JellyPages.com

Thursday, 14 August 2014

GeRaN DaN PeLaJaR MaSTer

Alhamdulillah, kerana kumpulan penyelidik kami yang diketuai oleh Prof Madya Dr Halim Ali telah berjaya untuk menerima geran penyelidikan dari Kerajaan Negeri Perak pada tahun ini. Penyelidikan yang akan dilakukan ialah tentang Siri Pengkisahan Baharu Sejarah Daerah-daerah dalam Negeri Perak Darul Ridzuan. Kami terdiri daripada 9 orang ahli termasuk ketua penyelidik. Moga penyelidikan yang ingin dilakukan akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan oleh Nya. Ameen :)
Syukur juga kepada Allah kerana seorang pelajar sarjana (MA) di bawah bimbinganku telah menamatkan pengajiannya dengan disertasi yang bertajuk Peranan Wanita dalam Kemerdekaan Melalui Novel Anugerah.
Moga cikgu Sharena bt Mohd Basir akan terus berjaya dalam setiap lapangan yang diceburi dan bulatkan tekad untuk sambung pengajian ke peringkat PhD pula. :)

KaD DaRi KhaYRa

Si tinggi lampai, si cantik manis 7 tahun, Khayra Zulaikha.
 
Wah...dah pandai buat kad hari jadi ya anak ibu ni. Terima kasih Khayra Zulaikha. Sayang Khayra. Walaupun umur baru 7 tahun tetapi semangat nak bagi hadiah pada ibu tetap ada. Si adiknya pula, Kaisara Amani nak bagi kad dan bunga katanya, tetapi tak pandai nak lukis dan tak tahu di mana boleh dapatkan bunga hidup. 
Sudahnya, Amani kata: ibu belikan kek nanti Amani hadiahkan kek yang ibu beli tu pada ibu. Alahai, tak mengapa sayang. Walaupun Amani tak dapat nak bagi apa-apa di hari jadi ibu, apa yang penting Amani sentiasa di hati ibu. Khadeeja Husna pula nak bagi apa pada ibu. Hah...nak bagi bunga kuning tu ya. Terima kasih. Hehe. 
8 Ogos sentiasa di hati. Kebetulannya pada tahun ini tarikh tersebut jatuh pada hari Jumaat. Alhamdulillah ya Allah kerana masih memberi kesempatan dan ruang masa buat hambamu ini mensyukuri dan menikmati limpahan kasih sayang dan rahmatmu. Sesungguhnya Ya Allah, aku benar-benar bersyukur dengan segala kurniaan Mu. Terima kasih Ya Allah. :)
Dear ibu... From Khayra
Tak tahu macam mana dia dapat idea untuk letak majalah wanita tu. Mesti dia selalu tengok aku membelek majalah wanita di rumah dan bila di kedai buku. Kek bertingkatnya itu sungguhlah mengujakan. :P
 Alhamdulillah, keputusan peperiksaan kali pertama di sek keb. Dapat no. 5 dalam kelas. Subjek teras semua A.
Keputusan di sekolah agama dapat no. 7 dan semua A. Alhamdulillah. Moga Khayra Zulaikha terus berjaya di dunia dan akhirat, menjadi anak yang cemerlang, terbilang, beriman, beramal soleh dan mengingati ibu dan ayah serta adik-adik. Ibu dan ayah sentiasa doakan Khayra Zulaikha berjaya di dunia dan di akhirat begitu juga dengan Kaisara Amani dan Khadeeja Husna. Ameen :)

