JellyPages.com

Friday, 22 April 2011

Khayra Zulaikha Entri Tiga hingga Empat

     Masa berlalu begitu pantas. Sedar tidak sedar Khayra sudah berusia 3 tahun. Khayra masih menyusu botol dan memakai napkin pakai buang. Tetapi, mulai umur Khayra genap 3 tahun ibu dan ayah sudah tidak membeli napkin pakai buang untuk Khayra. Ibu dan ayah sepakat untuk melatih Khayra belajar berdikari untuk tidak memakai napkin pakai buang lagi. Walaupun pada mulanya agak sukar, akhirnya kita berjaya juga disebabkan Khayra sendiri yang berusaha pergi ke tandas, mencuci dan tidak mahu ibu dan ayah menolong. Khayra memang anak yang bijak, dan pandai. Disebabkan Khayra anak yang bijak dan pandai, ibu  dan ayah berjanji membawa Khayra ke tempat yang Khayra suka. Ini adalah tempat kegemaran Khayra. Tempat yang Khayra boleh berguling-guling dan melompat-lompat.



     Khayra Zulaikha kesayangan ibu dan ayah. Pada umur 3 tahun, Khayra suka membuat pelbagai aksi dan mimik muka. Sama seperti gambar sebelum ini. Tetapi yang ini mimik muka versi Khayra sudah besar. Lihat tu! aksi mulut muncung yang suka Khayra buat bila ibu dan ayah mahu mengambil gambar Khayra.
Khayra Zulaikha 3 tahun 1 Bulan

Khayra Zulaikha 3 Tahun 2 Bulan
     Pada masa ini Khayra berada di tempat kerja ayah. Ada aktiviti sukan di tempat kerja ayah. Banyak belon di situ. Khayra pun dapat 2 biji belon. Satu berwarna merah dan satu lagi berwarna putih.
Khayra Zulaikha 3 Tahun 3 Bulan
     Tengok! Lagi sekali mimik muka apabila ayah mengambil gambar Khayra. Tetapi, ibu dan ayah suka!

Khayra Zulaikha 3 tahun 4 Bulan
     Aktiviti Khayra apabila pulang ke kampung ayah, rutinnya kita akan ke Teluk Batik dan Khayra akan bermain pasir pantai di situ. Comotnya muka anak ibu!

Khayra Zulaikha 3 Tahun 5 Bulan
     Gambar ini diambil semasa kita pergi ke Ulu Yam, melihat paksu Madey rowing untuk sukan MASUM.

Khayra Zulaikha 3 tahun 6 Bulan
     Pada masa ini Khayra masih duduk dalam baby car seat. Bila Khayra sudah menjadi kakak, Khayra tidak duduk di kerusi itu lagi.

Khayra Zulaikha 3 Tahun 7 Bulan
     Gambar Khayra bersama Kak Deba dan Kak Najwa. Mereka sepupu Khayra. Tiga gadis pingitan yang comel lagi cantik.

Khayra Zulaikha 3 Tahun 8 Bulan
     Khayra yang suka bergaya.

Khayra Zulaikha 3 tahun 9 Bulan
Lagi, khayra yang suka bergaya.

Khayra Zulaikha 3 Tahun 10 Bulan
     Khayra yang suka main-main bila ayah mahu mengambil gambar.

Khayra Zulaikha 3 Tahun 11 Bulan
     Ketika rambut Khayra masih panjang.
Bibik Auntie Hartatik dari Kejayan Pasuruwan, Surabaya
     Pada usia Khayra 3 tahun 11 bulan, ibu dan ayah telah mengambil seorang pembantu rumah dari Indonesia. Pada mulanya Khayra cuba memanggil bibik tetapi Khayra tidak pandai dan agak sukar untuk menyebutnya, jadi ibu dan ayah memutuskan supaya Khayra memanggil bibik sebagai auntie kerana Khayra sudah terbiasa dengan suasana di taska Sinar Jati dengan memanggil semua pengasuh di situ dengan panggilan auntie. Keputusan untuk mengambil auntie hartatik adalah paling sukar untuk ibu dan ayah putuskan bagi menjaga Khayra dan adik Kaisara. Disebabkan masalah kesihatan Khayra yang tidak menentu di taska dan ketiadaan pengasuh adik Kaisara yang baru berumur 5 bulan di taska menyebabkan ibu dan ayah nekad untuk mengambil pembantu rumah. Mujurlah auntie Hartatik adalah orang kampung kepada pembantu rumah jiran depan rumah kita iaitu acik Mustika. Dia yang mencadangkan supaya ibu mengambil auntie Hartatik. Ibu dan ayah yang pada mulanya ragu-ragu untuk mengambil pembantu rumah terus sahaja bersetuju dan diperkenalkan kepada agen mereka iaitu pembantu rumah Dato HD yang bernama Bibah. Dato HD seorang tokoh ilmuwan yang ternama. Bermulalah episod Khayra dan adik Kaisara dijaga oleh auntie Hartatik. Auntie Hartatik mempunyai 3 orang anak, pertama Kak Radika (6 tahun), kedua Kak Refa (5 tahun) dan ketiga Adik Hafiz (10 bulan). Suami Auntie Hartatik bernama Pak Sulaiman.

Khayra Zulaikha 3 Tahun 12 Bulan
     Gambar ini diambil semasa perkahwinan makyong Lia di Seksyen 24 Shah Alam. Di sebelah Khayra itu ialah Paksu kecik Akujai. Masa ini Paksu berumur 7 tahun. Paksu kecik Akujai adalah sepupu ayah.

Pertama Kali di Kedai Gunting Rambut
     Gambar ini diambil sewaktu Khayra pertama kali di kedai gunting rambut, Khayra nampak begitu teruja, sedikit takut dan sangat gembira dengan rambut yang baru.

Khayra Zulaikha 4 tahun
Tadaaa! Apabila rambut Khayra sudah pendek.
Hadiah Hari Ibu Daripada Khayra Zulaikha
     Terima kasih sayang di atas kenangan tapak tangan kecilmu itu. Ucapan hari ibu yang ditulis oleh pengasuh taska untuk ibu membuatkan ibu sangat terharu. Khayra Zulaikha kesayangan ibu dan ayah, sesungguhnya tiada apa yang lebih bermakna di dalam dunia ini selain daripada dirimu sayang. Ibu dan ayah amat menyayangi dan menyintaimu.

2 comments:

  1. comelnya khayra berbaju kurung dalam salah satu gambar...:)

    ReplyDelete
  2. suka jugak tengok khayra berbaju kurung, tapi kat umah banyak t-shirt ngan jeans, pas ni kena la banyakkan stok baju kurung, hi2

    ReplyDelete