JellyPages.com

Tuesday, 28 February 2012

BuAl-BuaL KosoNg aKhirnYa ...

Selalunya apabila merancang percutian pasti sukar untuk ditunaikan, ada sahaja halangan yang mendatang, maka kami tidak merancang sebaliknya mengikut gerak hati dan rasa sahaja. Kalau aku bagi cadangan, Mr Zarul kata ok, percutian akan berlaku tanpa diduga. Tempat dan ke mana ingin pergi semuanya berlaku begitu pantas. Perjalanan pulang ke rumah mentua di Manjung kami habiskan masa dengan berbual-bual kosong, tiba-tiba tercetus di fikiran hendak ke Langkawi. Kebetulan cuti Maulud Nabi dan Thaipusam agak panjang dan boleh bawa mertua ikut sekali. Kebetulan pula adik kepada Mr Zarul sedang bercuti sem (Uitm Arau) dan mempunyai rumah sewa di Arau Perlis, maka cadangan yang aku kemukakan itu agak baik. Kebetulan juga dalam fikiran sudah mempunyai seseorang yang boleh dihubungi ketika di Langkawi, iaitu anak angkat kepada ayah, maka semuanya berjalan dengan lancar. Menginap di Arau, berehat di rumah anak angkat ayah disebabkan pergi balik hari sahaja, jadi kami makan tengahari di situ. Kami menyewa teksi selama 4 jam dengan bayaran rm100 (terpaksa ambil teksi disebabkan kereta sewa dah habis, ada driver taxi, jadi senang Mr Zarul tak perlu nak drive dan kami hanya jalan-jalan, shoping dan balik naik feri yang terakhir). Kami pusing-pusing Langkawi, beli barang berasaskan gamat, beli coklat dan set pinggan mangkuk. Tujuan utama ialah shoping. Kalau nak jalan-jalan kenalah merancang dahulu dan pastinya tidak akan berkunjung ke sana ketika cuti sekolah dan cuti umum. Woah...serabut nanti.
Bergambar di kawasan tapak sawah padi, belakang rumah sewa Atikah (adik ipar di Arau Perlis)
Di kedai makan sementara menunggu feri di jeti Kuala Perlis
Adik makan nasi lemak, kakak makan mee goreng. Comot-comot adik. Sudahnya kena tukar baju lain.
Di depan kawasan masuk ke makam Mahsuri.
Membeli minyak gamat, gel gamat dan seangkatan dengannya.
Ops, kami tak masuk ke sini, tetapi bershoping sakan berhadapan dengan kompleks ini. Lupa pula nama kompleks yang satu lagi tu. Lain kali kena snap gambar, baru sentiasa ingat.
Khayra panggil burung gagak. Bukan la sayang... burung helang. Burung apa? Burung helang...
Mengabadikan kenangan di Langkawi. Silau panas tengahari. Kecil biji mata. Insyaallah, ada kelapangan masa akan ke sana lagi... nanti ada pakej tidur di sana pula. Boleh elak cukai.

Thursday, 2 February 2012

HaRi PeRtaMa

Ibu kejutkan saya pada jam 6.45 pagi untuk mandi dan bersiap ke school (tadika). Adik bangun lebih awal daripada saya dan adik akan mandi bersama-sama saya. Adik suka mandi pagi. Ibu menyiapkan pakaian saya dan adik serta membancuh susu untuk kami berdua. Saya akan menemani adik menonton Play House Disney Channel supaya dia tidak menangis sementara ibu akan bersiap untuk berkerja. Saya sangat gembira kerana dapat bersekolah. Hari pertama ke tadika amat menggembirakan saya kerana dapat kawan baru dan guru yang baik.
 Adik pun kena bangun awal pagi, teman kakak ke tadika.
Fikir-fikir... ini sekolah saya. Cantik tak uniform saya. Isnin, Selasa dan Rabu saya kena pakai uniform ini. Hari Khamis dan Jumaat saya kena pakai uniform sukan.
Ini kelas saya (makmal 5 tahun). Saya masih belum ada kawan, jadi kami buat hal sendiri je. Ni tengah fikir nak main apa. he2.
Cantik tak. Khayra nama saya dan Kaisara nama adik saya. Saya sayang adik saya. Nama tu saya dan adik saya buat dari doh yang ibu beli. Sayang ibu dan ayah juga.