JellyPages.com

Friday 22 April 2011

Khayra Zulaikha Entri Tiga hingga Empat

     Masa berlalu begitu pantas. Sedar tidak sedar Khayra sudah berusia 3 tahun. Khayra masih menyusu botol dan memakai napkin pakai buang. Tetapi, mulai umur Khayra genap 3 tahun ibu dan ayah sudah tidak membeli napkin pakai buang untuk Khayra. Ibu dan ayah sepakat untuk melatih Khayra belajar berdikari untuk tidak memakai napkin pakai buang lagi. Walaupun pada mulanya agak sukar, akhirnya kita berjaya juga disebabkan Khayra sendiri yang berusaha pergi ke tandas, mencuci dan tidak mahu ibu dan ayah menolong. Khayra memang anak yang bijak, dan pandai. Disebabkan Khayra anak yang bijak dan pandai, ibu  dan ayah berjanji membawa Khayra ke tempat yang Khayra suka. Ini adalah tempat kegemaran Khayra. Tempat yang Khayra boleh berguling-guling dan melompat-lompat.



     Khayra Zulaikha kesayangan ibu dan ayah. Pada umur 3 tahun, Khayra suka membuat pelbagai aksi dan mimik muka. Sama seperti gambar sebelum ini. Tetapi yang ini mimik muka versi Khayra sudah besar. Lihat tu! aksi mulut muncung yang suka Khayra buat bila ibu dan ayah mahu mengambil gambar Khayra.
Khayra Zulaikha 3 tahun 1 Bulan

Khayra Zulaikha 3 Tahun 2 Bulan
     Pada masa ini Khayra berada di tempat kerja ayah. Ada aktiviti sukan di tempat kerja ayah. Banyak belon di situ. Khayra pun dapat 2 biji belon. Satu berwarna merah dan satu lagi berwarna putih.
Khayra Zulaikha 3 Tahun 3 Bulan
     Tengok! Lagi sekali mimik muka apabila ayah mengambil gambar Khayra. Tetapi, ibu dan ayah suka!

Khayra Zulaikha 3 tahun 4 Bulan
     Aktiviti Khayra apabila pulang ke kampung ayah, rutinnya kita akan ke Teluk Batik dan Khayra akan bermain pasir pantai di situ. Comotnya muka anak ibu!

Khayra Zulaikha 3 Tahun 5 Bulan
     Gambar ini diambil semasa kita pergi ke Ulu Yam, melihat paksu Madey rowing untuk sukan MASUM.

Khayra Zulaikha 3 tahun 6 Bulan
     Pada masa ini Khayra masih duduk dalam baby car seat. Bila Khayra sudah menjadi kakak, Khayra tidak duduk di kerusi itu lagi.

Khayra Zulaikha 3 Tahun 7 Bulan
     Gambar Khayra bersama Kak Deba dan Kak Najwa. Mereka sepupu Khayra. Tiga gadis pingitan yang comel lagi cantik.

Khayra Zulaikha 3 Tahun 8 Bulan
     Khayra yang suka bergaya.

Khayra Zulaikha 3 tahun 9 Bulan
Lagi, khayra yang suka bergaya.

Khayra Zulaikha 3 Tahun 10 Bulan
     Khayra yang suka main-main bila ayah mahu mengambil gambar.

Khayra Zulaikha 3 Tahun 11 Bulan
     Ketika rambut Khayra masih panjang.
Bibik Auntie Hartatik dari Kejayan Pasuruwan, Surabaya
     Pada usia Khayra 3 tahun 11 bulan, ibu dan ayah telah mengambil seorang pembantu rumah dari Indonesia. Pada mulanya Khayra cuba memanggil bibik tetapi Khayra tidak pandai dan agak sukar untuk menyebutnya, jadi ibu dan ayah memutuskan supaya Khayra memanggil bibik sebagai auntie kerana Khayra sudah terbiasa dengan suasana di taska Sinar Jati dengan memanggil semua pengasuh di situ dengan panggilan auntie. Keputusan untuk mengambil auntie hartatik adalah paling sukar untuk ibu dan ayah putuskan bagi menjaga Khayra dan adik Kaisara. Disebabkan masalah kesihatan Khayra yang tidak menentu di taska dan ketiadaan pengasuh adik Kaisara yang baru berumur 5 bulan di taska menyebabkan ibu dan ayah nekad untuk mengambil pembantu rumah. Mujurlah auntie Hartatik adalah orang kampung kepada pembantu rumah jiran depan rumah kita iaitu acik Mustika. Dia yang mencadangkan supaya ibu mengambil auntie Hartatik. Ibu dan ayah yang pada mulanya ragu-ragu untuk mengambil pembantu rumah terus sahaja bersetuju dan diperkenalkan kepada agen mereka iaitu pembantu rumah Dato HD yang bernama Bibah. Dato HD seorang tokoh ilmuwan yang ternama. Bermulalah episod Khayra dan adik Kaisara dijaga oleh auntie Hartatik. Auntie Hartatik mempunyai 3 orang anak, pertama Kak Radika (6 tahun), kedua Kak Refa (5 tahun) dan ketiga Adik Hafiz (10 bulan). Suami Auntie Hartatik bernama Pak Sulaiman.

