Nama ayahku Hj Zakaria bin Ahmad, orang kampung panggil ayahku Hj Awang, masa muda digelar Awang Misai (sebab misainya yang melintang itu dan sifat seorang pendekar, tok guru silat) atau paklong oleh anak buahnya, ibuku bernama Hjh Khirzol bt Md Isa (seorang surirumah dan dipanggil makcik Yom atau maklong oleh anak-anak buah ayahku). Ayahku seorang yang tegas, garang dan sangat pentingkan pelajaran anak-anak. Walaupun ayahku garang, aku tidak pernah kena jentik atau rotan dengannya. Mak yang selalu rotan sebab anak-anaknya tak nak dengar kata, hu2. Terima kasih mak kerana rotan, getah paip, penyapu lidi itulah yang menyebabkan kami menjadi insan yang berguna. Acara potong kek di bawah ini pertama kali diadakan. Rancangan ini dijayakan Mr Muhamad Zakaria dan isterinya yang pandai buat kek itu. Kebetulannya semua anak-anak ayah pulang ke kampung kerana ayah mengadakan kenduri berkampung untuk ahli-ahli NGO yang dinaungi ayah.
Ayah membacakan doa kesyukuran. Amin ya Allah.Sambil dikelilingi cucu-cucu yang selalu memeningkan kepala tok dan tokwan, hi2.
Ayah dan mak potong kek. Terima kasih pada Mat dan Nani kerana idea mereka.
Kek yang dibuat oleh isteri Muhamad Zakaria (adik no 6) Nani yang mempunyai blog kedai keknya sendiri.
Diusik oleh cucu-cucu, tokwan kena suap tok, yeay!!
Romantiknya, moga kebahagiaan dan kegembiraan itu sentiasa berkekalan, amin.
Akhirnya, mak telah menyuap kek ke mulut ayah. Mak malu, ayah nganga je.
Lepas suap ayah, baru boleh suap cucu-cucu pula.
Bergambar sewaktu perkahwinan adik bongsu Mahatdir bin Zakaria di Johor. Kakak sulung (Maizatul Asmah Zakaria) kena pulang awal, dia hanya sempat menghadiri majlis nikah dan berinai. Tiada dalam gambar ialah abang no3 (Zainudin Zakaria) dan kakak no 4 (Zauwiyah Zakaria).
Kakakku yang sulung, nampak muda lagi walaupun da 40-an. Ada blog sendiri. Mabelesla... dan memang mabeles. Abang ipar yang sangat baik hati, iaitu en Mohd Isa. Moga sentiasa bahagia dan ceria sokmo.
Ibu dan ayah, terima kasih atas segalanya. Sayang ayah dan mak hingga akhir nyawa.
Kakakku yang sulung, nampak muda lagi walaupun da 40-an. Ada blog sendiri. Mabelesla... dan memang mabeles. Abang ipar yang sangat baik hati, iaitu en Mohd Isa. Moga sentiasa bahagia dan ceria sokmo.
Ibu dan ayah, terima kasih atas segalanya. Sayang ayah dan mak hingga akhir nyawa.
mak ayah tu mcm kena paksa je dgn camera man. mana pernah suap2 mcm ni....nasib baik makcik tak nampak...hehehehehe....cayalah!! we love both of u....hingga akhir nyawa.
ReplyDeletemau tapi malu, jadi terpaksa rela, he2. Kalo makcik nampak suh mak suapkan je, hahha
ReplyDelete