JellyPages.com

Wednesday 23 April 2014

JaLaN-JaLaN di TaSiK TaiPinG DaN Zoo TaIpInG

Cuti sekolah yang lalu (Disember 2013), aku dan Mr Zarul sempat lah membawa anak-anak berjalan-jalan ke Tasik Taiping dan Zoo Taiping. Agak seronok jugalah di situ. Walaupun dihambat dengan pelbagai urusan kerja dan tugas hakiki namun cuti sekolah anak-anak tidak boleh disia-siakan. Ibu dan ayah pun nak bercuti juga. Cuci otak dan cuci mata, heh :) Balik bercuti semangat untuk berkerja juga fresh. Alhamdulillah :)
Suka sangat dapat naik bot, Bot ni perlu dikayuh dengan kaki, mesti ada sekurang-kurangnya dua orang dewasa untuk mengayuhnya, nasib baik ada kawan Mr Zarul (Mr. Yusli) yang menjadi partner Mr Zarul dalam bab mengayuh pedal bot ni. Dia jugalah yang temankan kami berjalan-jalan di sekitar Taiping dan bawa pusing-pusing jalan-jalan cari makan di sekitar Taiping. Hehe :)
Hah, inilah Mr Yusli, kawan Mr Zarul. Memang anak jati Taiping ni. Ada iras-iras Anuar Zain tak :P
 
 Atas bot si Amani sempat lagi makan aiskrim :)
Orang sebelah tu dah tak pandang kamera bila dapat aiskrim, si Khayra yang control mulut tengah makan aiskrim :)

 Seronoknya Husna dapat naik bot :)
 Steadylah bro, pakai life jacket nak tak nak je, tau la tasik tak dalam. kot2 la kan :)
 Saya di Zoo Taiping :)
 Gigit jari pun sodap... Kata Husna :) Nasib baik ibu dukung saya bawa pusing-pusing kat Zoo. :)
 Posing dulu di depan kandang :)
 Jinak betul si memerang ni. Aktif sangat melompat-lompat dan berenang ke hulu ke hilir. Nampak budak-budak duduk di depan cermin tu lagilah ditunjukkan aksi yang macam-macam. Seronok sangat di sini, Khayra dan Amani melompat-lompat seronok tengok memerang tu :) Ingatkan diaorang sahaja yang melompat, bebudak lain yang tengok pun teruja juga. :)
 Hai... comel tak saya. Kata si Memerang :P

 Amani sedang merenung ikan-ikan koi di dalam kolam :) Tengah keletihan juga masa ni. Dah nak jalan keluar balik dari zoo.

 Nanti kita datang lagi... :)
Selamat tinggal Zoo Taiping :)
Habis jalan-jalan di Zoo Taiping kami pergi makan di kedai Mee Udang Mak Jah yang famous di Taiping, Bukan setakat mee udang, sotong kangkung pun ada juga. Maka tidak perlu lah nak ke Padang Kota Penang kalau nak makan sotong kangkung ni, kat sini pun ada. Harga pun boleh tahan.
 Lihat, mee udang Mak Jah, udang segar bugar dan besar-besar, Yummi. Sedap sangat. Burp!!! Alhamdulillah :)
Gambar tempat parking superbike dan kereta di kedai mee udang Mak Jah. Katanya, hari minggu memang penuh dengan superbike dari utara dan selatan akan ke sini. Akhirnya, itu sahajalah setakat ini jalan-jalan di Taiping. Seronok sangat, Taiping, nanti kami datang lagi tau!!!

Saturday 19 April 2014

JaLaN-JaLaN PeNanG & KL BiRd PaRk

Jalan-jalan hujung minggu ke Penang. Dah lama tak sampai Penang selepas zaman belajar dan selepas itu hanya sekali dua sahaja jika berkesempatan akan ke sana. Kenangan dan memori zaman belajar di USM tahun 1999-2003 (dari ISMP hinggalah Master) di sana tidak pernah dilupakan dan sentiasa terpahat di sanubari. hehe.
 
Berhenti rehat di RnR Changkat Jering
     Mandi-manda di The Gurney Resort Hotel and Residences Penang
    Seronoknya main geluncur air, kecebommm...
                   Masa ni Khadeeja Husna baru 5 bulan, dah berendam dalam kolam, eii... sejuknya.
Gambar di atas diambil masa anak-anak ajak berjalan-jalan, hajat hati jalan-jalan ke KL untuk melepak-lepak dan cuci mata dan tanpa dirancang terus sahaja ke KL Bird Park  tengok burung. Hee...Terserlah di situ sikap ayah yang penyayang. :)
                 Jalan-jalan tengok burung merak pun jadilah... so anak-anak ikut belakang ibu ye :)
                                                       Kita posing dulu, kata Khayra :P
                                              Saya cantik tak, macam cantik je, kata Amani :)
               Empat awek yang comel dan cun di taman burung, hihi :)
Itu apa, itu bird... burung. Husna... yang itu BuRung. Kalaulah dapat burung tu, kata Husna, dipicit-picitkannya, Haish!!!
                               Menunggu pertunjukan burung kakak tua yang pandai berkata-kata :)
                                   Saya berani, yahoo. Burung ini sangat jinak tau. Seronoknya :)
 
Dah habis berjalan-jalan di KL Bird Park, Mr Zarul bawa kami makan-makan di Sungai Besi. Ada satu kedai cina muslim yang menjual mee home made. Nama kedai lupa lak. See... sedap kan. Yang di atas menu permintaan Mr Zarul.
Yang ini ialah menu yang aku order. Sudah kenyang, hati senang dan jom kita balik. Horey!!! Puas jalan-jalan hari ini. Seronok budak dua beradik tu. Lain kali kita jalan-jalan lagi. Sebenarnya entri jalan-jalan ke Penang dan KL Bird Park ini sepatutnya dah lama dimasukkan iaitu pada tahun 2013 lagi, tetapi hanya pada hari ini pula berkesempatan untuk memasukkannya ke dalam pondok ini. Huhu. Macam busy sangat. Memanglah akak busy. Heh. Tak apalah, kiranya hutang dah terbayar lah ni. Alhamdulillah kerana diberi kesempatan masa dan ruang untuk menulis di blog ini. Ya Allah, Engkau permudahkanlah segala urusanku pada hari ini dan pada hari-hari yang mendatang. Ameen :)


Friday 18 April 2014

PrAy FoR MH370 DoA YaNg TiDaK PeRnaH BerHeNti

Moga MH370, anak kapal dan penumpangnya berada dalam keadaan baik-baik sahaja. Itulah harapan semua orang sehingga kini. Kembalilah ke pangkuan kami.
                                            Gambar ini dirakamkan di Manjung, Perak.


SeLaMaT HaRi UlaNg TaHuN mY SouL Mate

Selamat hari ulang tahun yang ke ... pada 1 april 2014 buat my soul mate Mr Zarul. Luv u so much.
Khayra, Kaisara dan Khadeeja doakan agar ayah sentiasa hepi, ceria, dilimpahkan rezeki, dikurniakan kesihatan dan fikiran yang baik, menjadi ayah dan suami yang terbaik buat ibu, dihindarkan daripada segala fitnah dan pandangan yang tak elok, berjaya peroleh PhD dan bergelar profesor pada suatu hari nanti serta bahagia dunia dan akhirat. Ameen :)
 
We all love u so much... Luv u, luv u... umpwah!!!

