JellyPages.com

Tuesday 13 December 2011

PerTeMuaN daN SemiNar

Sungguh tidak disangka dan diduga, pada acara Himpunan Ilmuwan Sastera Melayu Malaysia (HISMA) 2 Disember 2011, kami bertemu kembali. Berjumpa dengan bekas teman kuliah Master di USM dulu, kak Arbakyah Hasan. Banyak juga perkara yang dibualkan. Moga pertemuan kali ini akan memberi seribu makna dalam hubungan kita.

Pada 17 & 18 Disember 2011 (Sabtu & Ahad) nanti aku akan ke Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa Pulau Pangkor 2. Akan menginap di Hotel Puteri Bayu, Pulau Pangkor. Festival ini telah dimulakan pada tahun lalu. Pada tahun ini beberapa buah negara seperti Singapura, Thailand, Indonesia, Brunei Darussalam, Loas dan Russia akan mengambil bahagian. Festival ini bertemakan "Penyair sebagai penyambung suara generasi." Moga mendapat manfaat dan pengalaman daripada festival ini. Mudah-mudahan dipermudahkan segala-galanya.
Doakan aku selamat pergi dan selamat pulang. Moga ilmu yang dikutip dapat dimanfaatkan untuk semua.

Tuesday 8 November 2011

TeRiMa KaSiH

     Bermula Februari 2009 sehingga bulan 10 2011, akhirnya tamat sudah perkhidmatanku di salah sebuah IPTS Cheras. Terima kasih kepada mereka yang seangkatan, rakan-rakan berlibur tawa dan senda. Patah tumbuh hilang berganti. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia Allah sahaja yang tahu.
Kek dari Secret Recipe. Makan sehingga menjilat jari. Sesiapa yang tiada pada waktu kejadian, amatlah rugi. Terima kasih kepada orang yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini.
Barisan staf yang sememangnya hebat-hebat. Dua orang ustaz pilihan. Pilih yang mana korang berkenan.
Orang yang bertungkus lumus membahagikan kek, itulah dia si adik putih comel Noorzuliana. yummie!!!! yummie!!! Aisyah dengan kak As tenung apa tu. Barisan mak-mak dan sorang anak dara baju pink yang sentiasa cool.
Barisan ibu mengandung. Pandai korang beratur ikut due date bersalin. Azie menjadi model bagi muruku yang berjenama NoRa. Pandai diaorang cari muruku tu.
Terima kasih semua, Sayang korang sampai mati.

Saturday 8 October 2011

HaRi YaNg PerLu DiNikMaTi

3 oktober 2011 (Isnin) tarikh konvokesyen kali ke 50 di UM. Konvo kali ke-3 buat diriku selepas bergelumang dengan dunia akademik sebagai seorang pelajar.
Secara rasminya juga aku telah menjadi warga alumni UM. Hari Rabu mengambil jubah di UM dan orang pertama yang merasmikannnya ialah si Khayra Zulaikha.
Bergaya dengan jubah ibu, nanti kakak pula!
Konvokesyen pada 3 oktober 2011 (Isnin) pada sesi pertama. Bangun seawal 5.30 pagi, bersiap-siap untuk ke UM. Si Khayra dibawa sekali tetapi tidak adiknya Kaisara. Takut-takut si kecil meragam di tapak konvo. Kasihan pula nanti pada yang menjaganya. (Kasihan sebab kena berlumba marathon dengannya). Kasihan juga pada Khayra yang tidak pernah bangun seawal pagi, tetapi nasib baik pada malamnya dia sudah diberitahu untuk mengikutku pergi school ibu (merujuk UM). Jadi, bila dikejut secara automatik dia sudah bersedia untuk mandi dan bersemangat untuk makan nasi goreng. Selalunya dia tidak mahu makan. Hebat jugalah dia boleh habis sepinggan nasi goreng pada jam 6.30 pagi. Cadangannya mahu bertolak jam 6.30 pagi dari rumah, tetapi masih menunggu emak dan ayahku bersiap. Jadi kami bergerak ke UM pada jam 6.50 pagi. Mujurlah perjalanan pada pagi itu agak lancar dan tidak berlaku kesesakan. Jam 7.15 sudah sampai ke UM. Aku dikehendaki berkumpul di bangunan peperiksaan lama pada jam 7.30 pagi. Kami berpisah di situ. Mr Zarul, emak, ayah dan Khayra bergerak ke DTC. 
Perarakan ke DTC oleh graduan pada jam 8.00 pagi. Emak dan ayah masuk ke dewan. Mr Zarul kena menjaga Khayra di luar DTC kerana kanak-kanak bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan memasuki dewan. Kasihan jugalah pada si Khayra dan ayahnya kerana di luar dewan cuaca agak panas. Tetapi apakan daya. Majlis penganugerahan disampaikan oleh Sultan Perak. Alhamdulillah, majlis usai jam 11.30 pagi.

