JellyPages.com

Sunday, 31 July 2011

JoM BeRaMaL

     Alhamdulillah, kita masih lagi diberikan nikmat untuk meneruskan kehidupan di dunia ini. Moga kedatangan bulan ramadhan yang penuh mulia ini memberi ruang dan peluang untuk kita terus beramal soleh.
     Bermula dengan bangun seawal jam 4.30 pagi, menyediakan juadah untuk bersahur kepada seisi keluarga menuntut kita supaya tidak bermalas-malasan di atas tilam empuk seperti  hari-hari dan bulan-bulan sebelumnya. Bangun pagi untuk bersahur adalah nikmat yang hanya dapat dikecapi saat kita berpuasa.
      Banyak manakah kita membuat amal untuk mengutip pahala. Tanyalah pada diri, setakat hari ini, detik ini, sudahkah kita membaca al-qura'an, sudahkah kita membuat amalan-amalan sunat atau sudahkah kita mengisi masa kita dengan perkara-perkara yang berfaedah.
     Jangan lupa, perbanyakkan membaca al-qur'an di waktu yang berharga ini.
     Perbanyakkanlah sedekah. Alhamdulillah, pagi ini ada seorang hamba Allah di tempat kerja (langsung tidak mengenalinya) telah memberikan "sedekah" (gambar di atas). Katanya, untuk berbuka puasa. Moga insan itu dimurahkan rezeki dan sentiasa mendapat nikmat dan ganjaran pahala dari Allah.
     Perbanyakkanlah amal, moga kita beroleh tempat yang paling istimewa di sisi-Nya. Ameen.

No comments:

Post a Comment