Bawa anak-anak berjalan dan makan-makan merupakan satu kepuasan bagi aku dan suami. Mengajar anak kecil si Kaisara makan satey dan mandi laut memang mengujakan, tambahan pula umurnya baru satu tahun setengah. Gelagat macam kakaknya, apa yang kakak buat itulah yang diikut. Kakak pula suka menyakat adik, lintang pukang adik berlari mendapatkan aku bila disergah kakaknya. Habuannya, kakak sering dipersalahkan bila adik menangis. Masakan tidak, kita di dapur harapkan kakak tengokkan adik, tetapi kakak pula main-mainkan adiknya. Emm... tambahan pula bila sudah berpindah ke rumah dua tingkat, dua beradik suka main tangga. Agak-agak aku boleh kurus kalau maintain turun naik tangga dekat dua puluh kali.
Nama saya Kaisara Amani, jom makan satey dengan saya!!Mulut muncung berebut air dengan adik...
Saya tak kisah, kakak saya memang macam tu, heeeeeeeeeee...
Cepat lah ibu, bila nak mandi laut ni...Jap lagi kita berendam... posing dulu. Kakak awal-awal dah berlari ke laut.
Masa untuk main pasir...adik masih lagi geli-geli dengan pasir tu. tapi bila tengok kakak main dia pun nak juga.
Eeiii...ibu, apa ni, tengok tu....Kakak tidak mempedulikan orang lain di sekelilingnya, tempat ini aku yang punya.
Saya suka main pasir dan mandi laut...
Release otak tengok anak-anak happy, lepas ni nak ke mana pula ye... Benarlah, walaupun kadang-kadang kita penat melayan keletah anak-anak tetapi mereka jugalah yang melegakan lelah kita di saat kita buntu, sakit hati dan stress. Bila kita tatap mata dan wajah mereka, di situlah dunia kita yang sebenarnya. Dunia tanpa ego, dunia tanpa dosa dan dunia cinta yang sebenar. Mereka jujur memperkatakan apa sahaja dan ikhlas memuji kita walaupun kadang-kadang ia mendatangkan gelak besar di hati. Seperti kata Khayra: Ibu cantik macam princess, Rapunzel... he2. Ia mendatangkan lawak di hatiku dan suami tetapi itulah gambaran Khayra mengenai aku ibunya. Sebab Khayra puji ibu cantik, nanti kita jalan-jalan lagi. Umpan supaya dia terus memuji...
No comments:
Post a Comment