Sunday 13 April 2014

KhAyRa ZuLaiKhA YaNg Ke-7 TaHuN

Hari pertama persekolahan si Khayra sungguh mendebarkan hati ini. Almaklumlah, Mr Zarul belum dapat keputusan bertukar sekolah dan masih perlu keluar berkerja ke KL seawal jam 6 pagi dan aku harus menguruskan tiga orang budak kecil ini sendirian. Khayra (ke sekolah rendah), Kaisara (juga dihantar bersekolah pra tadika di Little Caliphs) dan Khadeeja (ke rumah pengasuh). Khayra perlu bangun seawal jam 5.20 pagi, diikuti Kaisara pada jam 5.30 pagi untuk mandi dan bersiap-siap untuk ke sekolah. Ini ekoran Khayra perlu ada di sekolah sebelum jam 7.20 pagi. Maka aku perlu keluar dari rumah pada jam 6.30 pagi untuk menghantar Khadeeja ke rumah pengasuh. Dalam 6.45 aku perlu bergerak cergas untuk menghantar si Khayra pula bagi mengelakkan kesesakan dan lewat sampai ke sekolah, almaklumlah... nak kena beli sarapan untuk dia dahulu di gerai-gerai tepi jalan yang dibuka awal. Akhir sekali baharulah hantar si Kaisara ke tadika. Aku seperti biasa masuk ofis sebelum jam 8 pagi. Tetapi macam biasa akan balik dari ofis pada jam 5.30 petang kerana aku akan hanya mengambil Kaisara daripada tadika pada waktu tersebut selepas aktiviti persekolahannya tamat. Sengaja aku transit kan dia terus di tadika sehingga petang, supaya aku tidak terkejar-kejar dengan tugas hakiki di pejabat dan mengajar. Aku hanya menghantar Khayra di waktu pagi dan di waktu balik daripada persekolahan, telah ada kereta (Cik Wati) yang diupah untuk mengambil Khayra. Bukan Khayra sahaja yang menaiki kereta tersebut, terdapat juga beberapa orang kanak-kanak lain. Khayra dihantar ke transit berhampiran dengan sekolah kebangsaannya. Di situ dia akan mandi, makan dan bersiap-siap untuk ke sekolah agama pada jam 2.15 petang. Cik Wati jugalah yang akan mengambilnya di transit tersebut dan menghantarnya ke sekolah agama rakyat. Habis sahaja sesi persekolah di sekolah agama, Mr Zarul akan menjemput Khayra dan seterusnya mengambil Khadeeja dari rumah pengasuh. Begitulah sehari-hari dengan harapan agar Mr Zarul dapat bertukar sekolah supaya anak-anak tidak terlalu mengantuk ketika dihantar ke sekolah. Alhamdulillah, keadaan semua budak kecil terpaksa bangun seawal jam 5.20 pagi hanya berlangsung selama 2 minggu, kerana Mr Zarul akhirnya dapat keputusan berpindah ke Tanjong Malim. Yahooo... boleh tarik nafas lega. Sekarang ni Khayra akan keluar ikut Mr Zarul ke sekolah dan Kaisara boleh bangun pada jam 7 pagi untuk mandi dan ke sekolah. Tak adalah dia tersengguk-sengguk di dalam kelas kerana mengantuk seperti dua minggu sebelumnya. Haha. Kesian betul... Khadeeja juga akan keluar bersama dengan aku. Hehe. Hepi betul kerana Mr Zarul sudah berhijrah di samping kami sekeluarga dan aktiviti tengahari dan petang lebih bermakna kerana banyak benda boleh dilakukan bersama. Contohnya makan tengahari bersama-sama. Hihi...
 
Khayra beria-ia mengatakan dia dilantik menjadi penolong ketua darjah di dalam kelasnya tetapi aku agak musykil dan sukar nak percaya. Hah... bila dia dah bawa balik name tag ini, baharulah aku percaya dan sedikit teruja. Cayalah anak ibu.
Cuba tengok, ada gaya siapa lah agaknya. Khayra masuk Silat Gayung Ghaib Serantau di sekolahnya. Bolehlah untuk pertahanan diri. Moga Khayra memanfaatkan ilmu yang dipelajarinya demi menjaga maruah diri, keluarga, agama dan bangsanya. Ameen :)
Tanggal 12 februari 2014 genaplah umur Khayra Zulaikha bt Mazarul Hasan 7 tahun. Moga menjadi anak yang menggembirakan hati ibu dan ayah serta menjadi pelindung adik-adik. Moga hidup Khayra Zulaikha sentiasa dirahmati Allah dan diberikan kebahagiaan serta kejayaan di dunia mahupun di akhirat. Ameen :)
Hepi besday sayang...
Bila ditanya Khayra hendak hadiah apa, inilah hasil tangkapan di kedai buku. Itu yang dimahukannya. Alhamdulillah.
Ini adalah hasil kerja seni si gadis comel Khayra, boleh la jadikan kenang-kenangan. Hihi...
Sedar tak sedar sudah menjangkau usia ke-7 tahun si budak kecil ini. Bersama ayah kesayangan sewaktu meraikan hari ulang tahun kelahiran Khayra Zulaikha di Pizza Hut. Moga Khayra sentiasa beroleh rahmat dari Allah. We all luv u so much.