JellyPages.com

Sunday 31 July 2011

JoM BeRaMaL

     Alhamdulillah, kita masih lagi diberikan nikmat untuk meneruskan kehidupan di dunia ini. Moga kedatangan bulan ramadhan yang penuh mulia ini memberi ruang dan peluang untuk kita terus beramal soleh.
     Bermula dengan bangun seawal jam 4.30 pagi, menyediakan juadah untuk bersahur kepada seisi keluarga menuntut kita supaya tidak bermalas-malasan di atas tilam empuk seperti  hari-hari dan bulan-bulan sebelumnya. Bangun pagi untuk bersahur adalah nikmat yang hanya dapat dikecapi saat kita berpuasa.
      Banyak manakah kita membuat amal untuk mengutip pahala. Tanyalah pada diri, setakat hari ini, detik ini, sudahkah kita membaca al-qura'an, sudahkah kita membuat amalan-amalan sunat atau sudahkah kita mengisi masa kita dengan perkara-perkara yang berfaedah.
     Jangan lupa, perbanyakkan membaca al-qur'an di waktu yang berharga ini.
     Perbanyakkanlah sedekah. Alhamdulillah, pagi ini ada seorang hamba Allah di tempat kerja (langsung tidak mengenalinya) telah memberikan "sedekah" (gambar di atas). Katanya, untuk berbuka puasa. Moga insan itu dimurahkan rezeki dan sentiasa mendapat nikmat dan ganjaran pahala dari Allah.
     Perbanyakkanlah amal, moga kita beroleh tempat yang paling istimewa di sisi-Nya. Ameen.

Tuesday 26 July 2011

KaMi

     Menemani si dia ke stadium Bukit Jalil melihat perlawanan bola sepak antara Chelsea dan Malaysia. Walaupun Chelsea bukanlah team pilihan kerana hati tetap tertawan dengan Manchester United, jadi sokongan padu kepada pemain Malaysia di beri seratus peratus.
Amat berbaloi dan sangat puas hati dapat menyaksikan sendiri perlawanan tersebut di stadium.

     Sempat bergambar sebelum masuk ke dalam stadium, kami masuk di laluan pintu berwarna hijau.
     Perlawanan bermula pada jam 8.45 malam, boleh solat maghrib di surau yang ada dan boleh makan-makan dengan jajan yang dijual di luar dan dalam perkarangan stadium.
     Pandangan lebih luas dan sangatlah tidak suka dengan gol yang dijaringkan oleh Drogba. Apapun tabik spring dengan pasukan Malaysia.
 
      Sangat seronok apabila ini adalah kali kedua aku dan dia menonton perlawanan bola sepak bersama. Moga hubungan kita kekal bahagia hingga ke syurga. Amin

Monday 25 July 2011

BiLa KiTa...

     Bila mahu menulis.
     Tidak tahu masa yang sesuai, tidak tahu bila mahu mendapat idea yang bagus.
     Sentiasa sibuk, tidak ada masa. Jadi sentiasa tertangguh-tangguh.
     Kena berfikir semula. Bagaimana mahu bijak membahagikan masa. Sebagai isteri, ibu, anak, pelajar, pekerja, penulis dan hambaNya. Fitrahnya manusia mempunyai akal, sebanyak manapun masa yang diberi sentiasa mempunyai alasan dan sebab untuk menjawab persoalan.
     Bila, mengapa dan bagaimana harus dijawab "Ya!Saya akan mulai hari ini  untuk menulis/bekerja dan lain-lain urusan dengan niat kerana Allah." Kembali kepada asas kehidupan dan kita pasti akan bertemu jawapan. Sekiranya kita sentiasa mengatakan bahawa kita tidak cukup masa kerana itu dan ini, pastilah kita tidak akan menjadi lebih baik dari hari ini, tetapi jika kita sentiasa menulis atau menaip walaupun sebaris ayat sehari, lama-lama kita akan melatih diri untuk menulis lebih banyak lagi. Seperti kita menyimpan syiling. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.  Kalau simpan duit, kita akan kaya daripada segi kebendaan. Begitu juga dengan penulisan, setiap hari menulis walaupun sebaris, lama-lama semakin banyak dan harap-harap biarlah yang memberi faedah ye. Kalau ilmu tidak dimanfaatkan maka kita akan menjadi orang yang rugi, manfaatkanlah ilmu kita itu dalam apa jua bentuk.
     Peringatan untuk diri aku juga yang sentiasa bertapi-tapi, itu dan ini. Harus semangat, bangkit untuk menulis terutamanya penulisan akademik. Mulakan untuk menulis walaupun sebaris untuk mendapat idea yang baik. Idea tidak akan datang tanpa kita menyerunya. Bagaimana untuk menyeru idea? Mulakanlah dengan sebaris perkataan/ayat setiap hari dan anda akan mendapat cabangnya. Cubalah, ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah.

