Alhamdulillah, selepas melalui fasa alahan di awal kandungan, bacaan hb rendah di bawah 11 dan ketika kandungan 6 bulan, kena control diet dek kerana kencing manis yang bacaannya 8. Pelik juga kerana masa mengandung pula yang nak kena kencing manis, masa tak mengandung tak ada pun. Pada 17 May 2013 lahir seorang puteri yang diberi nama Khadeeja Husna bt Mazarul Hasan di PPUM pada pukul 3.42 ptg dengan berat 3.1 kg secara pembedahan. Dibedah kerana kencing manis dan doktor kata kena bersalin awal 2 minggu dari tarikh jangkaan bersalin kerana takut baby besar. Walau banyak dugaan melanda sepanjang tempoh mengandung namun aku bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar dan selamat. Syukur atas nikmat Mu ya Allah...
Hai... nama saya Khadeeja Husna :)
Habis tempoh berpantang kepala Khadeeja Husna dibotakkan oleh mak bidan.
Comel tak saya...Sekarang Khadeeja Husna dah berusia 60 hari.
Peewiiiit
Ini kakak saya, namanya Kaisara Amani. Umurnya 3 tahun. Saya sayang kakak saya.
Apalah kakak saya ni nak buat... huhu
Saya ada seorang lagi kakak, namanya Khayra Zulaikha. Umurnya 6 tahun. Kak long dan kak ngah saya rajin tolong ibu. Dua orang kakak saya ni suka melaram, bila saya dah besar macam diaorang mesti saya pun akan terjebak sama, hiii.
Cantik tak kakak-kakak saya :)
Disebabkan ibu saya berpantang, kak ngah terpaksa sambut besday di rumah. Nasib baik mak uda tolong buatkan kek untuk kakak saya. Ibu janji bila ibu dah habis berpantang ibu akan bawa kami semua jalan-jalan dan meraikan besday kak ngah. yahooo...saya pun boleh ikut. Tunggu lepas puasa dan raya kot.
Terima kasih mak uda coz buatkan kek princess untuk kakak saya...
Kakak saya baru bangun tidur dan terus excited nak potong kek. Itu sebab rambut macam tak terurus je. Ha, yang botak tu ayah saya. Hiii.....
Kakak saya suka tolong ibu memasak. Makanan kesukaan kami sekeluarga ialah spagetti yang dimasak ibu.
Hati-hati ye kakak bila potong cendawan tu...Kak long kata yummi....emm sedap
Kak ngah pun kata sedap...
Nanti saya pun nak makan juga, sekarang tak boleh lagi. Saya masih hisap susu ibu, dan susu ibu lagi sedap. heee.
Saya sayang keluarga saya. Luv u ibu, ayah, kak long & kak ngah.
No comments:
Post a Comment