JellyPages.com

Sunday 28 October 2012

Bos...BoLeH TaK NaK KeRja di RuMaH SaHaJa

Normal atau tidak normal. Keletihan dan mengantuk yang melampau...gejala di awal kandungan. Simptom loya dan muntah amat menjerihkan dan Allahuakbar... betapa aku lemah dalam dugaan Mu. Baru sedikit nikmat yang Engkau tarik. Aku sudah tidak berdaya, moga ia menjadi penghapus segala dosa-dosa kecilku dan aku menjadi manusia yang lebih bersyukur.
Dugaan di pagi hari sewaktu nak gosok gigi... aku akan Muntah. Aku muntah sampai dah tak rasa nak muntah, gosok gigi kembali... tapi muntah juga. Hu2. Bukan setakat masa nak gosok gigi, selepas makan juga aku akan muntah. Kalau ada bau yang tidak menyenangkan aku akan muntah. Tengok tempat yang tak berkenan pun aku akan muntah. Kadang-kadang tak dapat nak agak juga bila masanya aku akan ok. Maka plastik telah tersedia dalam handbag sebagai persediaan jika aku tiba-tiba terasa nak muntah di mana2. Ya Allah... aku bersyukur dengan segala nikmat yang telah Engkau berikan kepadaku.
Aku baru sahaja berpindah bilik pejabat di tingkat 4. Tidak ada lift. Kena mendaki setiap hari. Perlahan-lahan aku mendaki dan adakalanya jantung akan mengepam laju sehingga membuatkan aku hampir pitam. Aku dimaklumkan oleh jururawat sewaktu kali kedua check up, hb dalam darahku rendah. 9/11. Hb rendah boleh menyebabkan seseorang itu boleh anemia, pitam dan bermacam-macam lagi gejala yang tidak diingini berlaku. Aku disarankan mengambil vitamin (warna coklat) yang berfungsi untuk menambah darah dan memperbanyakkan makan-makanan berprotein. Disebabkan aku tak mampu nak makan kesemua vitamin itu (sebab akan muntah kerana baunya) maka aku telah membeli vitamin dari farmasi (sangobion) dan akhirnya hb aku naik ke paras 10/11. Itupun belum cukup lagi... aku seharusnya mencapai sehingga bacaan 11 ke atas. Sungguh... mengandung anak pertama dan kedua aku tidak mengalami masalah hb rendah tetapi mengandung kali ini sebaliknya pula. Mungkin disebabkan aku banyak makan asam kot. Memikirkan setiap hari perlu mendaki ke tingkat 4, aku memutuskan untuk tidak turun makan tengahari. Jadi, aku makan biskut dan oat dari pagi sehingga petang (balik kerja) kul 4.30. Perut memang lapar tetapi aku tak sanggup nak turun naik tangga. Pada masa ini aku mengharapkan kalaulah ada orang yang mengetuk pintu bilik dan menghulurkan makanan. Hu2. Lain kali kena bawa bekal untuk makan tengahari. Ingat tu... kalau malas nanti lapar. Ohhh bos, boleh tak saya buat kerja di rumah sahaja. Saya muntah2, saya nak pitam bila naik tangga bilik pejabat. Saya sorang-sorang di situ. hu2.
Seronoknya bila kandungan sudah melepasi fasa pertama yang penuh dengan morning sickness dan evening sickness. Aku pun dah tak tahu aku berada dalam kategori mana. Sebulan yang pertama aku tidak mengalami alahan tetapi nak masuk bulan yang kedua...aduhai. Ya Allah, berilah aku kesabaran dan kekuatan.
Comel kan baby ni. Moga aku selamat dan sihat sehingga melahirkan baby nanti. Ya Allah, Engkau permudahkanlah dan sembuhkanlah segala penyakitku, ameen.

p/s: Khayra dan Kaisara hari-hari bertanya bila baby nak keluar dari perut ibu. Hu2. Tunggulah bila Khayra berumur 6 tahun dan Kaisara 3 tahun pada tahun depan. Insyaallah. :) Kalaulah bos baca entri ni dan dia cakap: Ok Dr. Nora, u boleh buat kerja di rumah sampai u sihat...
(jangan nak mimpilah Dr. Nora). hi2. Caiyok2. Sabar ok, masa itu akan berlalu juga...SABAR!!!

