JellyPages.com

Thursday 25 September 2014

CoRaT-CoReT BulaN OgoS daN SePteMbeR


Alhamdulillah, akhirnya selesai membentangkan kertas kerja di 2nd World Conference on Islamic Thought and Civilization (WCIT) di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh pada 18 dan 19 Ogos yang lepas. Banyak ilmu baru yang diperolehi dan berkesempatan berkenalan dengan rakan-rakan baru. Persidangan sebegini memang mengujakan kerana dapat berkongsi ilmu dan mengembangkan kompetensi diri sebagai ahli akademik. Cewah... :)
 Bersama rakan-rakan pembentang dari UKM dan UiTM.
Berfoto bersama tiga orang budak kecil melihat pameran fotografi di ruang legar hotel semasa persidangan. Tiga orang budak kecil ini memang selalu diangkut jika aku menghadiri persidangan dalam negara, sebabnya tak ada orang nak jaga malam-malam di rumah terutamanya si baby montel Khadeeja Husna. Gambar ini diambil semasa hari pertama pendaftaran. Ibu yang berposing bersama hand beg (baby kecil yang masih breastfeed). Terima kasih Ya Allah kerana diberikan limpahan rezeki untuk anak kecil ini. Ada orang yang bersedih kerana tidak dapat menyusukan anak atas asbab yang tertentu, maka adakah aku tidak patut bersyukur. Alhamdulillah kerana masih boleh breasfeed si Khadeeja Husna di mana-mana sahaja dan dalam apa jua keadaan. Terima kasih kepada Mr Zarul kerana sudi menjaga tiga orang anak-anak syurga ini semasa aku berseminar. Cabaran tu bagi Mr Zarul... terutamanya menjaga si kecil Khadeeja Husna. Tidurnya nak terasa bahang ibu, jadi Mr Zarul terpaksalah menggunakan dua orang si kakak untuk bermain dan memujuk adiknya. Si Khadeeja Husna ni, kalau tak nampak muka ibu tak apa, tetapi bila sahaja nampak kelibat ibu terus tak boleh nak berenggang.
Dalam sibuk-sibuk menghadiri persidangan ni, tak sangka terserempak pula dengan rakan lama sewaktu belajar ISMP di USM, Penang. Che Nor Azila. Sekarang ni rakanku ini menyandang jawatan sebagai Ketua Unit Jawatankuasa & Panel, Jabatan Pentadbiran Am Pejabat Am Presiden di Yapeim. Sekali pandang macam kenal, bila dua kali pandang rasa macam tak kenal pula. Almaklumlah, orangnya pun semakin cantik walaupun dah beranak pinak. Bila dah duduk sebaris semasa sesi perasmian persidangan, sembang-sembang bertanya itu ini barulah memori tu kuat sikit padanya. Maaf ya Che La... nasib baik Che La ingat kat saya. Hehe. Habis bab persidangan kita masuk bab aktiviti berjalan-jalan di sekitar bulan Ogos dan September.
Gambar di atas di ambil semasa UPSI menjadi tuan rumah untuk pentauliahan Palapes seluruh IPTA. Semangat dua beradik si Khayra dan Amani nak tengok perbarisan Palapes. Sempat juga la bergambar dengan abang-abang askar ni. 1,2,3 Baris!!! Baris Sedia!!! Teringat masa sekolah menengah dulu pernah masuk pertandingan kawad kaki untuk Persatuan Pengakap peringkat sekolah. Dah lama tak berkawad. :)
