JellyPages.com

Thursday, 5 September 2013

MaKaN2 RaYa & BeSdaY GirLS 2013

Aku pernah berjanji pada Amani untuk menyambut besdaynya bila aku dah habis pantang, maka aku kenalah tunaikan janji padanya. Pada 25 ogos 2013 yang kebetulannya masih lagi di bulan syawal, aku membuat majlis makan-makan raya dan menyambut hari lahir Amani dan kakaknya Khayra. Menu yang dihidangkan adalah bihun sup, sate, pulut kuning, rendang ayam, agar-agar pandan, cheese tart, chocolate cake air sunquick dan tea o panas. Pertama kali buat makan-makan raya dan menyambut besday Amani dan Khayra di rumah. Selama ini sambut di rumah Mr Zarul di Sri Manjung atau di pantai Teluk Batik. Kali ini nak cuba-cuba memasak untuk 100 tetamu yang hadir dan alhamdulillah, makanan semuanya licin dan syukur sangat-sangat coz si Kecik Khadeeja amat memberikan kerjasama untuk ibunya memasak dan mengemas apa yang patut. Letak Khadeeja depan tv, pasang kartun senyaplah dia. Kalau merengek sikit-sikit, bagi upah susu dan terus masuk tidur dalam buai. Memang sangat senang lah. Hiii
Kek besday, yang tinggi tu kakak (Khayra) punya, yang rendah tu adik (Amani) punya.Thanks Nani (isteri adik Mohamad) yang buatkan kek ni. Cantik dan sedap :) Hah... dah ada 2 patung tu tak adalah nak berebut lagi. Sama-sama potong kek yer.

 Dua beradik pakai baju raya sedondon, teruja dapat kek cantik sampai tak mahu potong kek :p

                              Hepi besday Khayra Zulaikha (6 tahun)& Kaisara Amani (3 tahun)

Antara tetamu yang terawal hadir. Baju ungu tu jiran sebelah rumah dan yang tudung pink tu penjaga anak-anak.

                                   Jiran-jiran yang melepak di luar setelah kekenyangan. Heee

                                          Member kamcing, Mazyani Mat & suami

                                         Anak-anak sangat sayangkan mereka, Ina & Ira.

Yang tudung oren tu member di tempat kerja lama, Siti Kausar bersama suami dan 7 orang anak, rezeki2. Hiii...

 Kawan Mr Zarul yang datang dari Kuala Lumpur. Thanks sanggup datang walaupun jauh. Mr Rosli dan isteri.

Thanks Khadeeja Husna, baby yang sangat baik pada hari itu. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Moga ketiga-tiga anak ibu dan ayah menjadi anak-anak yang sentiasa menggembirakan keluarga dan membahagiakan ibu dan ayah. Ameen :)