Saturday 29 September 2012

MoGa CePat DaPaT TuKar

Sekarang, Mr Zarul berulang alik dari Tanjung Malim ke KL, setiap hari begitu, seawal jam 6.25 pagi dia akan memanaskan enjin superbikenya dan menderum pergi. Pulangnya jam 5.30 petang, paling awal pun pada jam 3.30, itupun kerana terkejar-kejar untuk pergi ke kelas sarjananya pada hari Jumaat. Hampir setahun berlalu, tanpa sedar...
                                                 Superbike Mr Zarul sebelum kemalangan
Kejadian yang berlaku awal bulan ogos lalu begitu mendebarkan. Mr Zarul kemalangan. Mujurlah tiada apa-apa. Walaupun sudah berhati-hati tetapi benarlah kata orang tua, "Malang tidak berbau." 
Kereta yang tiba-tiba membuat pusingan U (secara haram) telah dirempuh oleh superbike Mr Zarul, terpelanting dan apalagi senak juga la perut tu. Tuan punya kereta seorang cikgu di Slim River dan berbangsa India. 
                                     Orangnya yang berbaju biru itu lah... kalaulah terjumpa, Eeee!!!                              

Katanya "entah macam mana dia boleh buat pusingan u kerana biasanya dia hanya ikut jalan terus." Bagusnya dia kerana tanpa kecederaan sedikitpun, hanya keretanya sahaja yang rosak dia tidak mahu membayar segala kos yang ditanggung untuk membaiki superbike Mr Zarul melainkan hanya menunggu claim dari insurannya sahaja. Malangnya pula kedai motor tidak mahu membuat claim insuran ke atas keretanya kerana beberapa sebab dan terpaksalah Mr Zarul menggunakan insuran motornya sendiri. (Mr Zarul berlembut meminta lelaki itu mendahulukan pembayaran namun dia tidak mahu keluarkan sesen pun). Lelaki itu tidak mahu memahami dan tetap berkeras mahu kedai menggunakan insuran keretanya walaupun dia tahu proses tersebut mengambil masa yang lama dan Mr Zarul terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk berulang alik dengan menaiki kereta. Itulah kenderaan untuk dia berulang alik dan dijanjikan akan disiapkan dengan cepat oleh kedai motor. (kedai motor yang tidak bertanggungjawab dan tidak pandai jaga hati pelanggan, cukuplah sekali ini sahaja terkena). Oh! Sungguh mudahnya perilaku cikgu itu. Akhirnya tuan kereta vios itu senyap begitu sahaja sehingga kini. Sudahlah naik angin dengan sikap cikgu ini, taukeh kedai pun sama juga.

                                                 Kereta yang dirempuh oleh Mr Zarul...
Mr Zarul terpaksa dibawa ke Klinik Pakar di KL (lupa dah nama) untuk membuat city scan dan x ray (Kena buat kerana takut kecederaan dalaman). Kos rawatan ini pun tidak ditanggung oleh pemilik kereta itu. Senang sebut, orang yang buat salah lepas tangan dan dapat melepaskan diri tanpa apa-apa tindakan atau caj yang dikenakan ke atasnya. (Siapa ada idea macam mana nak tuntut semua kos rawatan/ bil motor). Apa yang turut mendukacitakan juga, sehingga sekarang (ogos hingga sepetember dan dah nak masuk bulan oktober pula) superbike tersebut masih tersadai di kedai tanpa diperbaiki lagi. Tuan kedai pun satu... salahkan insuran sahaja, semua benda macam serba tahu. Mentang-mentanglah di Tanjung Malim ni hanya kedai dia sahaja yang selalu servis superbike Kawasaki. Masa hantar motor janjinya 2 minggu tetapi kini dah berbulan-bulan lamanya sampaikan Mr Zarul dah naik fed-up. Akhirnya, kami buat tidak tahu sahaja pasal motor tu, malas dah nak ambil tahu kerana info yang terkini, tuan kedai bagitahu motor akan siap pada hujung bulan 10. Huh... memang dasar penipu betul. Kalau nak cepat kena bayar RM2k dulu. Entah ye atau tidak, aku dan Mr Zarul tidak mahu mengambil risiko kerana tidak mahu ditipu dan malas hendak fikir lagi. Sekarang Mr Zarul berulang alik naik kereta dan biarlah begitu sehingga pertengahan november nanti. Bulan 9 Mr Zarul sudah mengisi borang permohonan pertukaran tempat kerja, Hari-hari dia berhadapan dengan risiko ke tempat kerja selain letih mental dan fizikal. Cukuplah setahun sahaja. Moga orang yang menguruskan pertukaran itu tergerak hati untuk menukarkan Mr Zarul ke Tanjung Malim. Dalam borang pertukaran telah disertakan laporan polis kemalangan dan laporan daripada Dr. Ya Allah... Engkau Permudahkanlah urusan suamiku untuk bertukar tempat kerja ke sini. Ameen.
Sayang kamu semua hingga akhir nyawa... Umpwah!!!