Balik dari tengok orang berkawad, terus bergerak ke Bahau Negeri Sembilan, bagi memenuhi undangan sahabat lama di sekolah menengah, si cantik manis Nurul Abni. Alhamdulillah, persahabatan kami akrab dari zaman sekolah hingga kini. Nurul mengadakan sambutan hari jadi untuk anaknya dan menjemput aku sekeluarga. Kebetulannya dah lama tak ke rumahnya dan ke Negeri Sembilan, jadi kami memenuhi undangannya. Malamnya aku menumpang tidur di rumah kakakku di Seremban. Nasib baik ada rumah tumpangan dan makanan yang sedap-sedap. Hihi. Terima kasih ya Cik Tun @ http://mabelesla.blogspot.com/ blog kakakku yang baik hati. Nanti-nanti kami singgah lagi ya.
Sempat juga singgah di rumah sahabat lama sekolah menengah iaitu Hamidah Mat, yang juga tinggal di Senawang Negeri Sembilan. Kalau dah alang-alang rumah kawan-kawan berdekatan dengan rumah kakakku, jadi kesempatan untuk singgah jangan dilepaskan. Lagipun dah banyak kali diajak, jadi kali ini kenalah singgah. Nanti merajuk pula cik puan kita ni. Terima kasih ya Midah kerana menjamu nasi impit dan kuah kacang yang sedap tu. Terima kasih juga kerana bagi resepi. Tak tahulah bila nak buat tu. :p
Akhirnya, aktiviti makan-makan  di rumah bekas rakan sekerja semasa di Cheras, singgah di rumahnya di Taman Desa Baru, Batu 11 Cheras sewaktu perjalanan balik dari Seremban ke Tanjong Malim. Kalau nak tahu tuan punya rumah yang bertudung hijau, ala-ala comel gebu-gebas tu namanya Wan Diyana. Sekarang ni Diana dah jadi taukey tudung dan ada butik yang bernama Bellahana (di Bandar Baru Bangi), yang bertudung coklat tu pula (ala-ala sweet gitu) cik puan Harlina Chalo, si empunya blog http://sweetbonda.blogspot.com/ sekarang ni sedang berbisnes kencang dengan Shaklee. Siapa-siapa nak Shaklee boleh la rujuk dengan beliau. Tolong promote sikit ya Lin. Walaupun aku ni pun ahli Shaklee tetapi tak aktif sangat. Kadang-kadang order dengan si Lin ni aje. Sibuk sangat kan, tak sempat nak order online. Tapi...tapi... kalau nak order dengan aku pun boleh. Hehe.
Salam ukhwah untuk sahabat-sahabatku, terkenang sahabat lama yang sangat akrab suatu ketika dahulu, entah dimanakah dia. Ya...setiap orang melakukan kesilapan dalam bersahabat, ada yang pernah terguris perasaan dan ada yang pernah membawa lara hati yang panjang. Namun ada juga yang membawa bersama kenangan manis yang tidak mungkin pernah dilupakan. Moga sahabat-sahabatku ini sentiasa baik-baik sahaja dan berada dalam lindungan serta rahmat Allah. Ameen :)
p/s: Teringat lagu sahabat dalam cerita kartun Upin dan Ipin :)

