Apabila badan semakin cergas kerana tidak mabuk-mabuk lagi dan bos pun sudah memberikan bilik sementara di tingkat 1 Fakulti maka apalagi yang harus dikatakan selain daripada mengucapkan syukur kepada Allah. Hari-hari dilalui dengan semangat yang lebih baik dan alhamdulillah, kerja juga dapat dilakukan dengan lebih cemerlang lagi, Insyaallah.
Penutup tahun baru 2013 diakhiri dengan membawa anak-anak ke Melaka, menghabiskan masa cuti sekolah dan melakukan penyelidikan di Melaka di kala badan sudah kuat dan tidak lagi pening/ pitam/ mabuk dan sebagainya. Sebelum ini hb aku rendah dan doc mencadangkan agar aku mengambil iberet folic. Selepas mengambil vitamin untuk tambah darah ni... tak ada lagi gejala rasa nak pitam dan pening. Darah masih lagi diambil 2 minggu sekali untuk melihat status bacaan hb dan masih lagi tidak mencecah 11 seperti mana yang diharapkan. Namun, ia naik dari 9 hingga 10.6. (mula-mula makan Sangobion... hb naik dari 9 ke 10.6, lepastu makan iberet folic, bacaan maintain 10.6)... aku stop sangobion coz doc tak pernah dengar nama vitamin tu dan dia cadangkan aku ambil iberet folic. Disebabkan apabila makan vitamin tu badan jadi makin kuat sikit tetapi bacaan hb tak turun dan tak naik. Ok lah tu kot. Tambahan pula sekarang ni selera makan juga sudah bertambah, tekak pun boleh nak menjamah daging, minum susu dan makan kerang. Harap-harap dengan bertambahnya selera makan dan ditambah dengan makan vitamin iberet folic diharapkan hb akan naik melepasi tahap bacaan 11. Tak larat nak tengok darah diambil 2 minggu sekali. Ngeri...Sekarang ni aku try makan shaklee pulak. (Aku ni berubah-ubah ambil vitamin, mana tidaknya... semua orang yang try vitamin Shaklee kata vitamin ini bagus untuk tambah hb. Sebab itu aku stop iberet folic dan ambil shaklee pula). Baru sahaja check darah namun bacaannya turun ke 10.3. Emm, baru sahaja seminggu makan, kena try sebulan dulu bak kata Lin (kawan yang menjual shaklee). Boleh klik
SINI untuk mencari Lin jika anda juga perlukan vitamin Shaklee atau barang penyusuan baby. Promote sikit. Hi2. Harap-harapnya naik la hb aku nanti.
Alhamdulillah... Seminggu sebelum ke Melaka, ibu ayah dan adik beradik yang lain berkumpul di rumahku kerana ayah buat aktiviti makan-makan. Semuanya tidak dirancang tetapi memandangkan keesokannya cuti christmas dan adik beradik yang duduk berhampiran dengan rumahku, maka peluang sebegitu digunakan dengan sebaik mungkin oleh ayah untuk mengumpulkan anak-anaknya di rumahku. Memang seronok walaupun (dua adikku dan seorang abang) tidak dapat datang kerana jauh. Dan di kesempatan ibu ada di rumah bersama kakak yang sulung maka kami ke Hot Spring & Spa Sg Klah. Seronok juga la tengok anak-anak dan mak budak main air. Ibuku berendam di kolam air panas sahaja. Kami yang muda dan kecik-kecik ni berendam di kolam biasa sahaja.
Sg. Klah for the 2nd time
Aleesya dan mamanya... mandi jugak.
Berjalan di Taman Buaya Melaka... Cuaca agak panas. See... Mr Zarul :) Panas ye bang.
Menaiki bot di Melaka River Cruise. Mulanya bercadang untuk menikmati pemandangan bandar Melaka di waktu malam tetapi tentatif di rumah abangku di Taman Muzaffar Syah untuk makan malam menyebabkan kami menunda untuk datang ke sini pada waktu malam. Takut tak sempat pula nak ke situ.
Aktiviti makan-makan di Umbai, sebenarnya teringin nak makan sambal ketam dan pari bakar Umbai... Burp.... Alhamdulillah.
Jangan salah sangka ye, udang galah ini tidak didapati di Melaka, ibuku yang membawanya jauh dari Rompin ke Tanjong Malim. Terima kasih mak kerana masakkan sambal udang galah yang sedap ni. Mak kata: kalau tak disebabkan mengandung tak adalah udang galah tu untuk aku. Hi2. Nasib baik mengandung, tu yang dapat makan.
Moga pembuka tirai tahun baru 2013 ini banyak memberi makna dan inspirasi buatku. Tambahan pula akan bertambah juga ahli baru dalam keluarga. Doakan aku berjaya dunia dan akhirat. Ameen.