JellyPages.com

Monday, 25 July 2011

BiLa KiTa...

     Bila mahu menulis.
     Tidak tahu masa yang sesuai, tidak tahu bila mahu mendapat idea yang bagus.
     Sentiasa sibuk, tidak ada masa. Jadi sentiasa tertangguh-tangguh.
     Kena berfikir semula. Bagaimana mahu bijak membahagikan masa. Sebagai isteri, ibu, anak, pelajar, pekerja, penulis dan hambaNya. Fitrahnya manusia mempunyai akal, sebanyak manapun masa yang diberi sentiasa mempunyai alasan dan sebab untuk menjawab persoalan.
     Bila, mengapa dan bagaimana harus dijawab "Ya!Saya akan mulai hari ini  untuk menulis/bekerja dan lain-lain urusan dengan niat kerana Allah." Kembali kepada asas kehidupan dan kita pasti akan bertemu jawapan. Sekiranya kita sentiasa mengatakan bahawa kita tidak cukup masa kerana itu dan ini, pastilah kita tidak akan menjadi lebih baik dari hari ini, tetapi jika kita sentiasa menulis atau menaip walaupun sebaris ayat sehari, lama-lama kita akan melatih diri untuk menulis lebih banyak lagi. Seperti kita menyimpan syiling. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.  Kalau simpan duit, kita akan kaya daripada segi kebendaan. Begitu juga dengan penulisan, setiap hari menulis walaupun sebaris, lama-lama semakin banyak dan harap-harap biarlah yang memberi faedah ye. Kalau ilmu tidak dimanfaatkan maka kita akan menjadi orang yang rugi, manfaatkanlah ilmu kita itu dalam apa jua bentuk.
     Peringatan untuk diri aku juga yang sentiasa bertapi-tapi, itu dan ini. Harus semangat, bangkit untuk menulis terutamanya penulisan akademik. Mulakan untuk menulis walaupun sebaris untuk mendapat idea yang baik. Idea tidak akan datang tanpa kita menyerunya. Bagaimana untuk menyeru idea? Mulakanlah dengan sebaris perkataan/ayat setiap hari dan anda akan mendapat cabangnya. Cubalah, ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah.

No comments:

Post a Comment