Friday 20 July 2012

KaMi daN MeLaKa

Membawa anak-anak berjalan ke Melaka memang menyeronokkan, tambahan pula terpaksa pula berkursus di sana. Mujur juga ada abang di sana yang boleh dijadikan tempat persinggahan untuk berkampung selama 2 minggu bersama anak-anak. Terima kasih juga kepada emak yang sudi membantu menjaga anak sepanjang aku berkursus. Almaklumlah, Mr Zarul bercuti hanya seminggu dan selepas itu terpaksa pulalah mak yang take over. Walau apapun sayang mak dan Mr Zarul. He2.
Berjalan di Dataran Melaka, sambil melawat Muzium di situ dan melihat-lihat cenderamata.
Pertama kali menaiki beca, memang seronok. Tapi aku rasa gayat sikit. Tak tau kenapa. He2
Berjalan ke Zoo Melaka. Seronoknya mereka dapat melihat sendiri binatang dan unggas-unggas di situ. Amani menyanyi lagu "Burung Kakak Tua" bila ayahnya beritahu di depannya itu burung kakak tua. Lucu betul Si Amani. Tidak petah lagi bercakap, bila nyanyi sangkut-sangkut la, yang dengar pun cuma perkataan tua...letcum olala...

Pengalaman pertama yang tidak dapat aku lupakan, memberi makan kepada gajah. Menggeletar kepala lutut. He2. Nak bagi makan kena la beli tebu-tebu tu yang berharga RM2, so puas jugala. Kena tunggu turn coz ramai juga yang tidak mahu melepaskan peluang yang sama, jangan berebut-rebut. Tengok aku, sopan aje, ha2.
Gambar ini memang real, dekat betul muka gajah tu dengan aku, Amani siap nak pegang lagi. Nasib baik gajah tu jinak dan cool aje. Memang syok lah.

Berlainan dengan Khayra, jelas amat takut nak bergambar walaupun ayahnya ada, adik berani terlajak pula.

Si Khayra mengambil gambar kami bertiga. so gegar la sikit.

Semasa aku berkursus ayahnya membawa si Amani dan Khayra bermain pasir di pantai, tengok tu!!! Pasir pun dah ada dekat mulut. Mesti test rasa pasir tu ye dik....
Kini, aku bebas di pantai... He2

Mujurlah sewaktu aku berkursus di Melaka, Khayra yang terpaksa ponteng tadika UPSI dapat belajar di tadika Melaka selama 5 hari. Terima kasih kepada abang aku yang menghubungi guru tadika anaknya untuk memasukkan Khayra ke situ. Terima kasih juga kepada guru tadika yang sudi menerima dan mengajar Khayra selama 5 hari di situ. Pinjam baju Kak Deeba (sepupu Khayra).

Hari Jumaat kena berbaju kurung. Nasib baik badan lebih kurang, Khayra terpaksa meminjam baju Deeba sebab ibu tak bawa baju kurung. Sebenarnya, aku pun tidak merancang untuk memasukkan Khayra ke tadika Deeba tetapi memikirkan amatlah rugi bagi Khayra meninggalkan tadikanya selama 5 hari, maka aku mohon abang aku berbincang dengan guru tadika anaknya. Jadi, mereka ke sekolah berdua dan dihantar oleh abangku.
Bersama cikgu Norlela (guru tadika UPSI) yang turut sama berkursus denganku. Tahniah Norlela yang kini mengandungkan cahayamata pertamanya. Berkat kursus di Melaka. hi2. Jangan mare :)

Bersama dengan ahli kumpulan di malam terakhir berkursus selama 2 minggu di Puteri Resort Melaka. Selesai sudah. Alhamdulillah. :)

RaMaDhaN DaN BaJu

Semalam mendapat memo dari tadika Khayra, meminta ibu bapa memakaikan baju kurung kepada anak-anak pada hari Jumaat kerana ada majlis amal. Hari ini, ada seorang sahabat telah memasukkan gambar Khayra dan rakan-rakannya ke youtube, jadi barulah aku tahu, inilah rupanya Majlis Amal yang mereka lakukan.Wah!!! Bagusnya, Khayra dan rakan-rakan berziarah ke pejabat Keselamatan UPSI untuk memberi kurma. Comel sangat. Bagus betul guru-gurunya, memberi anak-anak ini pendedahan awal mengenai bulan ramadhan kepada mereka. Pengalaman itu sungguh berharga. Boleh lihat link di bawah ini. 



