Pertama kali membawa tiga orang puteri melihat persembahan teater Siti di Alam Fantasi yang bertempat di Panggung Budaya, UPSI. Best sangat. Mulanya tak nak bawa si Khadeeja Husna tetapi memandangkan ibunya pun sedikit teruja nak melihat persembahan teater, kuatkan hati, bulatkan tekad dan angkut sahaja si Khadeeja bersama. Bila sampai di Panggung Budaya, aku ingatkan si Khadeeja yang paling kecil, rupanya ada ibu bapa yang membawa baby 3 bulan... terkejut juga aku. Alhamdulillah, nasib baik si Khadeeja memberi kerjasama yang baik sepanjang 2 jam setengah. Cuma kadang-kadang dia tutup mata takutkan si sesumpah dan mula bertepuk tangan bila Siti dan kawan-kawannya menyanyi. Wah!!! Sungguh seronok. Bukan kata anak-anak sahaja seronok, ibu dan ayah pun turut seronok.
Tiket yang berharga RM5 seorang, memang berbaloi
Posing dulu sebelum masuk Panggung Budaya
Bersama dengan Raja Katak... Oing!!! Oing!!!
Sayalah Ratu Labah-labah... Harghhh!!!
Sayalah Sesumpah... Saya akan makan semua binatang dalam hutan ini....
Cit...cit...cit, bersama si Raja Tikus
Cik Lebah Buzzz...
Burung Bayan yang baik hati... kata si Burung Bayan, "Buat Jahat Jangan sekali, buat baik berkali-kali, dialog yang selalu dihafal oleh si dua beradik ini.
Persembahan teater kanak-kanak yang sangat menarik, penuh pengajaran dan menghiburkan. Nak bagi berapa bintang ya, kita bagi 4 bintang. Balik daripada tengok persembahan teater, perut si ayah terasa lapar pula, jadi jom kita pekena roti canai dan roti tisu di kedai mamak dulu. Malam yang penuh manfaat dan menyeronokkan bersama si jantung hati.
Jumpa lagi di persembahan teater yang lain pula. Bersama si Khadeeja Husna (muka dah mengantuk) almaklumlah dah jam 11.30 malam. Memang masa tidur la tu.
terima kasih sebb datang dan support teater siti di alam fantasi.. jangan lupa semester depan akan ada teater kanak kanak lagi, in shaa allah :) si anak lipas
ReplyDelete