JellyPages.com

Friday 28 February 2014

SeLeMbaR InGaTaN

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: *Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. *Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama : 
1) Sedekah/amal jariahnya. 
2) Doa anak²nya yang soleh. 
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
                                                                Khadeeja Husna
 
"Moga kehadiran diri di alam yang fana ini sentiasa diperingatkan dan diperkukuhkan diri dengan nilai iman, Islam dan Ihsan." Ameen :)

TeRiMa KasiH AtaS KurNiaAnnYA

Dulu-dulu masa anak dua, masa tu umur Kaisara Amani baru 9 bulan, Khayra 4 tahun, Mr Zarul edit klip video ni. Klip video yang biasa-biasa tetapi menyentuh hati dan semakin bertaut kasih sayang antara kami. Melihat keletah anak-anak yang comel-comel macam ibunya. hiii. Bolehlah kot kalau nak masukkan dalam ni. Sekarang dah anak tiga kenalah buat video klip yang baru pula. Jadi, Mr Zarul... jangan lupa video klip terbaru yer. Cayalah bro. Tapi nak lebih improve tau persembahannya. hiii, jangan marah.

MeLanGkaH JaUh MeLanGkaU AwaN

Wah...gembiranya rasa hati apabila dapat menunaikan hajat di hati membawa si permata-permata hati ke Sabah. Gembiranya mereka bukan kepalang. Peluang menghadiri persidangan dimanfaatkan sepenuhnya. Walaupun cerita ini adalah cerita pada bulan Oktober 2013 namun ia masih melekat di hati dan mesti dicatatkan di sini sebagai ruangan kenangan kepada orang-orang kesayangan.
                Terserlah keseronokan di muka Khayra apabila pertama kali nak naik kapal terbang.
 
Selamat datang ke Sabah. Yuhuuu...tempat pertama yang masuk dalam perancangan untuk ke Sabah adalah ke Rumah Terbalik. Yeay!!! Akhirnya selamat sampai di Rumah Terbalik. Semua barang di dalam dan di luar rumah berkeadaan terbalik. Nak masuk ke sini kena bayar tau. 
                                                       Ha...inilah harga tiket-tiketnya...
              Nampak tak di belakang kami ada basikal terbalik.... hihi, peace kata Amani
 
                                                       hah kau... pasu bunga pun terbalik. 
                                               Wah! Mr Zarul dah jadi Mr Badang...

Aktiviti kedua mencari jalan untuk ke Kundasang, ha... tengoklah tu sampai guna GPS bagai. Almaklumlah, hendak cari tempat peranginan yang menarik ala-ala Cameron Highland di Kundasang maka peluang menjejak sendiri tempat peranginan tersebut tidak boleh dilepaskan begitu sahaja. Kami menyewa kereta proton saga (kereta baru tau) dengan kadar bayaran rm140 sehari (harga macam mencekik je... hu2). Tapi tak tahulah kalau memang begitu rate nya. Dalam perancangan asal, kawan aku hendak menyewakan keretanya kepadaku tetapi tiga hari sebelum ke Sabah, dia mengatakan keretanya rosak pula (keretanya itu memang dibuat kereta sewa dan harga yang diberikan pun harga kawan-kawan). Jadi terpaksa lah aku menyewa dengan orang lain. Kalau ikutkan kata kawanku yang tinggal di Sabah, sebenarnya aku boleh mendapatkan harga kereta sewa yang lebih murah daripada itu, tapi tidak mengapalah daripada tiada kereta. Lagipun masa sudah suntuk untuk membuat lebih daripada satu pilihan. Memang...sudah tiada pilihan. Sebat aje la. Maka bermulalah pengembaraan kami dan kereta telah dipandu dengan cermat dan selamatnya oleh Mr Zarul. (Perasan tak, adakah gambar di sebalik GPS itu adalah kelibat gunung Kinabalu...)
Yeay...Akhirnya kami sampai di sini. Kinabalu Park. Kata kawan-kawan kalau kita di sini kita boleh melihat Gunung Kinabalu. Tercari-cari juga pemandangan Gunung Kinabalu, tetapi dek kerana kabus tebal maka kelibat gunung kinabalu tak kelihatan. Seronok sangat di sini dan dinginnya angin sehingga menusuk ke tulang menyebabkan kami terasa ingin ke sini lagi pada suatu hari nanti. Insyaallah. Budak berdua tu tiada dalam gambar di kawasan ni kerana tidur keletihan dalam kereta. Almaklumlah, agak jauh jugalah perjalanan kami untuk sampai ke sini dari bandar Kota Kinabalu. Ada la dekat dua jam lebih (Mr Zarul bawa perlahan kerana tidak pasti arah jalan dan jalan di situ berbengkang bengkok, ala-ala macam jalan nak ke Cameron Highland, jalan yang ikut Simpang Pulai).
Sudahnya...Yippi. Abaikan gambar itu. Lihat, kabus tebal di belakang Mr Zarul, memang tak akan nampak pemandangan Gunung Kinabalu sedangkan pada masa itu baru jam 3 petang. Huhu.
Budak kecik si Khadeeja Husna sahaja yang berjaga. Kakak-kakaknya semua tidur. Yeay... Pada masa ini umur Khadeeja baru 5 bulan. Kecil-kecil lagi dah sampai Sabah yer Una!
 Masih lagi menjejaki kelibat si Gunung Kinabalu, masih tidak kelihatan. Sudahnya, Mr Zarul hanya mampu menunjukkan lencana gambar Gunung Kinabalu, Haha...jangan putus asa, masih boleh lagi mencuba.
 Cuba tengok pemandangan di belakang Mr Zarul... akhirnya, itulah Gunung Kinabalu. Syukur. Akhirnya dapat juga bergambar dengan si Gagah. Semua perasaan bercampur baur, rasa takjub yang teramat sangat. Adalah berbeza apabila melihat di gambar dengan melihat secara real. Allah Maha Besar.
Kalau nak tahu, kami menginap di Promenade Hotel Sabah kerana aku berseminar di situ. Penginapan selama 4 hari 3 malam dan sangat seronok. Makan-makan seafood, jalan ke Pasar Filipin (beli amplang dll). Ops! Aktiviti jalan-jalan itu dilakukan selepas habis persidangan yer. hiii. Bak kata orang sambil menyelam minum air. Ini adalah gambar semasa aku membentangkan kertas kerja. Wah... berkobar-kobar tu. Entah apa la yang dicelotehkan. hiii
Okey... dah nak balik ke Semenanjung. Lain kali kami datang lagi. Sabah... tunggu kami datang bah. Syukur kepada Allah kerana diberikan kelapangan masa, rezeki, kesihatan yang baik bagi membolehkan aku membawa semua kesayanganku ke Sabah. Alhamdulillah.