JellyPages.com

Monday, 15 July 2013

aKu DaN ShAkLee

Memang aku tak sangka akan terjebak dengan vitamin Shaklee ni. Permulaannya aku ambil dengan seorang kenalan di waktu awal kehamilan. Ia bagi meningkatkan bacaan hb aku yang selalunya tak pernah mencecah bacaan 11. Vitamin ni memang banyak  yang nak kena makan, tetapi berbaloi kerana terdapat perubahan pada tubuh badan yang menjadi lebih bertenaga dan tidak letih. Almaklumlah, aku terpaksa berjaga setiap awal pagi untuk menukar pampers anak kedua dan membuat susu untuknya.

Dalam tempoh berpantang juga aku mengambil Shaklee. Alhamdulillah, sepanjang tempoh berpantang aku tak pernah tidur siang dan walaupun asyik terjaga di tengah malam namun aku tetap bertenaga pada keesokan harinya. 

Yang paling best ialah perubahan yang berlaku pada Mr Zarul. Dia yang selalu mengidap sakit kepala dan boleh dikatakan dalam seminggu mesti 2 kali dia akan diserang sakit kepala. Dulu pun pernah berjumpa doktor pakar dan membuat city scan (ya kot ejaannya) tetapi doktor bagi tahu tiada apa-apa. Bila aku cadangkan pada Mr Zarul untuk ambil vitamin Shaklee ni, sekarang dah 5 minggu dia tak kena sakit kepala. Mr Zarul cuma makan dua benda ini aje. Sakit kepala dah tak ada, badan pun bertenaga.
Alhamdulillah, Mr Zarul tak perlu bergantung pada panadol lagi. Bayangkan kalau dia selalu ambil panadol tiap kali kena sakit kepala, sakit kepala pula 2 kali seminggu, emm. Mujurlah penyakitnya sembuh sejak dia makan ostematrix dan B-complex tu.
Yang ini set pantang yang aku ambil. Memang banyak tetapi amat berbaloi. Tambah juga dengan satu lagi air kegemaran aku dari Shaklee iaitu esp.

Sejak mengandung sehingga sekarang aku masih mengambil esp ini. Biasanya aku minum setiap pagi dan sebelum tidur. Memang rasa sangat kenyang dan bagi aku yang menyusu baby, ia mempercepatkan pengeluaran susu badan. Alhamdulillah, bila dah terasa sangat lapar tu, cepat-cepat minum esp ni. Bila kita mengamalkan esp ini, ia juga boleh menjadikan kulit kita cantik dan gebu. wow!!! ia memang terbukti benar especially pada aku dan baby Khadeeja Husna. Kulit baby sangat gebu dan bersih masa dilahirkan. Hiii.

Kalau rasa nak demam maka aku akan mengambil dua benda ini.
Ia memang cepat melegakan.  Ia bukan ubat tetapi ia vitamin semulajadi yang terbaik pernah aku temui.

Dengan Shaklee, dulu aku seorang yang suka bersin di awal pagi namun kini tidak lagi. Kini, aku lebih bertenaga dan sihat. Alhamdulillah. Bila dah ambil shaklee maka apa yang aku perlu tunggu lagi, aku mendaftar menjadi ahli dan ia memudahkan aku untuk mendapatkan kesemua vitamin shaklee yang aku gemari. Sekarang aku telah menjadi ejen shaklee yang sah. Hii....seronoknya Shaklee.

Kalau ada yang berminat nak tahu lebih lanjut pasal Shaklee ni boleh la email aku: aznorazie@yahoo.com

Id aku: 915072

No comments:

Post a Comment