Bersama-sama dengan insan yang paling istimewa di hati. Tanpa mereka siapalah aku. Aku SAYANG mereka. Terima kasih Ya Allah atas kurniaan ini. Alhamdulillah. Kegembiraan berganda setelah aku tahu ke mana hala tujuku selepas ini. Allah Maha Pemurah dan Allah Maha Penyayang. KepadaMu aku memanjatkan syukur.

Wednesday 17 August 2011

CeRmiN HaTi

Khayra Zulaikha: Ok adik, hari ini kakak nak cerita. Adik dengar tau.
Kaisara Amani (tengah berfikir) apa-apa ajelah kakakku.

Thursday 11 August 2011

ApA-ApA JeR

 
     Peristiwa Satu: Lepak di Tutti Frutti Bandar Seri Permaisuri. Yogurt yang sangat sedap, ditambah pula dengan buah-buahan, kekacang, beraneka gula-gula. Emm, sedap.
     Makan-makan Tutti Frutti dengan Mr Zarul di Bandar Seri Permaisuri.
     Peristiwa Dua: Jalan-jalan bawa Khayra makan Kenny Rogers di TBS Bandar Tasik Selatan. Berlari-lari si kecil itu naik escalator.
     Khayra berebut macaroni chesse, takut aku dan ayahnya ngap.
     Akhirnya, Khayra ngap dulu.
     Peristiwa Tiga: Bawa si Khayra menonton pertandingan badminton peringkat Kebangsaan di Stadium badminton Kuala Lumpur.

     Peristiwa Empat: Si princess Khayra. Berangan untuk menjadi seorang tuan puteri. Boleh pula napkin adik Kaisara dibuat dandanan rambut oleh Hartatik. Khayra oh Khayra.

Monday 8 August 2011

SaMa TaPi TaK SeRuPa

     Khayra Zulaikha dan Kaisara Amani. Permata hati yang ibu dan ayah. Sama tapi tak serupa.
    Masa  dilahirkan.
     Bila sudah pandai merangkak.
     Bila sudah pandai bermain.
     Ketika kedua-duanya sudah pandai berjalan.
     Adik, tengok mata kakak ni. Sambil si adik pun memegang muka dan mata si kakak. Ba cak!! Kata kakak. Umpwaaaaaaaaah!!! Sayang adik.

Tuesday 2 August 2011

TerKilaf BiCaRa

     Maafkan aku sahabat, teman, kekasih dan keluarga sekiranya perbuatanku dan percakapanku menyakiti hatimu selama ini. Ya Allah, ampunilah aku. Lorongkanlah aku ke jalanMu. Berikanlah aku kesabaran dan petunjukMu. Aku mohon dan aku redha Ya Allah.

Monday 1 August 2011

JoM UbaTi JiWa

    Alangkah indahnya jika setiap pagi dan petang kita diberikan kesempatan masa untuk membaca Al-Ma'thurat. 

