Seminar Antarabangsa Memartabatkan Bahasa Melayu ASEAN ke-3 yang bertempat di Parkview Resort Thailand. Alhamdulillah, pertama kali menjejakkan kaki di bumi bertuah ini. Bertolak dari Tanjong Malim hingga ke Imigresen Bukit Kayu Hitam bersama rakan AJK Persidangan sedikit agak lelah dan seterusnya dijemput oleh wakil daripada Universiti Fatoni untuk meneruskan perjalanan ke hotel. Penat kerana melalui perjalanan yang agak panjang namun berbaloi kerana ia adalah pengalaman kali pertama. Ku redahkan jua dengan hati yang sedikit berbunga.
Di hadapan pintu masuk hotel.Berkesempatan membaca sebuah sajak pada malam puisi kemanusiaan yang pertama kali diadakan. Sajak yang dibacakan bertajuk "Malam Puisi Asean" karya A. Halim Ali
Bergambar dengan sebahagian peserta persidangan dari UPM dan Universiti Fatoni.
Up satu, selfie bersama Dato VC UPSI dan rakan sejawatan sebagai orang kuat persidangan iaitu Prof. Madya Dr. Abdul Halim Ali dan Prof. Madya Dr. Azhar Wahid sementara menunggu delegasi dari Thailand tiba untuk perasmian persidangan.
Antara bilik yang akan digunakan untuk pembentangan kertas kerja.
Tea tarik sedap. Menikmati di malam hari sambil mendengar lagu-lagu indah.
Di hadapan hotel ada sebuah cafe yang bernama "Cafe Tea Tarik." Gambar di atas adalah tea hijau tarik. Sekadar ingin mencuba. Sedap juga.
Terima kasih kepada rakan AJK dari Universiti Fatoni yang belanja makan steamboat. Sedap dan banyak pilihan. Lokasi, berhampiran hotel. Di Bawah ini adalah antara pilihan makanan yang ada.
Sarapan pagi yang amat menyelerakan di hotel. Bubur air seafood dan set roti bakar. Di sini hari-hari makan tomyam pun tidak mengapa Memang sedap. Macam-macam jenis tomyam yang tiada di Malaysia ada di sini.
Sebagai moderator persidangan.
Menerima sijil sebagai moderator daripada Rektor Universiti Fatoni. Lama sembang. Katanya nama aku seeloknya disebut sebagai Nor Azimah dan bukannya Norazimah kerana Nor Azimah membawa maksud cahaya keazaman, petunjuk. Kata Prof, kekalkan dengan panggilan Nor Azimah. Insyaallah Prof. Bersama rakan AJK persidangan. Bersiap sedia untuk majlis perasmian dan persidangan.
Usai persidangan berkesempatan melawat Universiti Fatoni di Thailand. Alhamdulillah.
Gambar terakhir mestilah aku sebagai pembentang. Bersama rakan pensyarah dari UPSI Prof. Madya Dr. Dahlia Janan dan pelajar sarjananya serta pembentang dari Thailand. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Pulang dari Thailand singgah memborong pes tomyam, beras wangi dan beras pulut serta sedikit cenderamata untuk dibawa pulang. Kenangan manis yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment