JellyPages.com

Thursday, 31 May 2012

MaSa BeRmaiN

Riadah bersama dua orang tuan puteri permata si jantung hati. Keletah mereka dan lasak mereka menghidupkan ruang rasa ketika mengenang kembali zaman semasa kecil. Tidak pernah berpeluang seperti ini kerana dek kesusahan dan kesibukan ibu dan ayah mencari sesuap rezeki, tetapi dua orang puteri ini menikmati hari kecil mereka dengan cara yang amat berbeza. Ibu dan ayah sibuk berkerja, sesekali bawa jalan-jalan, kedua beradik ini ibarat burung terbang bebas keluar dari sangkar. Lepas dan Bebas. Sesekali hati riang  berbunga melihat kegembiraan mereka dan sesekali jeritan juga terpaksa dilepaskan, bimbang dengan puteri yang berlari ke sana sini tanpa kawalan, mata tidak pernah sedetik pun lepas daripada memerhatikan gelagat mereka, takut dan berhati-hati dengan orang sekeliling, curiga sekiranya anak-anak diculik atau diapa-apakan. Dunia sekarang tidak seperti dulu. Sekarang, anak-anak tidak boleh dibiarkan bermain sendirian, teringat zaman kecil2 dahulu, bermainlah di mana kawasan pun, kalau lambat pulang mak akan pegang getah paip ugut nak rotan... masa itu baru kecut perut dan bertempiaran lari untuk pulang setelah azan maghrib berkumandang. Heeeee...Mak, saya sayang mak. Disebabkan rotan itulah aku menjadi seseorang pada hari ini.

Kakak yang lasak tetapi pemalu.
                                                      Adik yang suka baring ikut suka hati
                                                 Kereta kecil kami... PoN!!! PoN!!!
                                                               Main masak-masak

Seronok melihat mereka bermain. Sayang Khayra Zulaikha dan Kaisara Amani... Ibu sayang kakak dan adik, walaupun kadang-kadang ibu tidak sempat nak tepuk kakak masa tidur disebabkan menyusukan adik, ibu tetap sayangkan kakak sampai bila-bila. Walaupun pagi-pagi sebelum pergi kerja adik suka menangis dan ibu terpaksa mendukung adik turun naik tangga setiap hari, ibu juga tetap sayangkan adik. Luv both of u.... Umpwah!!!