      Di antara petikan dari buku kecil ini "Hakikatnya, tidak semua manusia mendapat hidayah dan menerima bimbingan Allah. Tidak semua manusia mengetahui cara yang terbaik untuk mendekatkan diri kepada Allah Yang Maha Agung. Justeru, ramai yang tersesat ke lembah kebodohan dan kenistaan hidup yang berpanjangan serta jiwa yang keluh kesah. Melalui doa dan zikir, sesorang mukmin mampu mendapatkan cinta Rabbnya, terhindar daripada pelbagai gangguan jahat, dan imannya semakin kuat. Dengan doa dan zikir, hati akan menjadi hidup, tenang dan bahagia."
     Jadikanlah Al-Ma'thurat sebagai amalan dalam kehidupan kita. Sebagai hambaNya, kita pernah melakukan kesilapan, pernah melakukan dosa dan ingin kembali ke pangkuanNya. Melalui doa dan zikir, hati akan menjadi tenang, resah akan terubat dan sentiasa berasa gelisah jika tidak melakukan kebaikan. Sebagai manusia biasa yang sentiasa punya kelemahan, kadang-kadang kita akan berasa resah, gelisah dan dukacita apabila hajat yang diingini lambat tercapai atau tidak tercapai. Jadi, ingatlah:
Bila Allah cepat makbulkan doamu maka Dia menyayangimu.
Bila Dia lambat makbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu.
Bila Dia tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukkmu.
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaan.
Pun, kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya.
     Selain daripada buku kecil Al-Ma'thurat, buku La tahzan (Jangan Bersedih) juga mesti dibaca.
     Tanpa kita sedari, dalam perjalanan hidup kita seharian, kadang-kadang kita menghadapi banyak masalah atau kesulitan yang tidak terduga. Kesulitan dalam hidup menyebabkan kita sentiasa mencari jalan penyelesaian yang kadang-kadang kita penat dan lelah untuk menghadapi semua kesulitan itu. Pada masa inilah, kita berasa sangat sedih dan kecewa dengan semua perkara. Semangat menjadi lemah dan sering menyalahkan diri sendiri dan orang lain. Maka buku ini boleh menjadi penawar bagi hati. Di antara sub topik yang selalu menjadi rujukanku ialah "Sesungguhnya Setelah Kesulitan Ada Kemudahan." Petikan yang menarik jiwa dan menggembirakan hati yang resah ialah "Wahai manusia, setelah lapar ada kenyang, setelah haus ada kepuasan, setelah berjaga malam ada tidur nyenyak dan setelah sakit ada kesembuhan. Setiap yang hilang pasti ketemu, dalam kesesatan akan datang petunjuk, dalam kesulitan ada kemudahan dan setiap kegelapan akan terang benderang. Sampaikan khabar gembira kepada malam hari bahawa, sang fajar pasti datang mengusirnya dari puncak-puncak dan dasar-dasar lembah, kepada orang yang dilanda kesusahan bahawa pertolongan akan datang secepat kilat cahaya dan kerdipan mata, kepada orang yang ditindas bahawa kelembutan dan dakapan hangat akan segera tiba."
      Jom ubati jiwa, kita manusia biasa yang selalu melakukan kesilapan. Moga zikir dan doa menjadi ubat  dan penawar manakala buku La Tahzan menjadi teman dan pembangkit motivasi diri sewaktu kita tiada rakan dan sahabat untuk mengadu nasib diri. Hanya kepada Allah kita berserah dan Dia Maha Mengetahui.
     Petikan terakhir daripada buku La Tahzan "Sebagai seorang hamba, dia tidak berhak mengatur qadak dan qadar Allah, dengan menerima yang dia mahu dan tidak menerima yang dia tidak mahu. Kerana pada dasarnya manusia itu tidak diberi hak untuk memilih, hak itu milik Allah kerana Dia lebih mengetahui, lebih bijaksana, lebih agung dan lebih tinggi. Kerana Allah mengetahui alam ghaib, mengetahui segala rahsia dan mengetahui akibat dari segala perkara."
     Moga hari ini kita akan menjadi lebih baik dari hari semalam. Perubahan itu walaupun sedikit tetapi amat bermakna. Moga kita sentiasa dalam RahmatNya. Ameen.

Sunday 31 July 2011

JoM BeRaMaL

     Alhamdulillah, kita masih lagi diberikan nikmat untuk meneruskan kehidupan di dunia ini. Moga kedatangan bulan ramadhan yang penuh mulia ini memberi ruang dan peluang untuk kita terus beramal soleh.
     Bermula dengan bangun seawal jam 4.30 pagi, menyediakan juadah untuk bersahur kepada seisi keluarga menuntut kita supaya tidak bermalas-malasan di atas tilam empuk seperti  hari-hari dan bulan-bulan sebelumnya. Bangun pagi untuk bersahur adalah nikmat yang hanya dapat dikecapi saat kita berpuasa.
      Banyak manakah kita membuat amal untuk mengutip pahala. Tanyalah pada diri, setakat hari ini, detik ini, sudahkah kita membaca al-qura'an, sudahkah kita membuat amalan-amalan sunat atau sudahkah kita mengisi masa kita dengan perkara-perkara yang berfaedah.
     Jangan lupa, perbanyakkan membaca al-qur'an di waktu yang berharga ini.
     Perbanyakkanlah sedekah. Alhamdulillah, pagi ini ada seorang hamba Allah di tempat kerja (langsung tidak mengenalinya) telah memberikan "sedekah" (gambar di atas). Katanya, untuk berbuka puasa. Moga insan itu dimurahkan rezeki dan sentiasa mendapat nikmat dan ganjaran pahala dari Allah.
     Perbanyakkanlah amal, moga kita beroleh tempat yang paling istimewa di sisi-Nya. Ameen.