Khayra: Si tudung hitam, memakai baju kurung kedah, memegang tangan rakannya yang lain untuk disuruh melambai ke arah kamera, hu2. Terpaksa rela aje budak tu. Khayra oh Khayra.

Esok dah puasa. Sebelum Ramadhan nak berkunjung tiba, aku mendapat surat dari tadika mengatakan Khayra telah terpilih untuk menyertai pertandingan pakaian beragam untuk satu majlis perasmian di Tanjong Malim, akupun tidak pasti mengenai majlis itu yang akhirnya terpaksa ditundakan kerana YB tidak dapat datang. Akhirnya pertandingan pakaian beragam itu belum ada tanda-tanda kunjung tiba, mungkin menunggu selepas raya agaknya. Khayra melaram dengan baju yang dipinjam oleh ayah daripada auntie Sashi, thanks to auntie Sashi kerana meminjamkan baju yang cantik itu bersama dengan aksesorinya. Cadangnya nak pakai baju inilah, atau baju Minangkabau. Tidak kisahlah menang atau kalah, yang pasti... pengalaman itu sungguh bermakna kepada Khayra.


Taraa... Cantik tak saya. He2.

Saturday 7 July 2012

AKu daN BanDunG

Seronoknya dapat menghadiri persidangan bahasa di Bandung, Indonesia pada Jun yang lalu. Mengalami perasaan sebagai pembentang di luar negara buat pertama kali sangatlah menggembirakan hati. Hipokrit sekiranya tiada rasa gentar di hati. Dub dab...dub dab diselangi dengan zikir yang sentiasa bermain di lubuk hati hingga perasaan gementar hilang apabila pembentangan dimulakan dan Fuh!!! Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar.
Alhamdulillah, sesudah pembentangan di Hotel Cemerlang Bandung

Dari Kuala Lumpur aku bertolak ke LCCT Sepang bersama 3 rakan sejawatan yang lain dan sememangnya dua hari awal tiba di Bandung daripada tarikh sebenar persidangan dengan tujuan untuk berjalan-jalan sambil bershoping di sana. Katanya terkenal dengan factory outlet yang menjual barangan berjenama dan harganya lebih murah berbanding di Malaysia.
Ditemani beberapa rakan pembentang yang lain. Dari kiri Dr Norul Haida, Dr. Siti Saniah, aku dan Prof Madya Dr Siti Khairiah. Gambar ini diambil di Tangkuban Perahu, tempat yang terkenal dengan cerita legenda Sang Kuriang.Walaupun dilanda selsema yang teruk tetapi aku gagahi juga berjalan dan bershoping. Semangat kena ada :)
Berlatarkan kawah gunung berapi di Tangkuban Perahu
 Makan mee bakso, daging lembunya memang yummi... 
 Makan nasi padang bersama kak Som, pensyarah UKM
Antara factory outlet yang dikunjungi, Rumah Mode :)
Cuba kira cili padinya, banyak kan... namanya nasi goreng special. Bila tengok cili padinya, fuh!!! boleh tahan.

Bentang paper dah selesai, jalan-jalan, makan-makan dan shoping pun dah selesai, sampai juga hajat nak ke Bandung, Akhirnya. Ada rezeki nak pergi lagi. Insyaallah :)

DaPur Si KeCiL

Berhujung minggu bersama anak di dapur sambil menguli doh dan membuat karipap sardin bersama...
 Si Amani dengan dohnya... 
Kakak dah siap mengisi inti sardin ke dalam kulit karipap... yeah!!! dah siap. Nanti kita buat donut pula ya ibu, kakak tak suka makan sardin, kata Khayra. Hoho... ibu yang nak makan sebenarnya, ha2.
 Karipap yang sudah siap, menanti untuk digoreng :) yippi!!!
Karipap yang sudah digoreng, tebal-tebal klimnya, almaklumlah hasil tangan si kakak. Yang ibunya klim kecil2 sikit, bolehlah janji nak masuk mulut jugak kan, he2.
Ok, nanti kita masak resepi lain pula ye, Peace :)

