Alhamdulillah, selesai membentang satu kertas kerja di Persidangan Antarabangsa Pendidikan baru-baru ini. Persidangan berlangsung di Pulai Spring Resort, Skudai Johor. Persidangan berlangsung pada 3 dan 4 Jun 2015 dalam tempoh cuti sekolah, jadi di kesempatan itu juga masa diperuntukkan dengan membawa tiga orang puteri berjalan-jalan di sekitar Johor.
Sesi pembentangan selesai. Alhamdulillah... Menerima sijil pembentangan daripada Dr. Zainudin dari UTM. Turut bergambar bersama pembentang dari Nigeria dan UMS Sabah.
Bersama dengan rakan pembentang yang lain... Gambar atas (yang pegang anak) adalah Zil Azalea (pensyarah Tesl UPSI yang sedang cuti belajar), baharu mengenalinya di seminar. Turut dalam gambar (sebelah aku berbaju hitam) adalah pelajar sarjana di Universiti Sains Malaysia dalam bidang kaunseling perubatan (Madam Sharivini).
Bertemu dan berkenalan dengan kawan baru. Puan Norhayati Yahaya pelajar PhD dari UKM dan Dr. Crispina dari UMS Sabah. Posing sikit.
Projek mandi kolam di Pulai Spring Resort... memang inilah yang ditunggu-tunggu. Pagi-pagi lepas sarapan, terus minta nak datang sini. Nasib baik ayah ada boleh layankan. Ibu sibuk dengan seminar.
Waktu senggang berjalan-jalan di JPO dan The Hello Kitty (lupa dah dekat area mana, tapi tak jauh dari Legoland). Dekat situ ada macam-macam watak superhero macam Batman, Superman dan lain-lain lagi. Menikmati menu baharu seperti roti + kacang pool di Plaza Angsana... minum petang dengan pisang goreng cheese dan roti bakar. Yummi...
Muka dua beradik yang puas hati dapat masuk tempat The Hello Kitty ni...
Macam-macam ada di sini... Tuuuut....Tuuuut!!!
Bergambar di kerusi Hello Kitty, nasib baik tak minta beli. Hihi...
Nasib baik minta beli barang ini sahaja...
Melepak di dataran (berlatar belakang replika mahkota kesultanan Johor).
Nasib baik ada adik di sana yang boleh bawa jalan-jalan. Terima kasih
ya che Det dan isteri (Naz). Masing-masing dapat belon seorang satu. Memang kawasan ni happening sangat dengan kelibat family dan anak-anak kecil yang main belon, main basikal dan bermacam aktiviti.
Balik daripada menemani ibu di Persidangan, si Khayra Zulaikha pula duduk di kem Kaedah Mokhdar selama seminggu yang bertempat di Rawang (sesi kedua dari 7 Jun hingga 13 Jun 2015). Pertama kali melepaskan dia duduk di hotel bersama rakan-rakannya yang lain memanglah sesuatu yang tidak dapat dibayangkan, almaklumlah, aku tidak pernah berpisah dengannya apatah lagi mengharapkan dia menguruskan diri sendiri di situ. Tetapi, atas permintaannya yang mahu tinggal di situ menguatkan semangat ibunya, jadi aku memberi sepenuh kepercayaan kepadanya dan mengharap sepenuh keyakinan daripada Allah. Alhamdulillah, dia memang seorang anak yang kuat semangat dan tabah. Aku berulang selang sehari menjenguknya, dan ada juga sehingga dua hari. Sebabnya, mestilah pertamanya rindu dan kedua; menukar beg pakaian baharu. Tiap kali aku dan ayahnya melawatnya, dia sangat seronok dan mungkin ini pengalaman yang bermakna buat dirinya. Alhamdulillah, cikgu Aqilah (guru yang menguruskan pelajar perempuan) sangat baik dan mengambil berat. Si Kaisara Amani tiada kawan di rumah dan hanya bermain dengan adik Khadeeja Husna. Rindu pada kakak juga katanya. Hihi...
Bersama rakan-rakan di Kem Kaedah Mokhdar, Rawang. Khayra dapat seorang kawan dan kakak yang bernama Auni (darjah 4) dari Putrajaya. Bergambar berdua. Kata cikgunya, mereka makan pun sepinggan kongsi berdua. Best friend kata cikgu Aqilah. Hihi... Moga Khayra Zulaikha dan rakan-rakan akan lebih mahir dengan dunia nombor.
Habis seminggu duduk di kem, Hari Ahad yang berikutnya, Khayra Zulaikha kena hadir untuk majlis tamat silat... kata gurunya, Khayra akan mendapat tali pinggang kuning. Alhamdulillah... naik raya nanti dah boleh pakai tali pinggang kuning dan training seperti biasa.
Sebetulnya pada 8 Jun 2015 (Isnin) adalah hari lahir Kaisara Amani yang ke-5 tahun. Kakaknya tiada bersama untuk menyambut hari jadinya kerana pada masa itu kakak di kem. Jadi Kaisara Amani sambut di tadika sahaja bersama kawan-kawan dan teacher. Moga Kaisara Amani menjadi anak yang solehah, cemerlang dalam segala bidang yang diceburi, berjaya mencapai cita-cita (katanya nak jadi Doktor gigi) dan bahagia di dunia dan akhirat. Ameen... Ibu, ayah, kakak dan adik sangat sayangkan Kaisara Amani. Permintaan si Kaisara Amani yang mahukan kek Ana Muslim. Ok la tu kan.
Berkesempatan juga menghadiri perkahwinan Wan dan pasangannya (adik sepupu suami) di Shah Alam pada 7 Jun 2015. Khayra Zulaikha tiada dalam gambar kerana berada di Kem Kaedah Mokhdar. Jadi bergambar berempat sahaja dengan pengantin. Moga perkahwinan Wan dan pasangan sentiasa diberkati dan bahagia hendaknya hingga ke akhir hayat. Ameen. Bergambar bersama makcu yang bertudung hijau (iaitu isteri bapa saudara Mr Zarul) yang juga tinggal di Seksyen 7, Shah Alam.
Alhamdulillah... Syukur dengan segala nikmat yang telah Allah kurniakan. Live it the way you want...
Alhamdulillah... Syukur dengan segala nikmat yang telah Allah kurniakan. Live it the way you want...
Wahh.... Kak Nora.... betul-betul dimanfaatkan masa yang terluang ye.... hehe.....
ReplyDeletePerkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
ReplyDeleteJika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)