Khayra Zulaikha 3 Tahun 12 Bulan
     Gambar ini diambil semasa perkahwinan makyong Lia di Seksyen 24 Shah Alam. Di sebelah Khayra itu ialah Paksu kecik Akujai. Masa ini Paksu berumur 7 tahun. Paksu kecik Akujai adalah sepupu ayah.

Pertama Kali di Kedai Gunting Rambut
     Gambar ini diambil sewaktu Khayra pertama kali di kedai gunting rambut, Khayra nampak begitu teruja, sedikit takut dan sangat gembira dengan rambut yang baru.

Khayra Zulaikha 4 tahun
Tadaaa! Apabila rambut Khayra sudah pendek.
Hadiah Hari Ibu Daripada Khayra Zulaikha
     Terima kasih sayang di atas kenangan tapak tangan kecilmu itu. Ucapan hari ibu yang ditulis oleh pengasuh taska untuk ibu membuatkan ibu sangat terharu. Khayra Zulaikha kesayangan ibu dan ayah, sesungguhnya tiada apa yang lebih bermakna di dalam dunia ini selain daripada dirimu sayang. Ibu dan ayah amat menyayangi dan menyintaimu.

Monday 18 April 2011

Khayra Zulaikha Entri Dua Hingga Tiga

     Khayra Zulaikha kesayangan ibu dan ayah. Khayra yang sangat suka bermain dengan air. Pada usia dua tahun ibu dan ayah membawa Khayra ke Marina water park Lumut. Lihat itu! Bila Khayra sudah berjumpa dengan air, Khayra seronok sangat.  

2 Tahun 1 Bulan

2 Tahun 2 Bulan
      Pada usia 2 tahun 2 bulan, Khayra dimasukkan ke hospital PPUM kerana virus muntah dan cirit birit. Pulang dari rumah "mak" pengasuh Khayra agak okey, bermain seperti biasa di taman. Tetapi malamnya Khayra mula muntah-muntah dan ibu agak cemas. Itu adalah pengalaman pertama ibu melihat Khayra muntah sehingga badan menjadi lemah dan lembik. Ayah yang ada perlawanan badminton pada malam itu pulang awal untuk membawa Khayra ke hospital. Khayra dimasukkan ke wad kecemasan dan diberi "drip" air sebanyak 4 botol dan ibu, ayah menemani Khayra bermalam di wad selama 4 hari 3 malam. Kasihan anak ibu. 

2 tahun 3 Bulan
     Khayra yang sudah pandai bergaya.

2 Tahun 4 Bulan
      Mulut Khayra comot dengan kek harijadi ayah. Ayah sambut harijadi pada 1 april.

2 Tahun 5 Bulan
     Khayra yang sangat ayu dan manja. Gambar ini diambil semasa kita berjalan-jalan di Lumut, Perak.
2 tahun 6 Bulan
     Khayra bersama buku a, b, c

2 Tahun 7 Bulan
     Apabila Khayra mula menangis.

2 Tahun 8 Bulan
     Di restoran Arab Bandar Baru bangi.
2 Tahun 9 Bulan
     Khayra dan (sepupu) kakak Najwa. Pada masa ini umur kakak najwa 5 tahun. Khayra dan kakak Najwa nampak sama tinggi.

2 Tahun 10 Bulan
     Khayra di Cameron Highlands buat kali ke-2. 

2 Tahun 11 Bulan
     Khayra yang sangat tembam.
3 Tahun
     Tadaaa, Khayra di Taman Rama-rama Kuala Lumpur. Pada masa ini umur Khayra sudah pun 3 tahun.
Meraikan Harijadi di Taska Sinar Jati
     Pertama kali dan terakhir Khayra menyambut harijadi di taska Sinar Jati, Pangsapuri Jati Selatan. Khayra meraikan harijadi bersama adik Zara. Auntie Liza iaitu pemilik taska akan meraikan harijadi setiap kanak-kanak di situ. Kebetulan pada bulan 2, hanya Khayra dan adik Zara sahaja yang diraikan.    