Thursday 28 June 2012

AmaNi beSdaY di RuMAh PeNgaSuH

8 jun 2012 genap umur Kaisara Amani 2 tahun, sambutan diadakan secara sederhana di rumah pengasuhnya. Ingatkan nak buat besday party di rumah sendiri tetapi kekangan masa membataskan semuanya, mujurlah pengasuh Amani memberi idea untuk menyambutnya di rumah mereka bersama anak-anak yang lain, ok jugalah idea itu. Masa aku berkursus di Melaka, malam-malam melayan keletah Amani sebelum tidur, aku pasangkan youtube cerita kartun boiboiboi, tidak disangka-sangka dia menjerit-jerit bila dengar lagu tema kartun tu. Seronok sangat dia nyanyi lagu boiboiboi, sambil berjoget-joget. Hairan juga aku sebab sebelum ini aku belum pernah tunjukkan dia cerita itu. Bila pulang ke Tanjong Malim, aku bertanyakan pada pengasuhnya, owh... patutlah, Amani dikelilingi jejaka yang seusianya dan kesemua mereka meminati cerita kartun boiboiboi termasuklah Amani. Hu...hu... hilang sekejap keayuan anakku, tambahan pula ibuku telah memendekkan rambut Amani, nampak lasak la sikit. Terkejut sekejap bila tengok rambut anak pendek, sedangkan dalam diam aku berhasrat untuk membiarkan rambutnya panjang, tetapi nak buat macam mana, ibuku kata Amani berpeluh dan macam tidak selesa berambut panjang. Toknya dah potong, nak kata apa lagi. he2. Terima seadanya.

Gambar kek tema kartun boiboiboi... jerit2 Amani bila nampak gambar kartun ni. Thanks pada pengasuh Amani (Ina dan keluarganya) coz tolong membelikan kek dan menyediakan juadah hidangan makan dan minum petang pada hari kejadian. Terima kasih juga kerana menghadiahkan Amani sehelai baju yang cantik... :)

 Saya sudah berusia 2 Tahun, Yeay!!!

Berebut nak potong kek... Hepi Besday Sayang. Luv u so Much. Ayah, Ibu dan kakak sayang, cinta dan kasih pada adik Kaisara Amani. Moga Kaisara Amani menjadi anak yang baik pada ibu dan ayah dan adik yang baik kepada kakak. Umpwah!!!                                                                     

BeRmaIN DeNgaN WaRnA

Pertama kali membenarkan Khayra menyertai pertandingan mewarna dalam Ekspo Keusahawanan Mara di Tanjong Malim memang mengujakan, dalam usianya baru 5 tahun, dia perlu didedahkan dengan persekitaran masyarakat yang sebenarnya. Bagaimana dia boleh bergaul dan menghargai bakat yang dimiliki untuk diasuh dan menjadi pembelajaran sepanjang hayatnya. Pengalaman yang diberi mungkin dilihat seperti tiada apa-apa tetapi amat besar maknanya bagi anak sekecil Khayra. Moga pengalaman yang diperolehinya akan digunakan sebaik mungkin di kemudian hari.
                   Khusyuknya saya mewarna...

 
  Ramainya peserta... :)

 Saya memilih tema hidupan lautan

Bagus juga menyertai pertandingan mewarna, dapat jumpa ramai orang, dapat kaler dan dapat mainan. Walaupun tidak menang tetap saya EnJOY!!!

Thursday 31 May 2012

MaSa BeRmaiN

Riadah bersama dua orang tuan puteri permata si jantung hati. Keletah mereka dan lasak mereka menghidupkan ruang rasa ketika mengenang kembali zaman semasa kecil. Tidak pernah berpeluang seperti ini kerana dek kesusahan dan kesibukan ibu dan ayah mencari sesuap rezeki, tetapi dua orang puteri ini menikmati hari kecil mereka dengan cara yang amat berbeza. Ibu dan ayah sibuk berkerja, sesekali bawa jalan-jalan, kedua beradik ini ibarat burung terbang bebas keluar dari sangkar. Lepas dan Bebas. Sesekali hati riang  berbunga melihat kegembiraan mereka dan sesekali jeritan juga terpaksa dilepaskan, bimbang dengan puteri yang berlari ke sana sini tanpa kawalan, mata tidak pernah sedetik pun lepas daripada memerhatikan gelagat mereka, takut dan berhati-hati dengan orang sekeliling, curiga sekiranya anak-anak diculik atau diapa-apakan. Dunia sekarang tidak seperti dulu. Sekarang, anak-anak tidak boleh dibiarkan bermain sendirian, teringat zaman kecil2 dahulu, bermainlah di mana kawasan pun, kalau lambat pulang mak akan pegang getah paip ugut nak rotan... masa itu baru kecut perut dan bertempiaran lari untuk pulang setelah azan maghrib berkumandang. Heeeee...Mak, saya sayang mak. Disebabkan rotan itulah aku menjadi seseorang pada hari ini.