Thursday 21 July 2011

SuAtU KiSaH

Alkisahnya: 
Seorang anak kecil suka bertanya mengapa, kenapa, sebab apa, bila dan bagaimana. Kadang-kadang soalan yang ditanya tak terjangkau dek akal nak menjawabnya.
Anak kecilku si Khayra suka bertanya: Mengapa ibu dan ayah pergi kerja. 
Selalunya aku akan menjawab: Ibu ayah kena cari duit, beli pampers, beli susu, beli baju baru untuk kakak dan adik. Kalau ibu ayah tak kerja, macam mana nak dapat duit beli baju cantik kakak.
Si kakak: Esok ibu ayah cuti yer. Biar kakak pergi kerja. Kalau kakak keje kakak ada duit. Kakak boleh beli susu, beli baju cantik tuk ibu. Ibu cuti ye.
Aku: Erk...terkedu seketika. Em, tak bolehlah. kakak kan kecik lagi. Kakak duk umah tengok adik yer.
Si Kakak: Nanti ibu beli beg macam ibu yer. (Sambil tangan tunjuk di handbeg ku)
Aku: Ok, nanti ibu beli. Kakak nak wat apa beg ni.
Si Kakak: Kakak nak simpan duit banyak-banyak dalam beg tu bila kakak keje.
Adush!!! Khayra oh Khayra.

Anak-anak selalu mengharapkan kita sentiasa berada di sisi mereka sepanjang masa. Jadi mereka akan cuba menjadi seperti kita, sentiasa meniru apa yang kita lakukan. Mahu menjadi cepat dewasa, tetapi selalu mengharapkan kita melayan mereka seperti baby. Selalu lah sebut: Ala comei-comei anak ibu sambil peluk erat-erat dan cium ubun2 kepala mereka. Ketika anak tidur, bercakaplah dengan anak, nasihatilah dia dan bacakan surah an-nur supaya anak terang hatinya.
Mereka sedih apabila kita pergi kerja tetapi mereka gembira apabila kita pulang. Malangnya, kadang-kadang kita terlepas pandang apabila mereka berada seharian bersama dengan kita, sedikit pun kita tidak dapat bersabar dengan kenakalan mereka. Kata orang, anak-anak suka menunjukkan sikap bila depan ibu bapa kerana mahukan perhatian. Kadang-kadang akulah orang itu. Bila sudah marah baru penyesalan timbul.

Ada suatu kisah, di hospital Jengka (masa itu Kaisara Amani masuk wad kerana demam)
Aku amat suka melihat keluarga ini. Anaknya berumur 3 tahun tetapi sentiasa menyebut kalimat Allah! Allah! apabila kesakitan menyerang. Ibunya sentiasa berada di sisi dan sentiasa mengingatkan anaknya itu menyebut kalimat Allah. Apabila anaknya mengerang kesakitan, ibunya menegur. Adik jangan menjerit, adik kena sebut apa? Anaknya menjawab, Allah!. Adik pandai. Kata ibunya. Aku menyapa ibu budak itu, rupanya anaknya masuk wad kerana demam panas. Keyakinan dan kesabaran kakak itu banyak mengajarku. 