Bersama auntie liza dan auntie ida di taska, kek ditaja oleh auntie Ana
     Di Taska ini, Khayra amat baik dengan penjaga yang bernama auntie Ana. Khayra sangat manja dengan auntie Ana. Kek harijadi Khayra dan adik Zara yang di atas itu telah ditaja oleh auntie Ana.

Kek Harijadi Khayra yang Ke-3 tahun
      Kek di atas dibelikan bersempena Khayra berumur 3 tahun. Gambar patung Barbie itu pun Khayra yang pilih sendiri.
     Khayra Zulaikha kesayangan ibu dan ayah, hargailah setiap detik bersama-sama dengan orang-orang yang tersayang, hormatilah orang tua, jadilah anak yang solehah dan sentiasa bersyukur di atas nikmat Allah. Ibu dan ayah amat menyintaimu dan menyayangimu sayang.

Wednesday 13 April 2011

Khayra Zulaikha Entri Satu Hingga Dua

     Khayra Zulaikha mula berjalan pada umur 12 bulan. Saat-saat yang dinanti-nantikan oleh ibu dan ayah. Khayra meniarap dalam usia 4 bulan, pandai duduk di usia 6 bulan, Khayra tidak merangkak tetapi terus berdiri, meniti di tepi meja dan kerusi dan bertatih untuk berjalan. Pada masa ini Khayra masih tidak pandai bercakap kecuali menyebut bababa, mamama dan suka membuat mimik muka.

Khayra Zulaikha dan mimik muka "Busuk"

Khayra Zulaikha 1 Tahun 1 Bulan


Khayra Zulaikha 1 Tahun 2 Bulan
     Bila Khayra sudah pandai berjalan, laju sahaja Khayra melangkah dan berlari, tengok tu! Ibu dan ayah terpaksa mengejar Khayra.

Khayra Zulaikha 1 Tahun 3 Bulan
     Apabila Khayra sudah berani untuk naik buaian sendiri. Ibu terpaksa pegang di tepi takut-takut Khayra terjatuh. Khayra duduk sahaja di situ dan ibu menghayun buaian dengan perlahan.

Khayra Zulaikha 1 Tahun 4 Bulan
     Khayra duduk di "baby chair." Masa ini makanan kegemaran Khayra adalah kentang goreng.

Khayra Zulaikha 1 Tahun 5 Bulan
     Khayra dan baby pooh. Hadiah harijadi untuk Khayra. Pertama kali juga Khayra memakai baju kurung. Baju kurung yang cantik itu dibuat oleh tok khas untuk Khayra.

Khayra Zulaikha 1 Tahun 6 Bulan
     Pada masa ini kita ke Jom Heboh Bukit Jalil. Ibu, ayah, opah, acu, abang long nabil pun ikut sekali.

Khayra Zulaikha 1 Tahun 7 Bulan
     Di taman permainan dekat rumah kita. Rambut Khayra tidak pernah panjang kerana selalu dipotong oleh "mak" pengasuh Khayra yang suka tengok rambut Khayra pendek.


Khayra Zulaikha 1 Tahun 8 Bulan
     Di sebelah Khayra itu abang Aron (sepupu Khayra) dan ibunya. Pada masa ini kita pergi ke Cameron Highlands dan bermalam di sana. Khayra dan abang Aron makan Ais krim strawberry yang sangat sedap. Kalau kita pergi ke sana, pasti ibu dan ayah tidak lupa untuk membeli dan makan ais krim strawberry bersama-sama dengan Khayra.


Khayra Zulaikha 1 Tahun 9 Bulan
  
Khayra Zulaikha 1 Tahun 10 Bulan
Khayra yang sudah pandai bergaya, bermula dengan cermin mata ibu dan membuat gaya "peace."

Khayra Zulaikha 1 Tahun 11 Bulan
     Khayra di Secret Recipe, cheese cake adalah kesukaan Khayra. Bila kita di sini pasti ibu dan ayah akan memesan cheese cake untuk Khayra. Kesukaan Khayra menyebabkan ibu telah belajar membuat cheese cake daripada uncle Neeshan dan Khayra juga amat menyukainya. 

Khayra Zulaikha 2 Tahun
     Khayra di Pizza Hut, kesukaan Khayra ialah mushroom soup Pizza.

Kek Birthday Khayra Zulaikha 2 Tahun
     Khayra Zulaikha kesayangan ibu dan ayah, jadilah anak yang baik dan solehah, sayangilah dan cintailah kami ibu dan ayahmu. Kami amat menyintaimu sayang.

