JellyPages.com

Wednesday, 4 May 2011

Khayra Zulaikha Entri Empat

     Tahun 2011 Khayra Zulaikha kesayangan ibu dan ayah sudah pun berumur 4 tahun. Fizikal Khayra seperti anak-anak darjah satu, tetapi apabila mendengar Khayra bercakap, semua orang akan tertanya dan bertanya pada ibu, berapa umur Khayra. Apabila ibu mengatakan Khayra baru sahaja berusia 4 tahun, reaksi orang yang mendengarnya agak terkejut dan sedikit teruja. Anak ibu memang tinggi, dan matang. Lambat lagi rupanya untuk ibu dan ayah menghantar Khayra ke sekolah. Macam mana agaknya apabila Khayra bersekolah nanti ye!! 

Khayra Zulaikha 4 Tahun bersama adik Kaisara Amani

Khayra Zulaikha 4 tahun 1 bulan
     Gambar di atas diambil di Sunway Pyramid, lokasi yang Khayra suka untuk melihat pemandangan luar sekitar Sunway Lagoon.
Khayra di Menara Kuala Lumpur
     Sewaktu cuti sekolah ayah telah membawa Khayra ke Menara Kuala Lumpur. Ayah pergi bersama Khayra, Uncle Ahmad Zaini bersama anaknya Daisy. Ibu dan ibu Daisy kena berkerja, jadi hanya ayah dan ayah Daisy sahaja yang membawa Khayra dan Daisy berjalan-jalan ke Menara Kuala Lumpur.
Khayra dan Daisy
     Dua orang anak gadis yang comel-comel dan baik hati.
Khayra Zulaikha 4 Tahun 2 Bulan
     Gambar Khayra di Putrajaya.
Khayra Zulaikha 4 tahun 3 Bulan
     Khayra yang suka menampal muka dengan pelekat dan menggantung mainan adik Kaisara di telinga, pada masa ini Khayra minta ibu belikan subang berjuntaian panjang macam itu, Ish! anak ibu.
Subang yang ibu beli untuk Khayra 
Khayra dan subang baru
     Aksesori yang sering Khayra pakai ialah subang. Ibu ingat lagi sewaktu kita di Kedai emas Giant Manjung, Perak. Pada masa itu umur Khayra 3 tahun. Pada asalnya ibu dan ayah tidak bercadang untuk menindik telinga Khayra, tetapi Khayra selalu minta untuk memakai subang, Khayra mahu macam Kak Deeba, Kak Dina, Kak Najwa (sepupu Khayra) dan Kak Sasha (Rakan Taska Khayra). Jadi ibu dan ayah memutuskan untuk menindik telinga Khayra di kedai emas sahaja. Agak melucukan juga, Khayra yang pada mulanya sangat bersemangat dan berani untuk ditindik telinga, akhirnya menangis di kedai emas itu, Khayra menangis bukan kerana sakit tetapi Khayra terkejut dengan dua alat penembak tindik telinga yang berbunyi "pop" dan bunyi itu membuatkan Khayra terkejut dan menangis. Apabila Khayra melihat sudah ada subang di telinga, Khayra berhenti menangis dan sangat seronok.
Khayra Zulaikha 4 tahun 4 bulan
     Aktiviti Khayra di pantai. Pada masa ini kita di Bagan Lalang.
Pertama Kali Bermain Layang-layang di Bagan Lalang
     Ayah belikan Khayra layang-layang. Pengalaman buat pertama kalinya Khayra bermain layang-layang dan Khayra sangat seronok dan begitu teruja. Ibu pun teruja juga, sudah lama tidak bermain layang-layang.
Riadah di Waktu Petang, Berjoging di Taman Tasik Permaisuri, Cheras
     Aktiviti Khayra di waktu petang, berjoging bersama ayah dan ibu. Khayra akan berlari-lari anak dan minta berhenti disebabkan penat, Khayra akan menarik tangan ibu berlari bersama dan kita selalu ketinggalan jauh daripada ayah. Ayah berlari hampir 2 pusingan tetapi kita baru berlari 1 pusingan. 
Khayra Zulaikha di PWTC
     Ibu dan ayah telah membawa Khayra ke pameran buku terbesar untuk kanak-kanak di PWTC pada 16 April 2011. Terima kasih kepada auntie Lin yang memberi info mengenai pameran ini. Sila klik sini untuk lihat entri auntie Lin yang baik hati itu. Anak auntie Lin iaitu abang Adam juga terlibat dengan pertandingan Bacalah anakku yang dianjurkan Pa & Ma pada hari Ahad. Kebetulannya kita pergi ke PWTC pada hari Sabtu, jadi Khayra tidak berkesempatan untuk melihat abang Adam membaca pada hari Ahad. Pada masa ini umur abang Adam baru 6 tahun tetapi sangat lancar membaca. Auntie Lin juga memperkenalkan ibu dengan set buku Bacalah Anakku dan Khayra juga sering menggunakannya.
     Berbalik semula cerita kita di PWTC. Khayra secara tidak sengaja, mungkin didorong oleh semangat ibu yang pada mulanya melihat ramai orang di booth murai.com.my, pada mulanya ibu sekadar bertanya pada adik-adik macho di situ bagaimana jika  ada peserta yang ingin bergambar di ruangan stailistakids,  disebabkan teruja melihat kanak-kanak di situ bergaya sakan, jadi ibu tanya pada Khayra sama ada Khayra mahu bergambar bersama jurukamera di situ ataupun tidak. Disebabkan Khayra yang mahu, jadi ibu dan ayah memutuskan untuk menyertai sahaja pertandingan stailistakids di murai.com. Klik sini untuk melihat. Pengalaman bergambar di depan kamera adalah sekadar untuk suka-suka dan ingin melihat Khayra seronok dan gembira.
Apabila Khayra ingin menjadi princess
     Aksesori Khayra yang ayah belikan apabila Khayra ingin menjadi Princess. Permata yang ada pada crown itu sudah tercabut disebabkan adik juga berebut untuk bermain dengan crown Khayra.
Apabila Khayra Bergaya Princess
     Masa umur Khayra 3 tahun, Khayra tidak gemar dengan anak patung seperti Barbie dan crown seperti ini. Sejak umur 4 tahun, Khayra mula tertarik dengan segala alat solek dan ingin menjadi puteri pula. Tengok tu! Khayra bergaya tanpa disuruh. Ibu pun tidak tahu di mana Khayra belajar pose macam ini. Alahai anak ibu. Sangat manis.
Aksesori Kecantikan Khayra
     Pemerah pipi yang tiga warna itu ibu beli dengan auntie Lah, auntie Lah jual barang avon. Kebetulan ada yang murah, jadi ibu belikan untuk Khayra. Lihat sini untuk lihat blog auntie Lah. Auntie Lah menjual baju baby dan  bermacam-macam lagi di kedai mayanya itu.
Pooh kesayangan
     Pooh kesukaan Khayra semasa Khayra kecil. Tetapi apabila Khayra sudah besar, Khayra ada aktiviti baru iaitu melihat cerita Mr Bean dan bermain dengan adik Kaisara Amani.
     Khayra Zulaikha permata hati ibu dan ayah, jadilah kakak yang baik dan melindungi adik-adik, jadilah anak yang baik dan solehah dunia akhirat, ibu dan ayah amat menyintai dan menyayangimu sayang.



No comments:

Post a Comment