Kakak yang lasak tetapi pemalu.
                                                      Adik yang suka baring ikut suka hati
                                                 Kereta kecil kami... PoN!!! PoN!!!
                                                               Main masak-masak

Seronok melihat mereka bermain. Sayang Khayra Zulaikha dan Kaisara Amani... Ibu sayang kakak dan adik, walaupun kadang-kadang ibu tidak sempat nak tepuk kakak masa tidur disebabkan menyusukan adik, ibu tetap sayangkan kakak sampai bila-bila. Walaupun pagi-pagi sebelum pergi kerja adik suka menangis dan ibu terpaksa mendukung adik turun naik tangga setiap hari, ibu juga tetap sayangkan adik. Luv both of u.... Umpwah!!!

Tuesday 28 February 2012

BuAl-BuaL KosoNg aKhirnYa ...

Selalunya apabila merancang percutian pasti sukar untuk ditunaikan, ada sahaja halangan yang mendatang, maka kami tidak merancang sebaliknya mengikut gerak hati dan rasa sahaja. Kalau aku bagi cadangan, Mr Zarul kata ok, percutian akan berlaku tanpa diduga. Tempat dan ke mana ingin pergi semuanya berlaku begitu pantas. Perjalanan pulang ke rumah mentua di Manjung kami habiskan masa dengan berbual-bual kosong, tiba-tiba tercetus di fikiran hendak ke Langkawi. Kebetulan cuti Maulud Nabi dan Thaipusam agak panjang dan boleh bawa mertua ikut sekali. Kebetulan pula adik kepada Mr Zarul sedang bercuti sem (Uitm Arau) dan mempunyai rumah sewa di Arau Perlis, maka cadangan yang aku kemukakan itu agak baik. Kebetulan juga dalam fikiran sudah mempunyai seseorang yang boleh dihubungi ketika di Langkawi, iaitu anak angkat kepada ayah, maka semuanya berjalan dengan lancar. Menginap di Arau, berehat di rumah anak angkat ayah disebabkan pergi balik hari sahaja, jadi kami makan tengahari di situ. Kami menyewa teksi selama 4 jam dengan bayaran rm100 (terpaksa ambil teksi disebabkan kereta sewa dah habis, ada driver taxi, jadi senang Mr Zarul tak perlu nak drive dan kami hanya jalan-jalan, shoping dan balik naik feri yang terakhir). Kami pusing-pusing Langkawi, beli barang berasaskan gamat, beli coklat dan set pinggan mangkuk. Tujuan utama ialah shoping. Kalau nak jalan-jalan kenalah merancang dahulu dan pastinya tidak akan berkunjung ke sana ketika cuti sekolah dan cuti umum. Woah...serabut nanti.
Bergambar di kawasan tapak sawah padi, belakang rumah sewa Atikah (adik ipar di Arau Perlis)
Di kedai makan sementara menunggu feri di jeti Kuala Perlis
Adik makan nasi lemak, kakak makan mee goreng. Comot-comot adik. Sudahnya kena tukar baju lain.
Di depan kawasan masuk ke makam Mahsuri.
Membeli minyak gamat, gel gamat dan seangkatan dengannya.
Ops, kami tak masuk ke sini, tetapi bershoping sakan berhadapan dengan kompleks ini. Lupa pula nama kompleks yang satu lagi tu. Lain kali kena snap gambar, baru sentiasa ingat.
Khayra panggil burung gagak. Bukan la sayang... burung helang. Burung apa? Burung helang...
Mengabadikan kenangan di Langkawi. Silau panas tengahari. Kecil biji mata. Insyaallah, ada kelapangan masa akan ke sana lagi... nanti ada pakej tidur di sana pula. Boleh elak cukai.