Allah Maha Besar, Allah Maha Hebat. Lorongkan aku ke jalanMu yang lurus dan redhailah aku. Jadikanlah kami ibu bapa yang diredhai olehMu ya Allah. Kadang-kadang aku lemah dan alpa dengan tanggungjawabku,  aku lupa dengan amanahmu, aku lupa dengan janjiku, maka janganlah Engkau terus membiarkan aku. Aku bersyukur dengan rezeki dan amanahmu ini. Aku Mengharapkan Redhamu ya Allah. Amin.

Sunday 17 July 2011

KaiSaRa YaNg SeTaHuN

     Setahun sudah berlalu. Saya sudah besar. Tengok saya! Comel tak. He2.
     Saya sudah pandai berjalan pada usia saya setahun sebulan. Yeay!
     Beriadah di Dataran Merdeka, KL pada waktu malam.
     Seronoknya.
      Saya suka berjalan.
     Berjalan lagi.
     Saya dan kakak saya.
     Hoyei, hoyei. Saya sayang ibu, ayah dan kakak saya.
     Kek besday saya yang dibelikan ayah.
     Saya sayang keluarga saya.
     Doa ibu dan ayah, moga Kaisara Amani menjadi anak solehah dan sentiasa berbakti pada Allah, kedua orang tua dan orang di sekelilingmu. Ibu, ayah, kak Khayra Zulaikha amat menyintai dan menyayangimu.
     Amin.

Tuesday 12 July 2011

TraNsforMaSi SeoRaNg AnaK

     Perubahan sikap seorang anak yang ingin menunjukkan dia sudah pun remaja. Hari-hari minta nak kahwin, minta barang kemas, minta aksesori, minta make up, minta dompet, minta hp, haish!. Hari-hari minta benda yang sama, layankan aje.
     Minta di make up seperti pengantin walaupun dengan berbaju tidur.
     Mula-mula bergambar dalam bilik, lepas itu bergambar kat luar pula.
     Sangatlah seronok bila saya dilayan macam tuan puteri.
     Terima kasih pada auntie Jijie aka maksu Naz (isteri paksu) kerana melayan saya dan meminjamkan aksesori pengantin itu.
     Ya, saya dah besar, dah pandai solat.
     Saya juga pandai baca a, ba, ta.
     Saya dan kek sempena umur saya 4 tahun. Saya juga mencuba warna biru kat mata saya. Cantik tak saya.
     Seronoknya Khayra. Dialog yang sering Khayra tanya padaku dan ayahnya.
Khayra: Ibu! kakak dah besar. Kakak nak kahwin tau.
Ibu: Kakak boleh kahwin, tapi kakak kena sekolah dulu.
Khayra: Ooo, kalau kakak sekolah kakak boleh kahwin yer.
Ibu: Erk! boleh-boleh, kakak nak kahwin dengan siapa.
Khayra: Kakak nak kahwin dengan Farish.
Ibu: Siapa Farish?
Ayah: Anak bomba atas rumah kita. hu2.

Emm, Khayra oh Khayra.

JoM ke DaPuR

     Nama saya Cik Spaghetti Bolognaise versi Nora. Cuba lah. Senang sahaja.
     Amat menyelerakan.
     Kesukaan Mr Suami, Cik Khayra dan Cik Kaisara juga. Tadaa, sedap. Cubalah.
     Mula-mula tumis bawang putih (banyak) dan bawang merah (sikit je) yang diracik/ cincang halus.
     Masukkan daging ayam cincang (banyak di pasaraya)
     Inilah yang digunakan, tak ada bahan ini, tak jadi la spaghetti Nora tu. Ops, bila air daging ayam tu dah kering, masukkan tomato puree dan air 2 gelas setengah. Masukkan perencah spaghetti tu. Api perlahan ye. Gaulkan sebati.
     Cendawan butang yang telah dihiris nipis. Masukkan benda ni.
     Campurkan dengan sosej ayam. Tak nak campur pun tak apa.
     Inilah hasil kuahnya, campurkan bahan perasa secukupnya, gula dan garam ye.
     Rebus spaghetti sehingga lembut.
     Bila dah lembut, toskan dan gaul dengan planta. Sudah siap dan boleh dimakan panas-panas. Kalau sukakan cheese, boleh tabur sahaja. Selamat mencuba.

Wednesday 6 July 2011

CuTi YaNg TiDaK DiRanCaNg TaPi BeRmaKna

     Percutian 2 hari 1 malam yang tidak dirancang ke Cameron Highland. Jadi, 4 orang adik beradik yang lain tidak dapat ikut kerana mempunyai perancangan yang lain. Bukannya tidak mahu merancang awal, tetapi kesibukan ayahku sebagai orang kuat NGO (Biarlah rahsia, hi2) di kawasan Segitiga Jengka itu membuatkan aku kena tempah ayahku awal-awal, kesibukannya amatlah sukar diduga. Jumaat malam telefon ayah, bagi cadangan untuk bawa beliau dan mak ke Cameron, itupun kena tunggu setengah jam untuk bagi masa pada beliau berfikir. Fikir punya fikir jam 10 malam dia menyatakan persetujuan. Jadi aku call adik beradik yang lain, siapa yang mahu ikut. Kesudahannya, yang pergi bersama ialah, kakakku yang sulung (Maizatul Asmah Zakaria) dan abangku yang nombor 3 (Zainuddin Zakaria). Urusan mencari apartment diserahkan pada kakakku, kami tinggal di apartment boss kakakku. Apartment ini memang untuk disewakan, jadi dapatlah harga istimewa. Walaupun macam tidak berapa sesuai tinggal di Tanah Rata, namun itu sahajalah pilihan yang ada kerana urusan last minute. Walau bagaimanapun, apartment ini memang best.
     Apartment Taman Royal Lily di Pekan Tanah Rata. Di bawahnya ada kedai. Di sinilah kami berkampung. Tingkat 4. Memang penatlah naik tangga. Tapi best, boleh mengepam jantung supaya lebih aktif. Ayahku mengah-mengah naik tangga. Emak relax je. hi2.
     Abaikan gambar anak dara itu, dan lihat pemandangan di belakangnya, serba sedikit view dalam apartment itu. Pijak lantai, mak aii...sejuk. Kena pakai stokin. Kat dalam rumah ini tidak ada kipas dan penghawa dingin. Duduk dalam rumah ini pun dah sejuk beku satu badan. Nasib baiklah banyak toto, bantal dan selimut yang disediakan oleh tuan punya rumah.
     Sekitar pemandangan di dapur yang boleh diadakan aktiviti masak memasak.
     Tujuan ke Cameron adalah untuk meraikan hari bapa dan ibu, sekaligus membawa mereka yang tidak pernah ke sana. Ayahku biasa aje, katanya tempat ini biasa aje. Macam orang yang tidak pernah tengok ladang sawit, bila tengok ladang sawit seronok. Macam kita la, tidak pernah tengok daun dan ladang teh, jadi akan rasa seronok bila tengok ladang teh, strawberry, minum teh mahal. hu2. Ayahku memang suka berfalsafah, namun aku tahu, mulut kata lain, hati kata lain. Pendekar la katakan. Apapun sudah rasa seronok kerana dapat membawa mak naik ke situ. Impian yang sudah lama disimpan. Pelik tapi benar.
     Emak yang sporting. Ayah, memang susah nak bergambar.
     Emak yang berposing di Strawberry Farm, Brinchang.
     Aku, Mr Suami, Khayra Zulaikha dan Kaisara Amani di Tea Boh Sungai Palas.
     Dua hero yang terhebat di hatiku. Di belakang ayahku itu kakakku yang sulung, sangat keletihan rupanya mengejar anaknya yang lincah dan aktif itu. Baru dapat kaki la katakan. Alesya yang comel.
     Sebahagian lagi ahli keluarga yang lain sedang menikmati teh.
    
     Menikmati kesegaran udara di luar smokehouse.
     Berjalan-jalan di Pasar Malam Brinchang. Kaisara Amani yang kesejukan.
     Emak di Strawberry Park.
     Emak dan bunga. Besarnya bunga raya kat belakang emak tu.
     Melepas lelah di tepi pokok-pokok bunga.
     Sayang mak ayah. Nanti kita jalan-jalan lagi. Buat ayah (big boss), nanti cek booking ayah awal-awal.