Alhamdulillah, akhirnya aku menerima khabar paling gembira apabila telah lulus dengan jayanya untuk merangkul idaman hati pada Konvo 2011 di UM. Bersyukur kepada kurniaan Allah dengan segala ujian dan rintangan, jatuh dan bangun ketika hati sudah tidak kuat lagi untuk meneruskan perjuangan mencari Idaman itu. Berkat ketabahan, sabar yang kuat, didorong oleh semangat anak kecil yang kadang-kadang merengek mencari pelukan kasih sayang ibu pada ketika sepertiga malam di saat ibunya bersengkang mata memeluk batas-batas ilmu yang mesti digenggamnya. Terima kasih ya Allah kerana melimpahkan rezeki dan rahmatmu pada aku hambamu, insan yang kerdil dan sentiasa tidak berdaya. Moga langkah permulaan ini menjadi titik tolak untuk aku terus mendaki dengan berkat ilmu para guru-guruku dan limpahan kasih sayang suami, ibu ayah, mertua, adik beradik, saudara mara dan rakan-rakanku yang lain. Ya Allah, syukur ku padamu kerana telah menganugerahkan padaku gelaran Dr. Norazimah bt Hj Zakaria. Emak, ayah... anakmu ini telah memenuhi hajatmu. Doakan aku selalu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sedihnya akak...
ReplyDeletetitik titik aor mata jatuh ke meja...
pepon..tahniah buat akak....
semoga ini mnjadi dorongan buat kami juga..:)
Thanks Sha, sabar itu indah dan akan membuahkan hasil yang indah juga.
ReplyDeleteSalam Dr.
ReplyDeleteAlfun mabruk (setinggi tahniah)
Alhamdulillah. Berjaya juga menerima title Dr. Mudah-mudahan dapat memberi manfaat kepada semua.
InsyaAllah, kejayaan akan dapat dicapai dengan kesungguhan dan tawakal kepadaNYA. Lepas ni bagi dapat Prof pulak. Prof Dr Norazimah Zakaria
Ameen
Wallahualam
sahabat lama
Thanks Sham, insyaallah. Amin :)
ReplyDelete