JellyPages.com

Sunday, 13 April 2014

KhAyRa ZuLaiKhA YaNg Ke-7 TaHuN

Hari pertama persekolahan si Khayra sungguh mendebarkan hati ini. Almaklumlah, Mr Zarul belum dapat keputusan bertukar sekolah dan masih perlu keluar berkerja ke KL seawal jam 6 pagi dan aku harus menguruskan tiga orang budak kecil ini sendirian. Khayra (ke sekolah rendah), Kaisara (juga dihantar bersekolah pra tadika di Little Caliphs) dan Khadeeja (ke rumah pengasuh). Khayra perlu bangun seawal jam 5.20 pagi, diikuti Kaisara pada jam 5.30 pagi untuk mandi dan bersiap-siap untuk ke sekolah. Ini ekoran Khayra perlu ada di sekolah sebelum jam 7.20 pagi. Maka aku perlu keluar dari rumah pada jam 6.30 pagi untuk menghantar Khadeeja ke rumah pengasuh. Dalam 6.45 aku perlu bergerak cergas untuk menghantar si Khayra pula bagi mengelakkan kesesakan dan lewat sampai ke sekolah, almaklumlah... nak kena beli sarapan untuk dia dahulu di gerai-gerai tepi jalan yang dibuka awal. Akhir sekali baharulah hantar si Kaisara ke tadika. Aku seperti biasa masuk ofis sebelum jam 8 pagi. Tetapi macam biasa akan balik dari ofis pada jam 5.30 petang kerana aku akan hanya mengambil Kaisara daripada tadika pada waktu tersebut selepas aktiviti persekolahannya tamat. Sengaja aku transit kan dia terus di tadika sehingga petang, supaya aku tidak terkejar-kejar dengan tugas hakiki di pejabat dan mengajar. Aku hanya menghantar Khayra di waktu pagi dan di waktu balik daripada persekolahan, telah ada kereta (Cik Wati) yang diupah untuk mengambil Khayra. Bukan Khayra sahaja yang menaiki kereta tersebut, terdapat juga beberapa orang kanak-kanak lain. Khayra dihantar ke transit berhampiran dengan sekolah kebangsaannya. Di situ dia akan mandi, makan dan bersiap-siap untuk ke sekolah agama pada jam 2.15 petang. Cik Wati jugalah yang akan mengambilnya di transit tersebut dan menghantarnya ke sekolah agama rakyat. Habis sahaja sesi persekolah di sekolah agama, Mr Zarul akan menjemput Khayra dan seterusnya mengambil Khadeeja dari rumah pengasuh. Begitulah sehari-hari dengan harapan agar Mr Zarul dapat bertukar sekolah supaya anak-anak tidak terlalu mengantuk ketika dihantar ke sekolah. Alhamdulillah, keadaan semua budak kecil terpaksa bangun seawal jam 5.20 pagi hanya berlangsung selama 2 minggu, kerana Mr Zarul akhirnya dapat keputusan berpindah ke Tanjong Malim. Yahooo... boleh tarik nafas lega. Sekarang ni Khayra akan keluar ikut Mr Zarul ke sekolah dan Kaisara boleh bangun pada jam 7 pagi untuk mandi dan ke sekolah. Tak adalah dia tersengguk-sengguk di dalam kelas kerana mengantuk seperti dua minggu sebelumnya. Haha. Kesian betul... Khadeeja juga akan keluar bersama dengan aku. Hehe. Hepi betul kerana Mr Zarul sudah berhijrah di samping kami sekeluarga dan aktiviti tengahari dan petang lebih bermakna kerana banyak benda boleh dilakukan bersama. Contohnya makan tengahari bersama-sama. Hihi...
 
Khayra beria-ia mengatakan dia dilantik menjadi penolong ketua darjah di dalam kelasnya tetapi aku agak musykil dan sukar nak percaya. Hah... bila dia dah bawa balik name tag ini, baharulah aku percaya dan sedikit teruja. Cayalah anak ibu.
Cuba tengok, ada gaya siapa lah agaknya. Khayra masuk Silat Gayung Ghaib Serantau di sekolahnya. Bolehlah untuk pertahanan diri. Moga Khayra memanfaatkan ilmu yang dipelajarinya demi menjaga maruah diri, keluarga, agama dan bangsanya. Ameen :)
Tanggal 12 februari 2014 genaplah umur Khayra Zulaikha bt Mazarul Hasan 7 tahun. Moga menjadi anak yang menggembirakan hati ibu dan ayah serta menjadi pelindung adik-adik. Moga hidup Khayra Zulaikha sentiasa dirahmati Allah dan diberikan kebahagiaan serta kejayaan di dunia mahupun di akhirat. Ameen :)
Hepi besday sayang...
Bila ditanya Khayra hendak hadiah apa, inilah hasil tangkapan di kedai buku. Itu yang dimahukannya. Alhamdulillah.
Ini adalah hasil kerja seni si gadis comel Khayra, boleh la jadikan kenang-kenangan. Hihi...
Sedar tak sedar sudah menjangkau usia ke-7 tahun si budak kecil ini. Bersama ayah kesayangan sewaktu meraikan hari ulang tahun kelahiran Khayra Zulaikha di Pizza Hut. Moga Khayra sentiasa beroleh rahmat dari Allah. We all luv u so much.

No comments:

Post a Comment