Menemani si dia ke stadium Bukit Jalil melihat perlawanan bola sepak antara Chelsea dan Malaysia. Walaupun Chelsea bukanlah team pilihan kerana hati tetap tertawan dengan Manchester United, jadi sokongan padu kepada pemain Malaysia di beri seratus peratus.
Amat berbaloi dan sangat puas hati dapat menyaksikan sendiri perlawanan tersebut di stadium. Sempat bergambar sebelum masuk ke dalam stadium, kami masuk di laluan pintu berwarna hijau.
Perlawanan bermula pada jam 8.45 malam, boleh solat maghrib di surau yang ada dan boleh makan-makan dengan jajan yang dijual di luar dan dalam perkarangan stadium.
Pandangan lebih luas dan sangatlah tidak suka dengan gol yang dijaringkan oleh Drogba. Apapun tabik spring dengan pasukan Malaysia.
Sangat seronok apabila ini adalah kali kedua aku dan dia menonton perlawanan bola sepak bersama. Moga hubungan kita kekal bahagia hingga ke syurga. Amin
No comments:
Post a Comment