Thursday 14 August 2014

GeRaN DaN PeLaJaR MaSTer

Alhamdulillah, kerana kumpulan penyelidik kami yang diketuai oleh Prof Madya Dr Halim Ali telah berjaya untuk menerima geran penyelidikan dari Kerajaan Negeri Perak pada tahun ini. Penyelidikan yang akan dilakukan ialah tentang Siri Pengkisahan Baharu Sejarah Daerah-daerah dalam Negeri Perak Darul Ridzuan. Kami terdiri daripada 9 orang ahli termasuk ketua penyelidik. Moga penyelidikan yang ingin dilakukan akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan oleh Nya. Ameen :)
Syukur juga kepada Allah kerana seorang pelajar sarjana (MA) di bawah bimbinganku telah menamatkan pengajiannya dengan disertasi yang bertajuk Peranan Wanita dalam Kemerdekaan Melalui Novel Anugerah.
Moga cikgu Sharena bt Mohd Basir akan terus berjaya dalam setiap lapangan yang diceburi dan bulatkan tekad untuk sambung pengajian ke peringkat PhD pula. :)

KaD DaRi KhaYRa

Si tinggi lampai, si cantik manis 7 tahun, Khayra Zulaikha.
 
Wah...dah pandai buat kad hari jadi ya anak ibu ni. Terima kasih Khayra Zulaikha. Sayang Khayra. Walaupun umur baru 7 tahun tetapi semangat nak bagi hadiah pada ibu tetap ada. Si adiknya pula, Kaisara Amani nak bagi kad dan bunga katanya, tetapi tak pandai nak lukis dan tak tahu di mana boleh dapatkan bunga hidup. 
Sudahnya, Amani kata: ibu belikan kek nanti Amani hadiahkan kek yang ibu beli tu pada ibu. Alahai, tak mengapa sayang. Walaupun Amani tak dapat nak bagi apa-apa di hari jadi ibu, apa yang penting Amani sentiasa di hati ibu. Khadeeja Husna pula nak bagi apa pada ibu. Hah...nak bagi bunga kuning tu ya. Terima kasih. Hehe. 
8 Ogos sentiasa di hati. Kebetulannya pada tahun ini tarikh tersebut jatuh pada hari Jumaat. Alhamdulillah ya Allah kerana masih memberi kesempatan dan ruang masa buat hambamu ini mensyukuri dan menikmati limpahan kasih sayang dan rahmatmu. Sesungguhnya Ya Allah, aku benar-benar bersyukur dengan segala kurniaan Mu. Terima kasih Ya Allah. :)
Dear ibu... From Khayra
Tak tahu macam mana dia dapat idea untuk letak majalah wanita tu. Mesti dia selalu tengok aku membelek majalah wanita di rumah dan bila di kedai buku. Kek bertingkatnya itu sungguhlah mengujakan. :P
 Alhamdulillah, keputusan peperiksaan kali pertama di sek keb. Dapat no. 5 dalam kelas. Subjek teras semua A.
Keputusan di sekolah agama dapat no. 7 dan semua A. Alhamdulillah. Moga Khayra Zulaikha terus berjaya di dunia dan akhirat, menjadi anak yang cemerlang, terbilang, beriman, beramal soleh dan mengingati ibu dan ayah serta adik-adik. Ibu dan ayah sentiasa doakan Khayra Zulaikha berjaya di dunia dan di akhirat begitu juga dengan Kaisara Amani dan Khadeeja Husna. Ameen :)

SaLaM LeBaRaN 2014

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana masih diberi limpahan rezeki dan kasih sayang daripada insan-insan yang tersayang. Pada tahun ini Syawal pertama disambut di Pahang dan pada hari raya kelima baharulah pulang ke Manjung Perak. Mr Zarul sudah mula berkerja pada hari raya keempat (sekolah cina tak ambik cuti raya) jadi kena lah berkerja walaupun aku dan 3 little princess bercuti. Mujurlah, balik ke Pahang tidak menempuh kesesakan lalu lintas kerana pada petang Jumaat selepas waktu persekolahan anak (Khayra, Kaisara) dan Mr Zarul, terus sahaja kami bergegas pulang ke Pahang. Sempatlah berbuka puasa bersama orang tua di kampung pada hari kejadian. 
Aktiviti dua orang budak yang mengerjakan bunga-bunga di rumah tok (berangan jadi tuan puteri)
Sesi mengopek kelapa oleh Abang Macho aka Mr Zarul (kelapa untuk masak gulai, ketupat dan lain-lain). Untungnya balik ke Pahang, kelapa tak perlu dibeli kerana memang ditanam di sekeliling rumah. Bukan kelapa sahaja tetapi macam-macam jenis sayur-sayuran dan ulam-ulaman yang ditanam oleh mak aku. Kalau balik Pahang memang anak-anak akan pusing keliling rumah cari ulam-ulaman dan sayur segar untuk dimasak. Bab merayau kutip-kutip ulam ni memang menjadi kesukaan kakak aku yang sulung (Cik Tun). Hehe. Gambar di bawah ini hanya sedikit yang dipamerkan, ada banyak lagi tau. Mak aku ni memang handal bab-bab pertanian dan penternakan ni. Apa sahaja yang dilakukan dan diusahakannya mesti menjadi. Orang tua-tua kata tangan sejuk.
Gambar di atas ialah pokok cili, pegaga dan sawi, kucai (sebahagiannya)

