek yang di kiri kanannya pokok-pokok renek dan sesekali akan terjumpa dengan cerun bukit. Dari kawasan parking kereta untuk menuju ke stage pertama ini mengambil masa kira-kira 15 minit. Itupun mengikut kepada kelajuan kaki yang melangkah. Semasa mendaki, kita akan berselisih dengan orang yang sudah mula turun.  Pukul 8.15 kami memanjat stage pertama itu dengan cukup berhati-hati. Tanahnya licin, silap haribulan boleh jatuh bergolek.
     Mr Zarul menunjukkan skill turun di celah-celah batu bukit yang besar. Jadi ada juga aktiviti yang agak sedikit  mencabar selain daripada terus mendaki bukit itu.
     Sebelum sampai ke puncak Broga, kami kena melalui batu besar ini. Tali disediakan, jadi aku cuma perlu bergayut di tali itu dan memijak batu sedikit demi sedikit untuk sampai ke atas. Di sini kalau ada ramai pendaki tidak boleh berebut-rebut. Kena naik seorang-seorang. Pada masa ini Mr Zarul naik dulu, ini memudahkan dia untuk menarik tangan aku ke atas setelah berjaya melepasi batu besar itu.
     Gambar di belakangku adalah pemandangan sebelum sampai ke puncak. Trek itu telah melepasi stage yang pertama tadi.
     Akhirnya, kami berdua sampai juga di puncak. Kali pertama aku gagal tetapi kali kedua berjaya juga. Syukur alhamdulillah, dapat juga menikmati pemandangan di atas puncak Broga. Kali kedua sudah tidak ada rasa nak pitam, penat dan sakit perut.
     Mr Zarul menikmati pemandangan di puncak Broga. Sangat cantik view di situ. Kalau datang seawal Subuh, pasti pemandangan akan diselubungi dengan kabus.
     Duduk melepas lelah. Habis 2 botol air mineral. Seorang sebotol, dan aku siap makan roti sebab lapar.
     Kami dah nak turun semula. Masa naik tak perasan sangat kecerunan bukit tu, bila dah nak turun baru la menggeletar kepala lutut aku nak turun. Angin sejuk-sejuk dingin dan amatlah nyaman udara di situ. 
     Sempat bergambar berdua sebelum turun.
     Kalau dah turun dari Bukit Broga, bolehlah singgah di Rabbit Fun Land untuk bermain-main dengan rabbit di situ. Bayaran dikenakan RM5 seorang dan boleh juga menikmati sate arnab. 10 cucuk hanyalah RM18. Boleh beri arnab makan lagi, dan bukan sahaja ada arnab, monyet, kambing, kuda, dan macam-macam binatang lagilah ada di situ. Ini adalah pengalaman pertama aku dan dia meredah bukit bersama sejak berkahwin. Jadi, aktiviti ini amat berbaloi untuk kami berdua mengaktifkan stamina terutamanya bagi aku yang sudah jarang-jarang bersukan.