Tugasan hakiki menghadiri persidangan di Kuching dimanfaatkan sebaik mungkin. Membentang kertas kerja dalam bidang sastera tetapi menggunakan tools atau alat bahasa sebagai landasan kajian memang memberi rangsangan ilmu baharu yang sangat bermakna. Semoga ilmu itu akan bermanfaat kepada semua yang hadir mendengar.
Bersama rakan pembentang dari seluruh IPTA dan IPG, SEAPSIL di Grand Margherita Hotel Kuching 26-27 November 2014
Pertama kali menaiki pesawat MAS menambah sedikit keterujaan. Hidup dan mati itu di Tangan Allah. Sememangnya sedikit gusar kerana selepas tragedi pesawat MAS hilang dan beberapa tragedi lain. Tetapi, kerana niat yang baik untuk mengembangkan ilmu, ku gagahi jua menaiki pesawat ini. Biasanya aku menaiki Air Asia, tetapi cuba beralih arah ke MAS pula, tambahan pula membawa ahli keluarga. Hanya inginkan sedikit keselesaan dan alhamdulillah, kami selamat pergi dan selamat pulang.
Berlegar-legar dahulu di KLIA sebelum berlepas menaiki MAS
Subhanallah, indahnya ciptaanMu, pengalaman kali keempat meredah awan selepas Bandung Indonesia, Sabah dan Sarawak buat kali keduanya.
Berjalan di sekitar Kuching, memang best. Bawa anak-anak ke Taman Buaya dan beberapa tempat yang menarik di situ.
Bergambar di Taman Budaya Sarawak
Nak tengok Orang Utan...nak tengok Orang Utan...
Makan pun sedap terutamanya di Hot Spot, dari hotel Grand Margherita boleh berjalan kaki ke situ. Memang sedap dan berbaloi. Walau entry dah agak lama kisahnya namun ia masih terlalu segar dalam ingatan. Moga dapat terbang lagi ke sana dan bercambahlah segala ilmu yang bermanfaat bertebaran di dada para akademia. Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment