JellyPages.com

Wednesday 29 June 2016

MaJliS PeRsaRaaN Prof. MaNa SiKana Mei 2016

Prof. Mana Sikana berkhidmat di Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi UPSI sebagai pensyarah kanan dan tibalah harinya beliau melepaskan semua tugas hakiki sebagai seorang pensyarah kanan universiti. Semoga beliau tidak terus bersara daripada dunia penulisan. Mengenali beliau sangatlah indah kerana banyak kenangan bersama pelajar yang dicipta terutamanya di dalam kelas drama dan teater. Setiap semester, pelajar akan diwajibkan membuat sebuah pementasan drama daripada skrip yang dihasilkannya. Maka kenangan itu sentiasa terpahat dalam mengukir pengalaman dan kedewasaan pelajar untuk mengenali makna diri, sahabat dan rakan taulan. Sebagai rakan pensyarah, Prof Mana Sikana seorang yang sentiasa merendah diri, tidak kedekut ilmu, suka berkongsi pengalaman dan sentiasa membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada pensyarah muda seperti aku. Cakapnya sopan, tuturnya lembut, budi bahasanya halus. Walaupun ilmu penuh di dada, beliau ibarat bapa yang sentiasa membimbing anaknya, beliau adalah sebutir permata yang bersinar. Ketiadaannya amat dirasai terutamanya bagi semua anak didik dan rakan pensyarah Kesusasteraan Melayu. 
 Kek sumbangan daripada pelajar dan pensyarah Kesusasteraan Melayu, keluarga AT01
Sedikit buah tangan untuk Prof Mana Sikana yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Ani Omar sebagai wakil pensyarah Kesusasteraan Melayu
 Bunga yang dihias indah untuk Prof. yang dikenang
Dimulai bacaan doa sebelum acara memotong kek
Bergambar bersama rakan pensyarah Kesusasteraan Melayu yang hadir. Terima kasih Prof. Mana Sikana. Segala jasamu akan dikenang hingga akhir hayat.

1 comment:

  1. mana sikana bapa saudara sy..adik arwah ayah saya.saya panggil beliau busu..seorang bapa saudara yang baik...seorang pensyarah yg sntiasa menjadi pilihan anak2 murid wpon sudah bersara...

    ReplyDelete