JellyPages.com

Thursday, 21 July 2011

SuAtU KiSaH

Alkisahnya: 
Seorang anak kecil suka bertanya mengapa, kenapa, sebab apa, bila dan bagaimana. Kadang-kadang soalan yang ditanya tak terjangkau dek akal nak menjawabnya.
Anak kecilku si Khayra suka bertanya: Mengapa ibu dan ayah pergi kerja. 
Selalunya aku akan menjawab: Ibu ayah kena cari duit, beli pampers, beli susu, beli baju baru untuk kakak dan adik. Kalau ibu ayah tak kerja, macam mana nak dapat duit beli baju cantik kakak.
Si kakak: Esok ibu ayah cuti yer. Biar kakak pergi kerja. Kalau kakak keje kakak ada duit. Kakak boleh beli susu, beli baju cantik tuk ibu. Ibu cuti ye.
Aku: Erk...terkedu seketika. Em, tak bolehlah. kakak kan kecik lagi. Kakak duk umah tengok adik yer.
Si Kakak: Nanti ibu beli beg macam ibu yer. (Sambil tangan tunjuk di handbeg ku)
Aku: Ok, nanti ibu beli. Kakak nak wat apa beg ni.
Si Kakak: Kakak nak simpan duit banyak-banyak dalam beg tu bila kakak keje.
Adush!!! Khayra oh Khayra.

Anak-anak selalu mengharapkan kita sentiasa berada di sisi mereka sepanjang masa. Jadi mereka akan cuba menjadi seperti kita, sentiasa meniru apa yang kita lakukan. Mahu menjadi cepat dewasa, tetapi selalu mengharapkan kita melayan mereka seperti baby. Selalu lah sebut: Ala comei-comei anak ibu sambil peluk erat-erat dan cium ubun2 kepala mereka. Ketika anak tidur, bercakaplah dengan anak, nasihatilah dia dan bacakan surah an-nur supaya anak terang hatinya.
Mereka sedih apabila kita pergi kerja tetapi mereka gembira apabila kita pulang. Malangnya, kadang-kadang kita terlepas pandang apabila mereka berada seharian bersama dengan kita, sedikit pun kita tidak dapat bersabar dengan kenakalan mereka. Kata orang, anak-anak suka menunjukkan sikap bila depan ibu bapa kerana mahukan perhatian. Kadang-kadang akulah orang itu. Bila sudah marah baru penyesalan timbul.

Ada suatu kisah, di hospital Jengka (masa itu Kaisara Amani masuk wad kerana demam)
Aku amat suka melihat keluarga ini. Anaknya berumur 3 tahun tetapi sentiasa menyebut kalimat Allah! Allah! apabila kesakitan menyerang. Ibunya sentiasa berada di sisi dan sentiasa mengingatkan anaknya itu menyebut kalimat Allah. Apabila anaknya mengerang kesakitan, ibunya menegur. Adik jangan menjerit, adik kena sebut apa? Anaknya menjawab, Allah!. Adik pandai. Kata ibunya. Aku menyapa ibu budak itu, rupanya anaknya masuk wad kerana demam panas. Keyakinan dan kesabaran kakak itu banyak mengajarku. 

Allah Maha Besar, Allah Maha Hebat. Lorongkan aku ke jalanMu yang lurus dan redhailah aku. Jadikanlah kami ibu bapa yang diredhai olehMu ya Allah. Kadang-kadang aku lemah dan alpa dengan tanggungjawabku,  aku lupa dengan amanahmu, aku lupa dengan janjiku, maka janganlah Engkau terus membiarkan aku. Aku bersyukur dengan rezeki dan amanahmu ini. Aku Mengharapkan Redhamu ya Allah. Amin.

9 comments:

  1. Semoga menjadi ibu yang sabar & penyayang. Sabar dgn kerenah anak2 & ayahnya juga.

    ReplyDelete
  2. itu membezakan antara Maha PEncipta dengan hambanya......

    ReplyDelete
  3. Masya Allah,anak itu..moga kita akan menjadi ibu yang baik kepada anak yang baik.. ^_^
    (mau cepat-cepat ada anak)

    ReplyDelete
  4. Akak, sangat kuatnya kasih kita pada anak kan.. Semoga apabila kita sudah tua, kita mendapat kasih yang sama..

    ReplyDelete
  5. Kak Tun, karenah anak boleh dijangka, karenah ayahnya di luar jangka, he2

    ReplyDelete
  6. Mr abang, seperti katamu, ikut flow yer :)

    ReplyDelete
  7. Ummi Ecah, akak doakan Ecah cepat-cepat menimang cahaya mata, moga menjadi ibu yang penyayang dan penyabar, hi2 (Ecah memang seorang yang sangat penyabar)

    ReplyDelete
  8. Lin, moga begitu hendaknya. Kasih sayang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit :)

    ReplyDelete
  9. ok!!!saya seperti mahu menangis!!!mahap..dalam hati saya mmg byk taman...

    ReplyDelete