Semalam mendapat memo dari tadika Khayra, meminta ibu bapa memakaikan baju kurung kepada anak-anak pada hari Jumaat kerana ada majlis amal. Hari ini, ada seorang sahabat telah memasukkan gambar Khayra dan rakan-rakannya ke youtube, jadi barulah aku tahu, inilah rupanya Majlis Amal yang mereka lakukan.Wah!!! Bagusnya, Khayra dan rakan-rakan berziarah ke pejabat Keselamatan UPSI untuk memberi kurma. Comel sangat. Bagus betul guru-gurunya, memberi anak-anak ini pendedahan awal mengenai bulan ramadhan kepada mereka. Pengalaman itu sungguh berharga. Boleh lihat link di bawah ini.
Khayra: Si tudung hitam, memakai baju kurung kedah, memegang tangan rakannya yang lain untuk disuruh melambai ke arah kamera, hu2. Terpaksa rela aje budak tu. Khayra oh Khayra.
Esok dah puasa. Sebelum Ramadhan nak berkunjung tiba, aku mendapat surat dari tadika mengatakan Khayra telah terpilih untuk menyertai pertandingan pakaian beragam untuk satu majlis perasmian di Tanjong Malim, akupun tidak pasti mengenai majlis itu yang akhirnya terpaksa ditundakan kerana YB tidak dapat datang. Akhirnya pertandingan pakaian beragam itu belum ada tanda-tanda kunjung tiba, mungkin menunggu selepas raya agaknya. Khayra melaram dengan baju yang dipinjam oleh ayah daripada auntie Sashi, thanks to auntie Sashi kerana meminjamkan baju yang cantik itu bersama dengan aksesorinya. Cadangnya nak pakai baju inilah, atau baju Minangkabau. Tidak kisahlah menang atau kalah, yang pasti... pengalaman itu sungguh bermakna kepada Khayra.
Taraa... Cantik tak saya. He2.
No comments:
Post a Comment