Pengorbanan dan jasamu akan dikenang hingga ke akhir hayat.
Hadiah hari guru untuk guru-guru kelas si kakak Khayra dan si adik Amani. Tahun ini ibu beli yang dah siap dibungkus di kedai, cantik dan menarik. Cuma yang kotak itu sahaja ibu ikatkan dengan riben berwarna pink. Teruja dua beradik ni nak bagi hadiah pada guru mereka di sekolah pagi ini. Siap Amani nak bagi pada kawan-kawan lagi. Katanya, kalau bagi pada teacher sahaja nanti kawan-kawan tengok, diaorang tak dapat dan menangis macam mana. Huhu... tak apa Amani, untuk kawan-kawan kita beli yang lain pula nanti. Si Khayra pula jenuh duk mengira berapa orang cikgu yang mengajarnya. Siap nak bagi hadiah pada semua guru di sekolah. Hehe... Aku bagi lebih hadiah tu padanya, yang ada untuk guru yang mengajarnya dan selebihnya terpulang pada dia nak bagi pada cikgu mana yang dia suka. Biasanya budak-budak mesti lah suka pada cikgu yang macam gambar di bawah ini. Baik, penyanyang, sporting. Hehe. Iklan jap.
Selamat Hari Guru Mr Zarul. Semoga ceria dan seronok mengajar di Sek Jenis Kebangsaan Cina. Hihu... Dah macam cikgu Shaari dalam cerita P.Ramlee. :P. Moga dapat bertukar ke sekolah kebangsaan semula. Insyaallah, buat masa ini mungkin itu tempat yang terbaik buat Mr Zarul, ada hikmahnya tu.
Teringat masa aku di sekolah rendah, siap kumpul duit belanja sekolah sebab nak bagi hadiah hari guru pada seorang ustazah yang aku suka ni. Nak tahu hadiah apa yang aku beli. Hah...sabun ketul jenama Lux lagi. Mahal tu. Dulu bawa belanja ke sekolah hanya 50 sen (dulu 50 sen dapat nasi lemak dan air sirap...la ni nasi lemak pun dah RM1.00), harga seketul sabun tu boleh tahan la cecah ringgit juga. Tak ingat berapa. Cuma yang aku ingat, aku perlu simpan duit untuk beli sabun tu, pembalut, gam dan kad. Aku fikir orang perempuan mesti suka sabun mandi, benda tu mesti ustazah boleh guna, bila dia guna sabun tu, mesti dia ingat kat aku. Dalam hati punya la suka bila aku dah bagi hadiah tu pada ustazah. Masa tu dah pandai kumpul duit, ala...dah darjah 4. Mesti la kan. Bila dikenang semula...apalah agaknya ustazah tu fikir ye bila aku hadiahkan dia sabun. Hihi... tak apa ustazah, yang penting aku ikhlas. Nama ustazah tu ustazah Hamidah. Sangat penyayang dan baik hati. Setiap orang pasti ada pengalaman yang pahit dan manis dengan guru-guru. Apa yang penting, tugas mendidik adalah amanah. Ia adalah satu ibadah dan mendidiklah dan berkerjalah kerana Allah tak kira apa pun perkerjaan kita. Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk mendidik anak bangsa. Buat anak-anak didikku, tidak kira apa bangsa dan agama, tak kira kelas pandai atau paling belakang, tak kira sekolah menengah, pelajar ISMP, Pelajar Sarjana MA, Pelajar PhD, aku ikhlaskan apa yang telah aku curahkan buat mereka semua. Semoga ukhwah silaturrahim dan ingatan tulus suci dari hati tentang kebaikan-kebaikan dan "kegarangan" aku tersemat dalam memori mereka semua hingga akhir hayat. Selamat Hari Guru...Sayang Cikgu2!!!