Normal atau tidak normal. Keletihan dan mengantuk yang melampau...gejala di awal kandungan. Simptom loya dan muntah amat menjerihkan dan Allahuakbar... betapa aku lemah dalam dugaan Mu. Baru sedikit nikmat yang Engkau tarik. Aku sudah tidak berdaya, moga ia menjadi penghapus segala dosa-dosa kecilku dan aku menjadi manusia yang lebih bersyukur.
Dugaan di pagi hari sewaktu nak gosok gigi... aku akan Muntah. Aku muntah sampai dah tak rasa nak muntah, gosok gigi kembali... tapi muntah juga. Hu2. Bukan setakat masa nak gosok gigi, selepas makan juga aku akan muntah. Kalau ada bau yang tidak menyenangkan aku akan muntah. Tengok tempat yang tak berkenan pun aku akan muntah. Kadang-kadang tak dapat nak agak juga bila masanya aku akan ok. Maka plastik telah tersedia dalam handbag sebagai persediaan jika aku tiba-tiba terasa nak muntah di mana2. Ya Allah... aku bersyukur dengan segala nikmat yang telah Engkau berikan kepadaku.
Aku baru sahaja berpindah bilik pejabat di tingkat 4. Tidak ada lift. Kena mendaki setiap hari. Perlahan-lahan aku mendaki dan adakalanya jantung akan mengepam laju sehingga membuatkan aku hampir pitam. Aku dimaklumkan oleh jururawat sewaktu kali kedua check up, hb dalam darahku rendah. 9/11. Hb rendah boleh menyebabkan seseorang itu boleh anemia, pitam dan bermacam-macam lagi gejala yang tidak diingini berlaku. Aku disarankan mengambil vitamin (warna coklat) yang berfungsi untuk menambah darah dan memperbanyakkan makan-makanan berprotein. Disebabkan aku tak mampu nak makan kesemua vitamin itu (sebab akan muntah kerana baunya) maka aku telah membeli vitamin dari farmasi (sangobion) dan akhirnya hb aku naik ke paras 10/11. Itupun belum cukup lagi... aku seharusnya mencapai sehingga bacaan 11 ke atas. Sungguh... mengandung anak pertama dan kedua aku tidak mengalami masalah hb rendah tetapi mengandung kali ini sebaliknya pula. Mungkin disebabkan aku banyak makan asam kot. Memikirkan setiap hari perlu mendaki ke tingkat 4, aku memutuskan untuk tidak turun makan tengahari. Jadi, aku makan biskut dan oat dari pagi sehingga petang (balik kerja) kul 4.30. Perut memang lapar tetapi aku tak sanggup nak turun naik tangga. Pada masa ini aku mengharapkan kalaulah ada orang yang mengetuk pintu bilik dan menghulurkan makanan. Hu2. Lain kali kena bawa bekal untuk makan tengahari. Ingat tu... kalau malas nanti lapar. Ohhh bos, boleh tak saya buat kerja di rumah sahaja. Saya muntah2, saya nak pitam bila naik tangga bilik pejabat. Saya sorang-sorang di situ. hu2.
Seronoknya bila kandungan sudah melepasi fasa pertama yang penuh dengan morning sickness dan evening sickness. Aku pun dah tak tahu aku berada dalam kategori mana. Sebulan yang pertama aku tidak mengalami alahan tetapi nak masuk bulan yang kedua...aduhai. Ya Allah, berilah aku kesabaran dan kekuatan.
Comel kan baby ni. Moga aku selamat dan sihat sehingga melahirkan baby nanti. Ya Allah, Engkau permudahkanlah dan sembuhkanlah segala penyakitku, ameen.
p/s: Khayra dan Kaisara hari-hari bertanya bila baby nak keluar dari perut ibu. Hu2. Tunggulah bila Khayra berumur 6 tahun dan Kaisara 3 tahun pada tahun depan. Insyaallah. :) Kalaulah bos baca entri ni dan dia cakap: Ok Dr. Nora, u boleh buat kerja di rumah sampai u sihat...
(jangan nak mimpilah Dr. Nora). hi2. Caiyok2. Sabar ok, masa itu akan berlalu juga...SABAR!!!