SaLaM LeBaRaN 2014

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana masih diberi limpahan rezeki dan kasih sayang daripada insan-insan yang tersayang. Pada tahun ini Syawal pertama disambut di Pahang dan pada hari raya kelima baharulah pulang ke Manjung Perak. Mr Zarul sudah mula berkerja pada hari raya keempat (sekolah cina tak ambik cuti raya) jadi kena lah berkerja walaupun aku dan 3 little princess bercuti. Mujurlah, balik ke Pahang tidak menempuh kesesakan lalu lintas kerana pada petang Jumaat selepas waktu persekolahan anak (Khayra, Kaisara) dan Mr Zarul, terus sahaja kami bergegas pulang ke Pahang. Sempatlah berbuka puasa bersama orang tua di kampung pada hari kejadian. 
Aktiviti dua orang budak yang mengerjakan bunga-bunga di rumah tok (berangan jadi tuan puteri)
Sesi mengopek kelapa oleh Abang Macho aka Mr Zarul (kelapa untuk masak gulai, ketupat dan lain-lain). Untungnya balik ke Pahang, kelapa tak perlu dibeli kerana memang ditanam di sekeliling rumah. Bukan kelapa sahaja tetapi macam-macam jenis sayur-sayuran dan ulam-ulaman yang ditanam oleh mak aku. Kalau balik Pahang memang anak-anak akan pusing keliling rumah cari ulam-ulaman dan sayur segar untuk dimasak. Bab merayau kutip-kutip ulam ni memang menjadi kesukaan kakak aku yang sulung (Cik Tun). Hehe. Gambar di bawah ini hanya sedikit yang dipamerkan, ada banyak lagi tau. Mak aku ni memang handal bab-bab pertanian dan penternakan ni. Apa sahaja yang dilakukan dan diusahakannya mesti menjadi. Orang tua-tua kata tangan sejuk.
Gambar di atas ialah pokok cili, pegaga dan sawi, kucai (sebahagiannya)

Pada hari raya, alhamdulillah, berkesempatan jugalah berjumpa rakan-rakan lama zaman sekolah menengah (Hamidah Mat dan Nurul Abni) dan beraya dengan Mak Teh yang mengajar aku mengaji masa zaman kanak-kanak dahulu. Lama dah tak berjumpa Mak Teh sejak beranak pinak ni. Beraya di Pahang, Chef Mad Lensa (adik no.6) masakkan nasi Arab, dua hari sebelum hari raya nasi Arabnya tidak berapa nak jadi kerana rempah diadun sendiri (pertama kali masak) tetapi alhamdulillah akhirnya menjadi juga bila si tukang belikan rempah (Cik Tun, kakak no.1) balik pada petang hari raya pertama kerana pada pagi raya mereka adakan tahlil di rumahnya di Seremban. Takziah diucapkan pada Kak Tun dan suami kerana ibu mertuanya telah meninggal dunia pada hari Khamis (3 hari sebelum raya) kalau tak silap. Moga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Kalau ikutkan Cik Tun balik awal bersama rempah nasi Arab tetapi Allah sebaik-baik perancang. Disebabkan itu, tiga hari jugalah kena makan nasi Arab tu. (Mad Lensa ni memang suka memasak, termasuklah isterinya, memang suka mencuba dan akan mencuba sehingga berjaya). Hehe. Kali pertama dan kedua rasa sikit je Arabnya, bila dah cukup rempahnya, hah...sedap lah. Kasihan Si Mad Lensa, tugas memasak dari pagi sampai malam, ambik tender memasak. Hehe. Tak apa... masak sedap. Siapa-siapa yang duduk area UTP Tronoh dan kawasan sekitarnya kalau nak order kek, dessert, nasi kerabu, nasi berlauk, nak tangkap gambar kahwin, outdoor dan macam-macam lagilah bolehlah contact si Mad Lensa ni. Ni no contactnya: 014-9662687. Balik ke Manjung pun sama juga, hari raya kelima selepas Mr Zarul balik daripada kerja, apalagi... cergas lah kemas-kemas apa yang patut untuk dibawa balik. Sampai Manjung, singgah dahulu beraya di rumah ipar (Kak Rohi dan Abg Anip) pekena mee sup tulang. Malam tu di rumah Pn Habibah (mak mentua) diadakan aktiviti bakar membakar (ayam, sosej, daging rusa) bersama ipar duai dan anak-anak buah. 
Esok harinya, pekena mee rebus di rumah ipar sulung (Yong dan Yeop). Sebelum tu berposing sakan bergambar di Kedai gambar (Gambar keluarga besar Pn Habibah) dan di tepi laut (dekat Jambatan Tuanku Bainun), memang terbaiklah.
Salam Aidilfitri daripada kami sekeluarga: Mr. Zarul, Cik Puan Nora, Khayra, Kaisara, Khadeeja. Maaf zahir dan batin :)
Salam Lebaran 2014...