Pada hari raya, alhamdulillah, berkesempatan jugalah berjumpa rakan-rakan lama zaman sekolah menengah (Hamidah Mat dan Nurul Abni) dan beraya dengan Mak Teh yang mengajar aku mengaji masa zaman kanak-kanak dahulu. Lama dah tak berjumpa Mak Teh sejak beranak pinak ni. Beraya di Pahang, Chef Mad Lensa (adik no.6) masakkan nasi Arab, dua hari sebelum hari raya nasi Arabnya tidak berapa nak jadi kerana rempah diadun sendiri (pertama kali masak) tetapi alhamdulillah akhirnya menjadi juga bila si tukang belikan rempah (Cik Tun, kakak no.1) balik pada petang hari raya pertama kerana pada pagi raya mereka adakan tahlil di rumahnya di Seremban. Takziah diucapkan pada Kak Tun dan suami kerana ibu mertuanya telah meninggal dunia pada hari Khamis (3 hari sebelum raya) kalau tak silap. Moga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Kalau ikutkan Cik Tun balik awal bersama rempah nasi Arab tetapi Allah sebaik-baik perancang. Disebabkan itu, tiga hari jugalah kena makan nasi Arab tu. (Mad Lensa ni memang suka memasak, termasuklah isterinya, memang suka mencuba dan akan mencuba sehingga berjaya). Hehe. Kali pertama dan kedua rasa sikit je Arabnya, bila dah cukup rempahnya, hah...sedap lah. Kasihan Si Mad Lensa, tugas memasak dari pagi sampai malam, ambik tender memasak. Hehe. Tak apa... masak sedap. Siapa-siapa yang duduk area UTP Tronoh dan kawasan sekitarnya kalau nak order kek, dessert, nasi kerabu, nasi berlauk, nak tangkap gambar kahwin, outdoor dan macam-macam lagilah bolehlah contact si Mad Lensa ni. Ni no contactnya: 014-9662687. Balik ke Manjung pun sama juga, hari raya kelima selepas Mr Zarul balik daripada kerja, apalagi... cergas lah kemas-kemas apa yang patut untuk dibawa balik. Sampai Manjung, singgah dahulu beraya di rumah ipar (Kak Rohi dan Abg Anip) pekena mee sup tulang. Malam tu di rumah Pn Habibah (mak mentua) diadakan aktiviti bakar membakar (ayam, sosej, daging rusa) bersama ipar duai dan anak-anak buah. 
Esok harinya, pekena mee rebus di rumah ipar sulung (Yong dan Yeop). Sebelum tu berposing sakan bergambar di Kedai gambar (Gambar keluarga besar Pn Habibah) dan di tepi laut (dekat Jambatan Tuanku Bainun), memang terbaiklah.
Salam Aidilfitri daripada kami sekeluarga: Mr. Zarul, Cik Puan Nora, Khayra, Kaisara, Khadeeja. Maaf zahir dan batin :)
Salam Lebaran 2014...

Sunday 6 July 2014

KaiSaRa AmANi YaNg KeEmPaT TaHuN daN SuKan TaDiKa

Pada 8 Jun 2014 umur saya dah menjangkau 4 tahun. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. Saya dah bersekolah, saya juga dah pandai membaca. Terima kasih ibu dan ayah, terima kasih teacher.
 Meraikan hari jadi Kaisara Amani di Little Caliph Tanjong Malim bersama teacher dan kawan-kawan :)
 Permintaan Kaisara Amani untuk gambar Princess... Kenalah ibu pilih gambar ini. Ala-ala Princess jugalah.
 Bersama kawan-kawan yang dah tak sabar nak potong kek :)
 Amani tak pandai nak potong kek lagi, jadi teacher tolong potong kan. Terima kasih teacher :)
 Peace...
 Makan kek bersama kawan-kawan :) Emm... sedapnya kek
 Terima kasih ibu sebab meraikan hari jadi saya. Kata Amani :P
***Luv U So Much Kaisara Amani, moga menjadi anak yang baik dan solehah, berjaya di dunia dan di akhirat. Ameen :) Ayah, ibu, kakak dan adik sangat sayangkan Amani. Mmmuah!!!!
 Wow...bestnya. Kakak temankan Amani di hari sukan tadika Little Caliph yang diadakan di Dewan Bomba Kuala Kubu Baru. Masa ini ayah temankan Amani, ibu tidak dapat temankan kerana adik Khadeeja Husna masih tidur. Amani kena berada di dewan pada jam 7.30 pagi. Jadi seawal jam 5.45 pagi Amani dan kakak dah bangun untuk mandi. Mana tidaknya, nak kena bertolak awal ke Kuala Kubu, jarak dari rumah untuk sampai ke situ dalam 40 minit. Kata teacher Amani kena sampai selewat-lewatnya jam 7.45 pagi. Tetapi pada masa Amani, kakak dan ayah sampai, kelibat orang lain tidak ada lagi. Amani sampai di dewan tu pada jam 7.20 pagi. Nampak gayanya Amani adalah orang yang pertama sampai. Semangat nak bersukan. Mula-mula mood okay lagi tetapi bila dah terpaksa tunggu lama, terus mood Amani jadi tidak okay. Tambahan Amani mengantuk pula. Ayah kata, jam 7.45 pagi baharu urusetia sampai dan kebanyakan ibu bapa sampai pada jam 8 pagi. Tidak mengapalah... moga tahun depan pihak urusetia lebih improve lagi. Sabar separuh daripada iman. Hehe...
 Muka agak bosan di situ. Cantiklah bunga di atas kepala Amani tu. Hihi :)
 Akhirnya, waktu yang ditunggu telah tiba. Hah... apalagi, cergas lah Amani bermain susun gambar.
 Ada gaya atlit tak saya. :P
Yeay... menang dan dapat hadiah. Terima kasih. Tahun depan Amani masuk lagi. Caiyok!!!Caiyok!!!

YeaY... SaYa DaH PanDaI JaLaN: KhaDeeJa HuSna

Alhamdulillah, berkat di bulan Ramadhan... akhirnya saya dah boleh berjalan. Saya dah boleh berjalan masa umur saya setahun sebulan. Yeay!!!
 Step 1, step 2, step 3... akhirnya. Hehe. Lepas ni ibu dah tak boleh kejar saya.
 Bila saya dah dapat kaki, saya rasa saya macam nak naik basikal, boleh tak ibu. Aktiviti memanjat basikal sebab ibu tak nak bagi saya naik. Saya pun panjatlah. Susah payah tau saya panjat basikal ni. Ibu saya tengok aje...
Akhirnya, saya dapat juga duduk di atas basikal tersebut. Saya dah tak nak turun jadi saya pegang pedal basikal tu kuat-kuat. Hehe... kasihan ibu saya. Ibu saya suruh turun tapi saya tak nak. Akhirnya ibu saya dukung saya dan tak belipun basikal pink tu kat saya. Sedih tau. Walaupun saya masih lagi jalan terkedek-kedek sampai ibu saya pun tak perasan kelibat saya, kejap ada kejap tak ada kat tepi dia, suka panjat-panjat, suka melepek dekat dia sebab saya suka dia teman saya tengok tv dan tak perlu buat kerja di dapur, suka dukung pagi-pagi time kak ngah saya nak mandi, hehe... kak ngah jealous dengan saya tau...  walaupun saya macam tu tetapi saya tetap sayang ibu saya hingga akhir nyawa saya. Hehe.
Sayang Ibu... :) Luv U So Much... 

RaMaDhaN 2014

Alhamdulillah, masih bertemu Ramadhan lagi pada kali ini. 
Perbanyakkan amal soleh dan perbaiki diri. Kesilapan lalu dijadikan pengajaran dan berlapang dadalah. Allah Maha Pengampun lagi Maha Pemurah. 

 Semoga Ramadhan pada kali ini lebih bermakna bersama dengan insan-insan yang tersayang.
Perbanyakkan solat malam dan solat dhuha untuk kelapangan rezeki. Moga dipermudahkan untuk melakukannya.  :)
Ya Allah! Kau Rahmatilah anak-anak ini (Khayra Zulaikha, Kaisara Amani dan Khadeeja Husna) dan Kau berikanlah kebahagiaan, kegembiraan, kejayaan di dunia dan di akhirat kepadanya. Jadikanlah anak-anak ini anak yang solehah dan berkatilah kehidupannya. Alhamdulillah... Khayra berpuasa penuh pada tahun lepas dan moga pada tahun ini juga penuh hendaknya. Insyaallah. Anak ibu memang kuat semangat. Tidak banyak karenah ketika bangun sahur, walaupun mata terpejam di meja makan dan ibu suapkan nasi, tetap membuka mulut dan mengunyah tanpa banyak soal. Habis makan, basuh mulut dan minum milo terus tertidur semula. Jam 6 pagi dikejutkan semula untuk mandi dan ke sekolah. Juga mudah dan senang. Ya Allah... Syukur padamu kerana dikurniakan anak-anak yang taat pada perintahmu. Moga Khayra akan menjadi contoh yang baik kepada adik-adiknya. Ameen :)

Moga Ramadhan pada kali ini penuh dengan Makna... :)

Thursday 19 June 2014

ReWaRd

Reward untuk diri sendiri dan hadiah hari jadi untuk Mr Zarul serta hadiah hari jadi untuk si Khayra Zulaikha yang ke-7 tahun. Walaupun dahulunya dah diberikan buku sebagai hadiah tetapi yang ini diberi khas kepadanya walaupun tidak diminta.
 Tahun ini hadiah jam, tahun depan nak bagi hadiah apa pula ya... :) Yang ini khas untuk Mr Zarul.
 Yang warna pink ini untuk si Khayra Zulaikha sempena hari jadinya yang ke-7 tahun. Boleh pakai ke sekolah dan tahan lasak. :)
Yang ini, mestilah untuk aku. Walaupun hari jadi aku lambat lagi, tetapi nak juga untuk reward pada diri sendiri yang penat berkerja siang dan malam. Penat sangat ke? Ya lah, di rumah dengan urusan keluarga, di pejabat dengan tugasan mengajar, berjumpa pelajar, pentadbiran pula. Hehe. Moga hujung tahun ini ada berita yang lebih gembira. Ameen :) Sesetengah orang suka reward "menghadiahkan" diri sendiri dengan barang-barang yang tertentu, kalau bagi sesetengah perempuan mungkin membeli barang kemas, barangan berjenama seperti handbag dan lain-lain, tetapi bagi aku... memadai dengan pemberian seikhlas hati kepada diri sendiri. Ukur baju di badan sendiri. Kalau rasa ada pendapatan lebih bolehlah mencapai sesuatu untuk dihadiahkan kepada diri sendiri. Tidak perlu tunggu orang lain hadiahkan pada diri kita. Masalahnya ada ke orang nak bagi kita hadiah bila dah tua bangka ni kan. Melainkan orang yang rapat dan orang yang tersayang. Hehe. Tapi takkan nak demand nak itu dan ini. Hah, kalau rasa tak dapat hadiah seperti yang dikehendaki, bolehlah kumpul duit dan beli sendiri. :) Kadang-kadang reward ni macam terapi juga. Kalau rajin aku juga biasa reward dengan pergi ke Pusat Rawatan Kecantikan untuk memanjakan diri. Sekali sekali memanjakan diri apalah salahnya. Untuk kesihatan diri dan untuk si dia juga kan. (Bagi yang bersuami lah). Apa-apapun bagi aku reward adalah terapi. :) Tahun depan kena dapat reward yang lebih special sedikit. Apa ya. Jeng...jeng...jeng.
Alhamdulillah dengan segala nikmat yang dikurniakannya. :)

