JellyPages.com

Saturday, 19 April 2014

JaLaN-JaLaN PeNanG & KL BiRd PaRk

Jalan-jalan hujung minggu ke Penang. Dah lama tak sampai Penang selepas zaman belajar dan selepas itu hanya sekali dua sahaja jika berkesempatan akan ke sana. Kenangan dan memori zaman belajar di USM tahun 1999-2003 (dari ISMP hinggalah Master) di sana tidak pernah dilupakan dan sentiasa terpahat di sanubari. hehe.
 
Berhenti rehat di RnR Changkat Jering
     Mandi-manda di The Gurney Resort Hotel and Residences Penang
    Seronoknya main geluncur air, kecebommm...
                   Masa ni Khadeeja Husna baru 5 bulan, dah berendam dalam kolam, eii... sejuknya.
Gambar di atas diambil masa anak-anak ajak berjalan-jalan, hajat hati jalan-jalan ke KL untuk melepak-lepak dan cuci mata dan tanpa dirancang terus sahaja ke KL Bird Park  tengok burung. Hee...Terserlah di situ sikap ayah yang penyayang. :)
                 Jalan-jalan tengok burung merak pun jadilah... so anak-anak ikut belakang ibu ye :)
                                                       Kita posing dulu, kata Khayra :P
                                              Saya cantik tak, macam cantik je, kata Amani :)
               Empat awek yang comel dan cun di taman burung, hihi :)
Itu apa, itu bird... burung. Husna... yang itu BuRung. Kalaulah dapat burung tu, kata Husna, dipicit-picitkannya, Haish!!!
                               Menunggu pertunjukan burung kakak tua yang pandai berkata-kata :)
                                   Saya berani, yahoo. Burung ini sangat jinak tau. Seronoknya :)
 
Dah habis berjalan-jalan di KL Bird Park, Mr Zarul bawa kami makan-makan di Sungai Besi. Ada satu kedai cina muslim yang menjual mee home made. Nama kedai lupa lak. See... sedap kan. Yang di atas menu permintaan Mr Zarul.
Yang ini ialah menu yang aku order. Sudah kenyang, hati senang dan jom kita balik. Horey!!! Puas jalan-jalan hari ini. Seronok budak dua beradik tu. Lain kali kita jalan-jalan lagi. Sebenarnya entri jalan-jalan ke Penang dan KL Bird Park ini sepatutnya dah lama dimasukkan iaitu pada tahun 2013 lagi, tetapi hanya pada hari ini pula berkesempatan untuk memasukkannya ke dalam pondok ini. Huhu. Macam busy sangat. Memanglah akak busy. Heh. Tak apalah, kiranya hutang dah terbayar lah ni. Alhamdulillah kerana diberi kesempatan masa dan ruang untuk menulis di blog ini. Ya Allah, Engkau permudahkanlah segala urusanku pada hari ini dan pada hari-hari yang mendatang. Ameen :)


No comments:

Post a Comment