JellyPages.com

Thursday 15 May 2014

SaYanG CiKgu-CikGu

Selamat Hari Guru kepada semua yang bergelar guru.
 Pengorbanan dan jasamu akan dikenang hingga ke akhir hayat.
Hadiah hari guru untuk guru-guru kelas si kakak Khayra dan si adik Amani. Tahun ini ibu beli yang dah siap dibungkus di kedai, cantik dan menarik. Cuma yang kotak itu sahaja ibu ikatkan dengan riben berwarna pink. Teruja dua beradik ni nak bagi hadiah pada guru mereka di sekolah pagi ini. Siap Amani nak bagi pada kawan-kawan lagi. Katanya, kalau bagi pada teacher sahaja nanti kawan-kawan tengok, diaorang tak dapat dan menangis macam mana. Huhu... tak apa Amani, untuk kawan-kawan kita beli yang lain pula nanti. Si Khayra pula jenuh duk mengira berapa orang cikgu yang mengajarnya. Siap nak bagi hadiah pada semua guru di sekolah. Hehe... Aku bagi lebih hadiah tu padanya, yang ada untuk guru yang mengajarnya dan selebihnya terpulang pada dia nak bagi pada cikgu mana yang dia suka. Biasanya budak-budak mesti lah suka pada cikgu yang macam gambar di bawah ini. Baik, penyanyang, sporting. Hehe. Iklan jap.
Selamat Hari Guru Mr Zarul. Semoga ceria dan seronok mengajar di Sek Jenis Kebangsaan Cina. Hihu... Dah macam cikgu Shaari dalam cerita P.Ramlee. :P. Moga dapat bertukar ke sekolah kebangsaan semula. Insyaallah, buat masa ini mungkin itu tempat yang terbaik buat Mr Zarul, ada hikmahnya tu.
Teringat masa aku di sekolah rendah, siap kumpul duit belanja sekolah sebab nak bagi hadiah hari guru pada seorang ustazah yang aku suka ni. Nak tahu hadiah apa yang aku beli. Hah...sabun ketul jenama Lux lagi. Mahal tu. Dulu bawa belanja ke sekolah hanya 50 sen (dulu 50 sen dapat nasi lemak dan air sirap...la ni nasi lemak pun dah RM1.00), harga seketul sabun tu boleh tahan la cecah ringgit juga. Tak ingat berapa. Cuma yang aku ingat, aku perlu simpan duit untuk beli sabun tu, pembalut, gam dan kad. Aku fikir orang perempuan mesti suka sabun mandi, benda tu mesti ustazah boleh guna, bila dia guna sabun tu, mesti dia ingat kat aku. Dalam hati punya la suka bila aku dah bagi hadiah tu pada ustazah. Masa tu dah pandai kumpul duit, ala...dah darjah 4. Mesti la kan. Bila dikenang semula...apalah agaknya ustazah tu fikir ye bila aku hadiahkan dia sabun. Hihi... tak apa ustazah, yang penting aku ikhlas. Nama ustazah tu ustazah Hamidah. Sangat penyayang dan baik hati. Setiap orang pasti ada pengalaman yang pahit dan manis dengan guru-guru. Apa yang penting, tugas mendidik adalah amanah. Ia adalah satu ibadah dan mendidiklah dan berkerjalah kerana Allah tak kira apa pun perkerjaan kita. Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk mendidik anak bangsa. Buat anak-anak didikku, tidak kira apa bangsa dan agama, tak kira kelas pandai atau paling belakang, tak kira sekolah menengah, pelajar ISMP, Pelajar Sarjana MA, Pelajar PhD, aku ikhlaskan apa yang telah aku curahkan buat mereka semua. Semoga ukhwah silaturrahim dan ingatan tulus suci dari hati tentang kebaikan-kebaikan dan "kegarangan" aku tersemat dalam memori mereka semua hingga akhir hayat. Selamat Hari Guru...Sayang Cikgu2!!!