KhaDeeJa HuSna YaNg SeTaHuN

Genap setahun umur Khadeeja Husna pada 17 Mei 2014. Alhamdulillah. Moga Khadeeja Husna membesar sebagai anak yang sihat dan solehah. Kami semua sayang dan sangat menyintai Khadeeja Husna.
Budak yang comel kesayangan ibu dan ayah.
Nama manja Una. Alhamdulillah, untuk kali pertama kita sekeluarga meraikan hari jadi Una di Nandos. Tapi Una hanya makan muffin. Yang lain semuanya selamat masuk dalam perut kakak Kyra dan kakak Amani. Kek kecil  di atas sesuai la dengan Una kan. (Gambar) kek itu dibeli masa kita sambut hari jadi Una di Manjung, di rumah mak ndak. Ha, dua kali sambut tau. Kenapa tak sambut di rumah opah?. Biasanya hari jadi disambut di rumah opah. Nak tahu kenapa?. Di rumah opah kebetulannya black out. Kek pun dah dibeli jadi kita pun pakat ramai-ramai pergi serbu ke rumah mak ndak. Hehe. Di situ ramai sepupu-sepupu Una dan meriah lah sedikit. Ada kak Dina, abang Adam, abang Adib, Adli, opah, acu, mak ndak, pak ndak. Paklong sekeluarga tidak dapat datang kerana ada kenduri tahlil di kawasan rumah mereka. Jadi, kek yang selebihnya kita bawa balik ke rumah opah untuk diberikan pada abang nabil dan kak Balqis.
 Gambar Una yang baru pandai meniarap... Una 4 bulan
Una yang dah pandai senyum... :)
Mengimbau kembali kisah Una, masa ni umur Una 6 bulan, ini adalah makanan pertama Una. Ibu masakkan nasi yang dicampur kentang, carrot, ayam, secubit gula homesweet zhulian (rasa manis buah) dan sedikit garam. Semua di blend dan yummi!!! Sedapnya. Ibu gunakan baby bullet untuk blend nasi Una. Mudah dan pantas. Blend pagi-pagi dan terus tutup bekas makanan untuk dibawa ke rumah pengasuh.
Budak comot makan nasi...
 
Masa ini umur Una 8 bulan, lasaknya anak ibu. Semua tempat nak panjat. Paling ibu risau Una suka panjat tangga. Gambar di atas Una panjat walker. Tunjuk skill. Hehe. Bagus juga lasak-lasak ni. Kalau jatuh ibu sambut. Itu yang terlebih confident sebab nampak ibu di belakang. Jadi, saya tidak perlu risau. Kata Una. :P
Sekarang ini Una baru pandai bertatih untuk berjalan.
Gambar 1, kakak Khayra Zulaikha, gambar 2, kakak Kaisara Amani dan gambar 3, Khadeeja Husna. Sama tetapi tidak serupa. :P
Tiga orang budak kecil yang mukanya iras-iras sahaja. Kakak Khayra Zulaikha, kakak Kaisara Amani dan Khadeeja Husna. Stail meniarap yang sama. Sangat comel. Ibu dan ayah sentiasa doakan Khadeeja Husna menjadi anak yang baik dan berjaya di dunia serta akhirat. Ameen. Luv u so much!!!