Khayra Zulaikha kesayangan ibu dan ayah. Khayra yang sangat suka bermain dengan air. Pada usia dua tahun ibu dan ayah membawa Khayra ke Marina water park Lumut. Lihat itu! Bila Khayra sudah berjumpa dengan air, Khayra seronok sangat.
|
2 Tahun 1 Bulan |
|
2 Tahun 2 Bulan |
Pada usia 2 tahun 2 bulan, Khayra dimasukkan ke hospital PPUM kerana virus muntah dan cirit birit. Pulang dari rumah "mak" pengasuh Khayra agak okey, bermain seperti biasa di taman. Tetapi malamnya Khayra mula muntah-muntah dan ibu agak cemas. Itu adalah pengalaman pertama ibu melihat Khayra muntah sehingga badan menjadi lemah dan lembik. Ayah yang ada perlawanan badminton pada malam itu pulang awal untuk membawa Khayra ke hospital. Khayra dimasukkan ke wad kecemasan dan diberi "drip" air sebanyak 4 botol dan ibu, ayah menemani Khayra bermalam di wad selama 4 hari 3 malam. Kasihan anak ibu.
|
2 tahun 3 Bulan |
Khayra yang sudah pandai bergaya.
|
2 Tahun 4 Bulan |
Mulut Khayra comot dengan kek harijadi ayah. Ayah sambut harijadi pada 1 april.
|
2 Tahun 5 Bulan |
Khayra yang sangat ayu dan manja. Gambar ini diambil semasa kita berjalan-jalan di Lumut, Perak.
|
2 tahun 6 Bulan |
Khayra bersama buku a, b, c
|
2 Tahun 7 Bulan |
Apabila Khayra mula menangis.
|
2 Tahun 8 Bulan |
Di restoran Arab Bandar Baru bangi.
|
2 Tahun 9 Bulan |
Khayra dan (sepupu) kakak Najwa. Pada masa ini umur kakak najwa 5 tahun. Khayra dan kakak Najwa nampak sama tinggi.
|
2 Tahun 10 Bulan |
Khayra di Cameron Highlands buat kali ke-2.
|
2 Tahun 11 Bulan |
Khayra yang sangat tembam.
|
3 Tahun |
Tadaaa, Khayra di Taman Rama-rama Kuala Lumpur. Pada masa ini umur Khayra sudah pun 3 tahun.
|
Meraikan Harijadi di Taska Sinar Jati |
Pertama kali dan terakhir Khayra menyambut harijadi di taska Sinar Jati, Pangsapuri Jati Selatan. Khayra meraikan harijadi bersama adik Zara. Auntie Liza iaitu pemilik taska akan meraikan harijadi setiap kanak-kanak di situ. Kebetulan pada bulan 2, hanya Khayra dan adik Zara sahaja yang diraikan.
|
Bersama auntie liza dan auntie ida di taska, kek ditaja oleh auntie Ana |
Di Taska ini, Khayra amat baik dengan penjaga yang bernama auntie Ana. Khayra sangat manja dengan auntie Ana. Kek harijadi Khayra dan adik Zara yang di atas itu telah ditaja oleh auntie Ana.
|
Kek Harijadi Khayra yang Ke-3 tahun |
Kek di atas dibelikan bersempena Khayra berumur 3 tahun. Gambar patung Barbie itu pun Khayra yang pilih sendiri.
Khayra Zulaikha kesayangan ibu dan ayah, hargailah setiap detik bersama-sama dengan orang-orang yang tersayang, hormatilah orang tua, jadilah anak yang solehah dan sentiasa bersyukur di atas nikmat Allah. Ibu dan ayah amat menyintaimu dan menyayangimu sayang.
No comments:
Post a Comment