Tuesday 26 July 2011

KaMi

     Menemani si dia ke stadium Bukit Jalil melihat perlawanan bola sepak antara Chelsea dan Malaysia. Walaupun Chelsea bukanlah team pilihan kerana hati tetap tertawan dengan Manchester United, jadi sokongan padu kepada pemain Malaysia di beri seratus peratus.
Amat berbaloi dan sangat puas hati dapat menyaksikan sendiri perlawanan tersebut di stadium.

     Sempat bergambar sebelum masuk ke dalam stadium, kami masuk di laluan pintu berwarna hijau.
     Perlawanan bermula pada jam 8.45 malam, boleh solat maghrib di surau yang ada dan boleh makan-makan dengan jajan yang dijual di luar dan dalam perkarangan stadium.
     Pandangan lebih luas dan sangatlah tidak suka dengan gol yang dijaringkan oleh Drogba. Apapun tabik spring dengan pasukan Malaysia.
 
      Sangat seronok apabila ini adalah kali kedua aku dan dia menonton perlawanan bola sepak bersama. Moga hubungan kita kekal bahagia hingga ke syurga. Amin

Monday 25 July 2011

BiLa KiTa...

     Bila mahu menulis.
     Tidak tahu masa yang sesuai, tidak tahu bila mahu mendapat idea yang bagus.
     Sentiasa sibuk, tidak ada masa. Jadi sentiasa tertangguh-tangguh.
     Kena berfikir semula. Bagaimana mahu bijak membahagikan masa. Sebagai isteri, ibu, anak, pelajar, pekerja, penulis dan hambaNya. Fitrahnya manusia mempunyai akal, sebanyak manapun masa yang diberi sentiasa mempunyai alasan dan sebab untuk menjawab persoalan.
     Bila, mengapa dan bagaimana harus dijawab "Ya!Saya akan mulai hari ini  untuk menulis/bekerja dan lain-lain urusan dengan niat kerana Allah." Kembali kepada asas kehidupan dan kita pasti akan bertemu jawapan. Sekiranya kita sentiasa mengatakan bahawa kita tidak cukup masa kerana itu dan ini, pastilah kita tidak akan menjadi lebih baik dari hari ini, tetapi jika kita sentiasa menulis atau menaip walaupun sebaris ayat sehari, lama-lama kita akan melatih diri untuk menulis lebih banyak lagi. Seperti kita menyimpan syiling. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.  Kalau simpan duit, kita akan kaya daripada segi kebendaan. Begitu juga dengan penulisan, setiap hari menulis walaupun sebaris, lama-lama semakin banyak dan harap-harap biarlah yang memberi faedah ye. Kalau ilmu tidak dimanfaatkan maka kita akan menjadi orang yang rugi, manfaatkanlah ilmu kita itu dalam apa jua bentuk.
     Peringatan untuk diri aku juga yang sentiasa bertapi-tapi, itu dan ini. Harus semangat, bangkit untuk menulis terutamanya penulisan akademik. Mulakan untuk menulis walaupun sebaris untuk mendapat idea yang baik. Idea tidak akan datang tanpa kita menyerunya. Bagaimana untuk menyeru idea? Mulakanlah dengan sebaris perkataan/ayat setiap hari dan anda akan mendapat cabangnya. Cubalah, ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah.

