JellyPages.com

Saturday 29 September 2012

MoGa CePat DaPaT TuKar

Sekarang, Mr Zarul berulang alik dari Tanjung Malim ke KL, setiap hari begitu, seawal jam 6.25 pagi dia akan memanaskan enjin superbikenya dan menderum pergi. Pulangnya jam 5.30 petang, paling awal pun pada jam 3.30, itupun kerana terkejar-kejar untuk pergi ke kelas sarjananya pada hari Jumaat. Hampir setahun berlalu, tanpa sedar...
                                                 Superbike Mr Zarul sebelum kemalangan
Kejadian yang berlaku awal bulan ogos lalu begitu mendebarkan. Mr Zarul kemalangan. Mujurlah tiada apa-apa. Walaupun sudah berhati-hati tetapi benarlah kata orang tua, "Malang tidak berbau." 
Kereta yang tiba-tiba membuat pusingan U (secara haram) telah dirempuh oleh superbike Mr Zarul, terpelanting dan apalagi senak juga la perut tu. Tuan punya kereta seorang cikgu di Slim River dan berbangsa India. 
                                     Orangnya yang berbaju biru itu lah... kalaulah terjumpa, Eeee!!!                              

Katanya "entah macam mana dia boleh buat pusingan u kerana biasanya dia hanya ikut jalan terus." Bagusnya dia kerana tanpa kecederaan sedikitpun, hanya keretanya sahaja yang rosak dia tidak mahu membayar segala kos yang ditanggung untuk membaiki superbike Mr Zarul melainkan hanya menunggu claim dari insurannya sahaja. Malangnya pula kedai motor tidak mahu membuat claim insuran ke atas keretanya kerana beberapa sebab dan terpaksalah Mr Zarul menggunakan insuran motornya sendiri. (Mr Zarul berlembut meminta lelaki itu mendahulukan pembayaran namun dia tidak mahu keluarkan sesen pun). Lelaki itu tidak mahu memahami dan tetap berkeras mahu kedai menggunakan insuran keretanya walaupun dia tahu proses tersebut mengambil masa yang lama dan Mr Zarul terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk berulang alik dengan menaiki kereta. Itulah kenderaan untuk dia berulang alik dan dijanjikan akan disiapkan dengan cepat oleh kedai motor. (kedai motor yang tidak bertanggungjawab dan tidak pandai jaga hati pelanggan, cukuplah sekali ini sahaja terkena). Oh! Sungguh mudahnya perilaku cikgu itu. Akhirnya tuan kereta vios itu senyap begitu sahaja sehingga kini. Sudahlah naik angin dengan sikap cikgu ini, taukeh kedai pun sama juga.

                                                 Kereta yang dirempuh oleh Mr Zarul...
Mr Zarul terpaksa dibawa ke Klinik Pakar di KL (lupa dah nama) untuk membuat city scan dan x ray (Kena buat kerana takut kecederaan dalaman). Kos rawatan ini pun tidak ditanggung oleh pemilik kereta itu. Senang sebut, orang yang buat salah lepas tangan dan dapat melepaskan diri tanpa apa-apa tindakan atau caj yang dikenakan ke atasnya. (Siapa ada idea macam mana nak tuntut semua kos rawatan/ bil motor). Apa yang turut mendukacitakan juga, sehingga sekarang (ogos hingga sepetember dan dah nak masuk bulan oktober pula) superbike tersebut masih tersadai di kedai tanpa diperbaiki lagi. Tuan kedai pun satu... salahkan insuran sahaja, semua benda macam serba tahu. Mentang-mentanglah di Tanjung Malim ni hanya kedai dia sahaja yang selalu servis superbike Kawasaki. Masa hantar motor janjinya 2 minggu tetapi kini dah berbulan-bulan lamanya sampaikan Mr Zarul dah naik fed-up. Akhirnya, kami buat tidak tahu sahaja pasal motor tu, malas dah nak ambil tahu kerana info yang terkini, tuan kedai bagitahu motor akan siap pada hujung bulan 10. Huh... memang dasar penipu betul. Kalau nak cepat kena bayar RM2k dulu. Entah ye atau tidak, aku dan Mr Zarul tidak mahu mengambil risiko kerana tidak mahu ditipu dan malas hendak fikir lagi. Sekarang Mr Zarul berulang alik naik kereta dan biarlah begitu sehingga pertengahan november nanti. Bulan 9 Mr Zarul sudah mengisi borang permohonan pertukaran tempat kerja, Hari-hari dia berhadapan dengan risiko ke tempat kerja selain letih mental dan fizikal. Cukuplah setahun sahaja. Moga orang yang menguruskan pertukaran itu tergerak hati untuk menukarkan Mr Zarul ke Tanjung Malim. Dalam borang pertukaran telah disertakan laporan polis kemalangan dan laporan daripada Dr. Ya Allah... Engkau Permudahkanlah urusan suamiku untuk bertukar tempat kerja ke sini. Ameen.
Sayang kamu semua hingga akhir nyawa... Umpwah!!!