Thursday 7 April 2011

Khayra Zulaikha Kesayangan Ibu dan Ayah Entri Satu

Khayra Zulaikha bt Mazarul Hasan 12/2/2007 di PPUM

     Lahirnya Khayra Zulaikha di dunia memberi seribu makna kepada ibu dan ayah. Kenapa nama Khayra Zulaikha menjadi pilihan ibu dan ayah. Khayra bermakna "yang paling baik / yang paling utama" dan Zulaikha bermakna "yang paling cantik." Pangkal huruf "K" bersempena nama tok iaitu "Hjh Khirzol bt Md Isa." Nama tok unik, disebabkan itu huruf "K" menjadi pilihan ibu dan ayah. Makna Khayra juga memberi harapan kepada ibu dan ayah agar Khayra boleh menjadi tunjang kepada adik-adik. Boleh melindungi dan menjadi contoh yang baik kepada adik-adik.
     Khayra Zulaikha dilahirkan secara pembedahan sebelum waktu subuh di PPUM, KL. Ibu berpantang di Jengka Pahang, rumah tok dan tok wan. Khayra Zulaikha disahkan kena jaundis dan dimasukkan ke Hospital Bandar Pusat Jengka selama 5 hari. Ibu menemani Khayra di hospital dan ayah berulang alik dari rumah tok ke hospital. Kasihan anak ibu. 

Khayra Zulaikha kena jaundis di Hospital Bandar Pusat Jengka
    
Kenduri Akikah Khayra Zulaikha di Jengka, Pahang
 Tempoh sebulan ibu berpantang kita di Jengka Pahang, sebulan berikutnya ibu berpantang di rumah Opah Sri Manjung Perak. Tengok! Usia Khayra baru dua bulan dan Khayra sangat tembam.

Khayra Zulaikha 2 Bulan
Majlis berendoi di Sri Manjung, Perak. Khayra Zulaikha dan Adam (sepupu)

Pak ndak dan Mak ndak mencukur kepala Khayra Zulaikha

Khayra Zulaikha 3 Bulan

Khayra Zulaikha 4 Bulan

Khayra Zulaikha 5 Bulan
     Gambar di atas diambil bersempena ibu dan ayah mengadakan kenduri di rumah baru kita. Khayra sangat seronok sebab ramai orang yang datang.

Khayra Zulaikha 6 Bulan
     Gambar ini diambil masa Khayra, ibu, ayah, opah dan tok pergi ke Kedah serta Perlis. Ibu ditugaskan untuk membuat penyelidikan bersama rakan sekerja di UM. Ibu memutuskan untuk membawa kalian (sambil bercuti sekali) dan kita menginap di hotel dekat Alor Star. Umur 6 bulan Khayra sudah berjalan ke merata tempat sampai ke sempadan Thailand pun ibu dan ayah bawa. Itupun gara-gara kami hendak ke Perlis dan berjalan-jalan di Padang Besar. 

Khayra Zulaikha 7 Bulan

Khayra Zulaikha 8 Bulan

Khayra Zulaikha 9 Bulan
     Hobi Khayra yang suka mengemas barang-barang.

Khayra Zulaikha 10 Bulan

     Khayra yang sangat sukakan sungai dan laut. Tengok! umur 10 bulan pun ibu dan ayah sudah bawa Khayra mandi di sungai apatah lagi laut. Khayra akan leka bermain dengan pasir pantai dan berendam dalam laut sehingga tangan dan bibir menjadi pucat.

Khayra Zulaikha 11 Bulan

Khayra Zulaikha 12 Bulan / 1 Tahun
     Khayra yang baru pandai berdiri, Khayra menyambut hari jadi pertama di rumah opah perak bersama abang Adam, Kak Dina dan tiga orang emak saudara (anak tok cu) yang hampir sebaya dengan Khayra.

Khayra Berumur Setahun di Teluk Cempedak Kuantan Pahang
     Pada masa ini, genap usia Khayra 12 bulan / setahun Khayra sudah boleh berjalan dengan baik. Khayra Zulaika kesayangan ibu dan ayah, kau lahir ke dunia memberi suatu keajaiban, kau pemberi ketenangan dan kegembiraan, sentuhanmu lembut penuh keikhlasan, selamilah hati ibu dan ayah, pandanglah kami dengan kasih sayangmu, kami amat menyintaimu sayang.  

Kek Harijadi Sempena Khayra Zulaikha berumur 1 Tahun