Kaisara Amani binti Mazarul Hasan. Kaisara bermakna permaisuri, Amani bermakna cita-citaku. Sebenarnya nama Kaisara Amani dipilih setelah Kaisara lahir ke dunia. Pada masa itu ada satu slot drama Kaisara yang amat popular di tv. Ibu suka sangat dengan nama itu. Kebetulan pula huruf pangkalnya sama macam nama kakak Khayra. Amani pula dipilih oleh ayah. Moga anak ibu dan ayah ini sentiasa menjadi permaisuri di hati ibu, ayah, kakak Khayra dan keluarga kita yang lain. Permaisuri yang baik hati, solehah dan penyayang.
Sebelum ini kandungan ibu disahkan lelaki oleh doktor pakar di Cheras, hinggalah usia kandungan ibu 9 bulan, ibu dan ayah dikejutkan dengan jantina baby. Sewaktu ibu di scan di Pusat Perubatan UM, mereka mengatakan kandungan ibu adalah perempuan, tetapi mereka juga tidak berapa pasti. Jadi, ada 2 pandangan yang berbeza. Sewaktu Kaisara dalam kandungan ibu, kakak Khayra suka memanggil baby dengan nama Darwisy. Baby kuat menendang dan sangat aktif di dalam kandungan. Tambahan pula pada masa itu world cup football tengah berlangsung, ayah pula sangat suka tengok bola, manalah tahu berjangkit dengan demam piala dunia pula. Semua merasakan kandungan ibu adalah lelaki termasuklah ibu dan ayah. Perkara ini turut disahkan pula oleh seorang doktor pakar di Cheras. Tetapi apabila ibu menerima khabar di PPUM itu, hati ibu berbelah bagi. Namun ibu dan ayah tidak kisah dengan jantina baby asalkan baby yang lahir sihat dan comel. Sehinggalah baby dilahirkan, kakak Khayra masih juga memanggil baby dengan nama Darwisy kerana kakak Khayra suka nama itu. Beberapa kali juga ibu membetulkan kakak Khayra bahawa nama baby ialah Kaisara Amani dan akhirnya kakak Khayra panggil adik sahaja.
Kaisara Amani lahir pada 8 jun 2010 secara normal di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada waktu Subuh. Berat Kaisara ialah 3.6 kg.
Kaisara Amani 2 bulan. Rambut Kaisara telah dicukur oleh mak teh.
Kaisara Amani 3 bulan di Hospital Bandar Pusat Jengka. Kaisara demam panas. Jadi kita berumah di situ selama 5 hari dan itulah kali pertama ibu, ayah dan kakak Khayra beraya aidilfitri di hospital bersama Kaisara. Kaisara juga kena sedut gas kerana doktor mendengar bunyi pernafasan Kaisara yang agak kuat, mungkin banyak kahak. Menangis jugalah anak ibu sewaktu menyedut gas dan perlu makan ubat sentiasa mengikut waktu. Ayah dan kakak Khayra selalu datang menjenguk kita berdua di hospital kerana mereka tidak boleh tinggal bersama kita di situ. Ayah dan kakak Khayra berulang alik dari rumah tokwan jengka ke hospital.
Kaisara Amani 4 bulan.
Kaisara Amani 5 bulan. Kaisara sudah pandai meniarap.
Kaisara Amani 6 bulan. Kaisara yang sudah pandai duduk. Gambar ini diambil di Putrajaya.
Kaisara Amani 7 bulan. Kakak Khayra kata Kaisara mahu menjadi doktor gigi. Kakak Khayra mahu jadi doktor mata. Insyaallah.
Kaisara Amani 8 bulan. Sangat suka mengejar kakak Khayra dengan keretanya itu.
Kaisara Amani 9 bulan. Suka menggigit semua benda termasuklah hp kakak Khayra.
Kaisara Amani 10 bulan. Pertama kali ibu dan ayah membawa Kaisara mandi di laut. Kita mandi di Teluk Batik, Perak. Mula-mula Kaisara takut dan menangis, jadi ibu memeluk dan berendam bersama Kaisara, Kaisara merasa seronok bermain air sampaikan kecut jari jemari kerana sejuk.
Kaisara Amani 11 bulan. Aktiviti yang amat digemari apabila ibu memberikan bakul baju itu kepada Kaisara. Mula-mula Kaisara golek-golekkan bakul, masukkan kaki dan cuba juga memasukkan badan ke dalam bakul. Akhirnya, ibu memasukkan Kaisara ke dalam bakul.
Kaisara Amani setahun bersama kakak Khayra. Sayang adik! Kata kakak Khayra.
Kaisara Amani permata hati ibu dan ayah, jadilah anak yang baik, patuh pada suruhan Allah, santun tutur kata dan tingkah laku, cemerlang dunia dan akhirat. Ibu dan ayah amat menyayangi dan mencintaimu sepenuh hati.
Kaisara Amani setahun bersama kakak Khayra. Sayang adik! Kata kakak Khayra.
Kaisara Amani permata hati ibu dan ayah, jadilah anak yang baik, patuh pada suruhan Allah, santun tutur kata dan tingkah laku, cemerlang dunia dan akhirat. Ibu dan ayah amat menyayangi dan mencintaimu sepenuh hati.
No comments:
Post a Comment