Selamat Hari Guru untuk tahun 2015 buat diriku dan semua pendidik di Malaysia. Alhamdulillah dengan segala nikmat dan rahmat kurniaan dari Ilahi buat diri dan keluarga. Moga aku terus tekal menebarkan ilmu buat anak didik demi agama.
Menerima kuntuman bunga daripada para pelajar. Sambutan hari Guru Peringkat Universiti diadakan di Auditorium UPSI. Tema sambutan hari Guru pada Tahun ini adalah Guru: Membina ilmu menyempurnakan akhlak. Benarlah, akhlak adalah kunci kepada segala ilmu, apa guna ilmu tinggi jika akhlak ditolak ke tepi. Selamat Hari Guru!!!
Buat anak didik yang telah menghabiskan semester 8, teruskan langkahmu walau di mana kamu berada. Perjalananmu baharu sahaja bermula. Moga dikau berjaya walau di mana dikau berada.
Memotong pulut kuning sebagai tanda perpisahan... Zahirnya kita berpisah namun kalian tetap di hati. (Selaku Penyelaras Program Kesusasteraan Melayu, aku diminta untuk merasmikan program kendalian En Ghazali bin Din dengan para pelajar yang kebanyakannya merupakan para pelajarku juga). Moga kalian terus berjaya. Ameen...
No comments:
Post a Comment