Friday 2 May 2014

SeMiNaR di BaTu PaHaT ApRiL 2014

Alhamdulillah, usai sudah seminar INSAN 2014 di UTHM. Aku membentangkan kertas kerja di sana dan seminar berlangsung selama 2 hari.
Banyak ilmu baharu yang diperolehi daripada pembentang-pembentang lain. Ini adalah kali pertama aku menjejakkan kaki di UTHM, masa adikku si Mahatdir belajar dan bergraduate di sana, langsung tidak berkesempatan ke sana. Kali ini bila dia dah habis belajar dan berkerja, baharulah boleh menjejakkan kaki di sini kerana untuk membentang kertas kerja. Alhamdulillah, sampai lah juga di sini walaupun tidak sempat untuk makan nasi beriani gam. :( 
Tapi best juga coz dapat menikmati kopi Kluang yang pekat tu sambil menikmati roti kaya yang super sedap.
Aku bawa semua anak dan Mr Zarul ke sini, si kecik Khadeeja Husna (gambar di atas) masih lagi breast feed jadi kenalah ikut ibu ke mana sahaja ibu pergi. Dah jadi handbeg ibu kemana-mana. Jadi bila si Khadeeja ikut, Mr Zarul juga mestilah kena ambil cuti untuk menjaga si budak kecil ini sementara aku berseminar. Khayra dan Amani juga di bawa bersama, hah... terpaksalah aku memberi surat kepada cikgu kerana Khayra kena ikut ibu berseminar dan kena ponteng sekolah. Tak apalah nak, sekali sekala tapi tak boleh selalu. Hihi.
Di sini kami menginap di D' Impian Inn Parit Raja, Batu Pahat. Gambar menu restoran di atas tu berhadapan dengan hotel. Kalau tak nak turun pergi makan dan beli makanan, kita boleh order sahaja makanan di bilik hotel dan mereka akan hantar makanan dari restoran tersebut sehingga ke pintu bilik hotel dengan caj rm1. Sengaja aku memilih lokasi hotel yang dekat dengan UTHM. Senang jika ada emergency pasal anak-anak di hotel bolehlah aku memecut sekejap. Almaklumlah, Mr Zarul jadi Mr Mama. Aku pula seharian di tempat seminar. Nasib baiklah ada Mr Zarul yang boleh jaga semua budak-budak comel ni. Jasa yang tidak terbalas tu. Nasib baik si Khadeeja tak meragam walaupun dia selsema dan berkahak dah berlarutan on dan off hampir sebulan, dah bermacam-macam ubat dari klinik panel di Tanjong Malim, Klinik Pakar Kanak-kanak di Manjung dan mencuba kaedah minyak zaitun dan lemon. Namun kahak dan selsema masih tidak baik-baik.
Lemon yang diperah ke dalam minyak minyak zaitun, boleh digunakan untuk disapu ke dada, belakang badan dan tapak kaki baby. Petua ini telah dicuba namun ia tidak berjaya mengurangkan kahak si Khadeeja. 
Aku turut menggunakan kaedah percusion iaitu wapkan muka baby dengan air panas yang dicampur minyak aroma (gambar di atas) atau boleh juga air panas tersebut dicampur dengan sedikit bawang putih. Untuk Husna aku tak letak bawang putih tetapi dua tiga titik minyak aroma (minyak herba). Kalau tak nak isi apa-apapun boleh juga, sekadar air panas sahaja. Husna diribakan dan mukanya mengadap besen tersebut tetapi jarak muka baby dengan besen tersebut janganlah terlalu dekat. Agak-agak wap dari besen tersebut terkena muka anak dan tidak terlampau panas. Kaedah ini berlangsung adalah juga dalam 20 minit, menjerit jugalah si Husna ni menangis. Kaedah ini sebenarnya bagus bagi baby yang mempunyai banyak kahak dan sukar untuk dibuang. Dengan menepuk belakang dan bahagian depan badan baby (teknik percusion) ia dipercayai dapat menanggalkan kahak-kahak dan semakin kuat baby itu menangis maka ia adalah petanda yang baik kerana wap udara tadi akan masuk ke dalam rongga mulut dan hidung. Ia akan membantu mencairkan kahak dan alhamdulillah meleleh-leleh jugalah hingus si Husna. Dah siap sesi ni nampak lah perubahan sikit pada si Husna. Kahaknya tak adalah berbunyi lagi tetapi selsema masih ada. 
Muka sebelum dan muka selepas. Cian dia. Mula-mula bukan main seronok lagi tapi bila dah wap muka tu, sedih, mengantuk, semua ada. Muka tak nak pandang ibu coz merajuk ibu wapkan muka dia. Kaedah ini aku buat tiga hari sebelum ke Johor. Kebetulannya aku dah berada di Johor ni, ada seorang kawan Mr Zarul cadangkan kami pergi ke klinik pakar kanak-kanak di situ. 
Doktor di situ bagi ubat selsema ini dan antibiotik. Perisa madu lagi. Harga rawatan agak bersesuaian lah dengan dua botol ubat yang bersaiz besar itu. Alhamdulillah, dua hari makan baharulah hidung dan kahak clear. Nampak gayanya serasi ubat ni dengan Husna. Kalau selagi tak baik, selagi itulah ibu dan ayah risau. Alhamdulillah.