Thursday 21 July 2011

SuAtU KiSaH

Alkisahnya: 
Seorang anak kecil suka bertanya mengapa, kenapa, sebab apa, bila dan bagaimana. Kadang-kadang soalan yang ditanya tak terjangkau dek akal nak menjawabnya.
Anak kecilku si Khayra suka bertanya: Mengapa ibu dan ayah pergi kerja. 
Selalunya aku akan menjawab: Ibu ayah kena cari duit, beli pampers, beli susu, beli baju baru untuk kakak dan adik. Kalau ibu ayah tak kerja, macam mana nak dapat duit beli baju cantik kakak.
Si kakak: Esok ibu ayah cuti yer. Biar kakak pergi kerja. Kalau kakak keje kakak ada duit. Kakak boleh beli susu, beli baju cantik tuk ibu. Ibu cuti ye.
Aku: Erk...terkedu seketika. Em, tak bolehlah. kakak kan kecik lagi. Kakak duk umah tengok adik yer.
Si Kakak: Nanti ibu beli beg macam ibu yer. (Sambil tangan tunjuk di handbeg ku)
Aku: Ok, nanti ibu beli. Kakak nak wat apa beg ni.
Si Kakak: Kakak nak simpan duit banyak-banyak dalam beg tu bila kakak keje.
Adush!!! Khayra oh Khayra.

Anak-anak selalu mengharapkan kita sentiasa berada di sisi mereka sepanjang masa. Jadi mereka akan cuba menjadi seperti kita, sentiasa meniru apa yang kita lakukan. Mahu menjadi cepat dewasa, tetapi selalu mengharapkan kita melayan mereka seperti baby. Selalu lah sebut: Ala comei-comei anak ibu sambil peluk erat-erat dan cium ubun2 kepala mereka. Ketika anak tidur, bercakaplah dengan anak, nasihatilah dia dan bacakan surah an-nur supaya anak terang hatinya.
Mereka sedih apabila kita pergi kerja tetapi mereka gembira apabila kita pulang. Malangnya, kadang-kadang kita terlepas pandang apabila mereka berada seharian bersama dengan kita, sedikit pun kita tidak dapat bersabar dengan kenakalan mereka. Kata orang, anak-anak suka menunjukkan sikap bila depan ibu bapa kerana mahukan perhatian. Kadang-kadang akulah orang itu. Bila sudah marah baru penyesalan timbul.

Ada suatu kisah, di hospital Jengka (masa itu Kaisara Amani masuk wad kerana demam)
Aku amat suka melihat keluarga ini. Anaknya berumur 3 tahun tetapi sentiasa menyebut kalimat Allah! Allah! apabila kesakitan menyerang. Ibunya sentiasa berada di sisi dan sentiasa mengingatkan anaknya itu menyebut kalimat Allah. Apabila anaknya mengerang kesakitan, ibunya menegur. Adik jangan menjerit, adik kena sebut apa? Anaknya menjawab, Allah!. Adik pandai. Kata ibunya. Aku menyapa ibu budak itu, rupanya anaknya masuk wad kerana demam panas. Keyakinan dan kesabaran kakak itu banyak mengajarku. 

Allah Maha Besar, Allah Maha Hebat. Lorongkan aku ke jalanMu yang lurus dan redhailah aku. Jadikanlah kami ibu bapa yang diredhai olehMu ya Allah. Kadang-kadang aku lemah dan alpa dengan tanggungjawabku,  aku lupa dengan amanahmu, aku lupa dengan janjiku, maka janganlah Engkau terus membiarkan aku. Aku bersyukur dengan rezeki dan amanahmu ini. Aku Mengharapkan Redhamu ya Allah. Amin.

Sunday 17 July 2011

KaiSaRa YaNg SeTaHuN

     Setahun sudah berlalu. Saya sudah besar. Tengok saya! Comel tak. He2.
     Saya sudah pandai berjalan pada usia saya setahun sebulan. Yeay!
     Beriadah di Dataran Merdeka, KL pada waktu malam.
     Seronoknya.
      Saya suka berjalan.
     Berjalan lagi.
     Saya dan kakak saya.
     Hoyei, hoyei. Saya sayang ibu, ayah dan kakak saya.
     Kek besday saya yang dibelikan ayah.
     Saya sayang keluarga saya.
     Doa ibu dan ayah, moga Kaisara Amani menjadi anak solehah dan sentiasa berbakti pada Allah, kedua orang tua dan orang di sekelilingmu. Ibu, ayah, kak Khayra Zulaikha amat menyintai dan menyayangimu.
     Amin.