Genap setahun umur Khadeeja Husna pada 17 Mei 2014. Alhamdulillah. Moga Khadeeja Husna membesar sebagai anak yang sihat dan solehah. Kami semua sayang dan sangat menyintai Khadeeja Husna.
Budak yang comel kesayangan ibu dan ayah.
Nama manja Una. Alhamdulillah, untuk kali pertama kita sekeluarga meraikan hari jadi Una di Nandos. Tapi Una hanya makan muffin. Yang lain semuanya selamat masuk dalam perut kakak Kyra dan kakak Amani. Kek kecil di atas sesuai la dengan Una kan. (Gambar) kek itu dibeli masa kita sambut hari jadi Una di Manjung, di rumah mak ndak. Ha, dua kali sambut tau. Kenapa tak sambut di rumah opah?. Biasanya hari jadi disambut di rumah opah. Nak tahu kenapa?. Di rumah opah kebetulannya black out. Kek pun dah dibeli jadi kita pun pakat ramai-ramai pergi serbu ke rumah mak ndak. Hehe. Di situ ramai sepupu-sepupu Una dan meriah lah sedikit. Ada kak Dina, abang Adam, abang Adib, Adli, opah, acu, mak ndak, pak ndak. Paklong sekeluarga tidak dapat datang kerana ada kenduri tahlil di kawasan rumah mereka. Jadi, kek yang selebihnya kita bawa balik ke rumah opah untuk diberikan pada abang nabil dan kak Balqis.
Gambar Una yang baru pandai meniarap... Una 4 bulan
Una yang dah pandai senyum... :)
Mengimbau kembali kisah Una, masa ni umur Una 6 bulan, ini adalah makanan pertama Una. Ibu masakkan nasi yang dicampur kentang, carrot, ayam, secubit gula homesweet zhulian (rasa manis buah) dan sedikit garam. Semua di blend dan yummi!!! Sedapnya. Ibu gunakan baby bullet untuk blend nasi Una. Mudah dan pantas. Blend pagi-pagi dan terus tutup bekas makanan untuk dibawa ke rumah pengasuh.
Budak comot makan nasi...
Masa ini umur Una 8 bulan, lasaknya anak ibu. Semua tempat nak panjat. Paling ibu risau Una suka panjat tangga. Gambar di atas Una panjat walker. Tunjuk skill. Hehe. Bagus juga lasak-lasak ni. Kalau jatuh ibu sambut. Itu yang terlebih confident sebab nampak ibu di belakang. Jadi, saya tidak perlu risau. Kata Una. :P
Sekarang ini Una baru pandai bertatih untuk berjalan.
Gambar 1, kakak Khayra Zulaikha, gambar 2, kakak Kaisara Amani dan gambar 3, Khadeeja Husna. Sama tetapi tidak serupa. :P
Gambar 1, kakak Khayra Zulaikha, gambar 2, kakak Kaisara Amani dan gambar 3, Khadeeja Husna. Sama tetapi tidak serupa. :P
Tiga orang budak kecil yang mukanya iras-iras sahaja. Kakak Khayra Zulaikha, kakak Kaisara Amani dan Khadeeja Husna. Stail meniarap yang sama. Sangat comel. Ibu dan ayah sentiasa doakan Khadeeja Husna menjadi anak yang baik dan berjaya di dunia serta akhirat. Ameen. Luv u so much!!!
No comments:
Post a Comment