Alhamdulillah, akhirnya selesai membentangkan kertas kerja di 2nd World Conference on Islamic Thought and Civilization (WCIT) di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh pada 18 dan 19 Ogos yang lepas. Banyak ilmu baru yang diperolehi dan berkesempatan berkenalan dengan rakan-rakan baru. Persidangan sebegini memang mengujakan kerana dapat berkongsi ilmu dan mengembangkan kompetensi diri sebagai ahli akademik. Cewah... :)
Bersama rakan-rakan pembentang dari UKM dan UiTM.
Berfoto bersama tiga orang budak kecil melihat pameran fotografi di ruang legar hotel semasa persidangan. Tiga orang budak kecil ini memang selalu diangkut jika aku menghadiri persidangan dalam negara, sebabnya tak ada orang nak jaga malam-malam di rumah terutamanya si baby montel Khadeeja Husna. Gambar ini diambil semasa hari pertama pendaftaran. Ibu yang berposing bersama hand beg (baby kecil yang masih breastfeed). Terima kasih Ya Allah kerana diberikan limpahan rezeki untuk anak kecil ini. Ada orang yang bersedih kerana tidak dapat menyusukan anak atas asbab yang tertentu, maka adakah aku tidak patut bersyukur. Alhamdulillah kerana masih boleh breasfeed si Khadeeja Husna di mana-mana sahaja dan dalam apa jua keadaan. Terima kasih kepada Mr Zarul kerana sudi menjaga tiga orang anak-anak syurga ini semasa aku berseminar. Cabaran tu bagi Mr Zarul... terutamanya menjaga si kecil Khadeeja Husna. Tidurnya nak terasa bahang ibu, jadi Mr Zarul terpaksalah menggunakan dua orang si kakak untuk bermain dan memujuk adiknya. Si Khadeeja Husna ni, kalau tak nampak muka ibu tak apa, tetapi bila sahaja nampak kelibat ibu terus tak boleh nak berenggang.
Dalam sibuk-sibuk menghadiri persidangan ni, tak sangka terserempak pula dengan rakan lama sewaktu belajar ISMP di USM, Penang. Che Nor Azila. Sekarang ni rakanku ini menyandang jawatan sebagai Ketua Unit Jawatankuasa & Panel, Jabatan Pentadbiran Am Pejabat Am Presiden di Yapeim. Sekali pandang macam kenal, bila dua kali pandang rasa macam tak kenal pula. Almaklumlah, orangnya pun semakin cantik walaupun dah beranak pinak. Bila dah duduk sebaris semasa sesi perasmian persidangan, sembang-sembang bertanya itu ini barulah memori tu kuat sikit padanya. Maaf ya Che La... nasib baik Che La ingat kat saya. Hehe. Habis bab persidangan kita masuk bab aktiviti berjalan-jalan di sekitar bulan Ogos dan September.
Gambar di atas di ambil semasa UPSI menjadi tuan rumah untuk pentauliahan Palapes seluruh IPTA. Semangat dua beradik si Khayra dan Amani nak tengok perbarisan Palapes. Sempat juga la bergambar dengan abang-abang askar ni. 1,2,3 Baris!!! Baris Sedia!!! Teringat masa sekolah menengah dulu pernah masuk pertandingan kawad kaki untuk Persatuan Pengakap peringkat sekolah. Dah lama tak berkawad. :)
Balik dari tengok orang berkawad, terus bergerak ke Bahau Negeri Sembilan, bagi memenuhi undangan sahabat lama di sekolah menengah, si cantik manis Nurul Abni. Alhamdulillah, persahabatan kami akrab dari zaman sekolah hingga kini. Nurul mengadakan sambutan hari jadi untuk anaknya dan menjemput aku sekeluarga. Kebetulannya dah lama tak ke rumahnya dan ke Negeri Sembilan, jadi kami memenuhi undangannya. Malamnya aku menumpang tidur di rumah kakakku di Seremban. Nasib baik ada rumah tumpangan dan makanan yang sedap-sedap. Hihi. Terima kasih ya Cik Tun @ http://mabelesla.blogspot.com/ blog kakakku yang baik hati. Nanti-nanti kami singgah lagi ya.
Sempat juga singgah di rumah sahabat lama sekolah menengah iaitu Hamidah Mat, yang juga tinggal di Senawang Negeri Sembilan. Kalau dah alang-alang rumah kawan-kawan berdekatan dengan rumah kakakku, jadi kesempatan untuk singgah jangan dilepaskan. Lagipun dah banyak kali diajak, jadi kali ini kenalah singgah. Nanti merajuk pula cik puan kita ni. Terima kasih ya Midah kerana menjamu nasi impit dan kuah kacang yang sedap tu. Terima kasih juga kerana bagi resepi. Tak tahulah bila nak buat tu. :p
Akhirnya, aktiviti makan-makan di rumah bekas rakan sekerja semasa di Cheras, singgah di rumahnya di Taman Desa Baru, Batu 11 Cheras sewaktu perjalanan balik dari Seremban ke Tanjong Malim. Kalau nak tahu tuan punya rumah yang bertudung hijau, ala-ala comel gebu-gebas tu namanya Wan Diyana. Sekarang ni Diana dah jadi taukey tudung dan ada butik yang bernama Bellahana (di Bandar Baru Bangi), yang bertudung coklat tu pula (ala-ala sweet gitu) cik puan Harlina Chalo, si empunya blog http://sweetbonda.blogspot.com/ sekarang ni sedang berbisnes kencang dengan Shaklee. Siapa-siapa nak Shaklee boleh la rujuk dengan beliau. Tolong promote sikit ya Lin. Walaupun aku ni pun ahli Shaklee tetapi tak aktif sangat. Kadang-kadang order dengan si Lin ni aje. Sibuk sangat kan, tak sempat nak order online. Tapi...tapi... kalau nak order dengan aku pun boleh. Hehe.
Salam ukhwah untuk sahabat-sahabatku, terkenang sahabat lama yang sangat akrab suatu ketika dahulu, entah dimanakah dia. Ya...setiap orang melakukan kesilapan dalam bersahabat, ada yang pernah terguris perasaan dan ada yang pernah membawa lara hati yang panjang. Namun ada juga yang membawa bersama kenangan manis yang tidak mungkin pernah dilupakan. Moga sahabat-sahabatku ini sentiasa baik-baik sahaja dan berada dalam lindungan serta rahmat Allah. Ameen :)
p/s: Teringat lagu sahabat dalam cerita kartun Upin dan Ipin :)
Salam ukhwah untuk sahabat-sahabatku, terkenang sahabat lama yang sangat akrab suatu ketika dahulu, entah dimanakah dia. Ya...setiap orang melakukan kesilapan dalam bersahabat, ada yang pernah terguris perasaan dan ada yang pernah membawa lara hati yang panjang. Namun ada juga yang membawa bersama kenangan manis yang tidak mungkin pernah dilupakan. Moga sahabat-sahabatku ini sentiasa baik-baik sahaja dan berada dalam lindungan serta rahmat Allah. Ameen :)
p/s: Teringat lagu sahabat dalam cerita kartun Upin dan Ipin :)